Tepat jam 8 malam, mereka pulang semula ke kolej. Setelah seharian mereka membuat kerja amal, akhirnya selesai juga.
" Boleh saya tanya sesuatu? " soal Hazwan.
Sejak daripada tadi mereka berdua diam sahaja di dalam kereta.
" Apa dia? " soal Asyura.
" Awak suka kan Isyraf? " soalnya.
Bukannya dia tidak nampak mata Asyura asyik terarah pada Isyraf sahaja.
Asyura diam.
" Betul kan? " soal Hazwan lagi.
Asyura mengangguk perlahan.
" Saya dah agak. Jangan risau saya tak akan beritahu orang. Jadi patutlah selama ni awak asyik stalk kita orang jer kan ".
Terbuntang mata Asyura.
" Awak perasan? " soal Asyura.
" Isyraf pun perasan " jawabnya.
Wajah Asyura bertukar merah kerana malu. Rasa nak sorok jer muka sekarang ni.
" Tak payah lah nak malu sangat. Kenapa tak luahkan jer kat Raf yang awak suka dia? " .
" Luahkan? Are you kidding me? Malu lah. Saya ni perempuan " .
" Kenapa? Ada masalah ke dengan jantina? Rasanya tak ada. Semua orang ada hak kan " .
Asyura mengeluh perlahan. Malas dia mahu melayan Hazwan.
" Saya boleh tolong awak " .
Asyura menoleh.
" Tolong apa? " soalnya.
" Tolong luahkan perasaan awak tu. Jangan risau saya tolong ikhlas. Tak minta apa-apa bayaran langsung pun. Lagipun Raf tu single. Mana tahu ada chance " .
" Saya tengok dia tu macam tak berminat dengan mana-mana perempuan jer. Tak nak lah. Saya malu " .
" Awak tak cuba lagi kan, cuba lah dulu. Kalau awak nak saya tolong, esok lagi mesej saya " .
Asyura diam. Perlukah dia menerima pertolongan daripada Hazwan ?
Telefon bimbit Asyura berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia segera menjawab sebaik melihat nama ' Hazwan ' terpapar di skrin telefon.
" Hello Syu. Awak dah siap ke belum? Sekejap lagi Raf datang " .
" Haa dah nak siap dah ni. Sekejap lagi saya sampai " .
" Okay. Jangan lambat pulak ".
" Iya. Okay bye " .
Panggilan terus ditamatkan.
Entah apa yang mendorong Asyura, dia nekad untuk meluahkan perasaannya pada Isyraf dengan bantuan daripada Hazwan.
Gugup, takut, malu semua dia rasakan sekarang ni.
" Syu, kau nak pergi mana ni? " soal Damia yang baru selesai mandi.
Setahunya hari ini tiada kelas. Kemana pulak Asyura nak pergi?
" Mia, aku memang nak cerita dengan kau. Tapi bukan sekarang sebab aku dah lambat. Nanti balik aku cerita okay? Aku pergi dulu. Bye " Asyura terus berlalu.
" Eh Syu! Mana pulak dia nak pergi ni? " Damia mengomel sendirian.
Share this novel