" Kau patut jumpa dia Wan. Sebelum kau menyesal. Kau mungkin boleh tipu orang lain. Tapi kau tak boleh tipu perasaan kau sendiri. Jangan sebabkan ego kau hilang orang yang kau sayang " Isyraf terus berlalu masuk ke dalam biliknya.
Hazwan terpinga-pinga. Dia tidak mengerti apa maksud Isyraf.
Tipu lah jika dia tidak rindukan Asyura. Tapi dia hanya mampu memendam rasa rindu itu kerana cinta Asyura hanya pada Isyraf bukan dirinya.
Meskipun berat, dia harus menerima kenyataan itu. Asyura bukan diciptakan untuknya.
" Hazwan! Hazwan! " Asyura mempercepatkan langkahnya mengejar Hazwan.
" Hazwan! " jeritnya lagi.
Asyura menarik beg sandang di belakang Hazwan. Baru lah lelaki itu berhenti.
" Hazwan, saya panggil awak " termengah-mengah suaranya.
" Nak apa? " soal Hazwan dingin.
" Hazwan, awak ni kenapa ha ? Dah lah awak diamkan diri macam tu jer. Saya call awak, awak tak jawab. Saya mesej awak, satu pun awak tak balas. Kenapa dengan awak ? Kalau saya ada buat salah dengan awak, beritahu saya " .
" Tak ada apa lah " jawab Hazwan ringkas.
" Awak jangan lupa Hazwan. Saya masih kekasih awak " .
Hazwan tersenyum sinis.
" Kekasih? Tu cuma lakonan Syu. Awak dah lupa? Isyraf dah tahu semuanya. Ini bermakna hubungan palsu antara kita dah berakhir " .
Mata Asyura berkaca.
" Tak. Saya tak nak kita akhirkan hubungan ni Hazwan. Saya tak nak. Awak dah buat saya jatuh hati pada awak, sekarang ni awak nak tinggalkan saya macam tu jer? " .
" Apa awak merepek ni Syu? Hubungan kita tak pernah lebih daripada seorang kawan. Hati awak cuma pada Raf. Awak pergilah dekat dia. Lupakan apa yang pernah terjadi antara kita " .
Asyura menggelengkan kepalanya.
" Tapi saya sayangkan awak Hazwan bukannya Isyraf " .
" Awak cuma keliru dengan perasaan awak sendiri Syura " .
" Tak saya tak keliru dengan perasaan saya. Hati saya memang betul-betul sayangkan awak. Memang dulu suka sangat pada Isyraf. Tapi itu dulu. Sebelum saya kenal dengan awak " .
" Hubungan palsu kita adalah satu kesalahan yang paling terbesar saya buat dalam hidup Syu. Awak boleh buang keychain yang saya bagi tu supaya tak ada kenangan lagi antara kita. Awak lupakan semuanya. Assalamualaikum " Hazwan terus berlalu pergi meninggalkan Asyura sendirian.
Laju air mata Asyura mengalir. Salah ke jika dia mencintai lelaki itu? Kenapa susah sangat untuk Hazwan terima?
Share this novel