BAB 3

Romance Completed 35999

Asyura menghempaskan tubuhnya di atas katil. Hari ini jadualnya sangat padat. Malam nanti dia harus menghadiri mesyuarat kelab pula.

" Syu, tadi kau nak tahu tak ? " Damia terus duduk di birai katil Asyura.

" Apa dia? " soal Asyura.

" Waktu kau balik bilik dulu tadi, aku ternampak Isyraf dengan Laila kat library. Aku tengok rapat semacam jer dia orang tu " ceritanya.

" Yeke? Bukan dia orang tu memang rapat ke ? ".

" Entahlah aku pun tak tahu. Tapi nampak macam dia orang tu memang mesra sangat " .

" Bukannya kau tak kenal Laila tu. Kalau boleh, setiap hari dia nak tukar boyfriend " .

Damia ketawa.

" Ke kau cemburu kalau dia ada apa-apa hubungan dengan Isyraf? " .

Asyura mencebikkan bibirnya.

" Alah Syu apa kata kau mengaku jer dengan Isyraf yang kau memang suka dia. Ada perasaan dekat dia dah lama. Semalam aku tengok satu drama korea ni tau, dia suka dekat lelaki tu tapi dia tak pernah nak luahkan. Rupanya lelaki tu pun ada perasaan dekat dia. Cuma dia jer yang tak tahu. Last-last dia orang menyesal sebab dah terlambat. Masing-masing dah ada pasangan baru " .

" Itu drama Damia. Mana sama dengan realiti hidup. Buat malu jer lah. Nanti apa pulak kata Isyraf tu. Tak nak lah aku " .

" Betul ni? Nanti jangan menyesal di kemudian hari " .

" Kejap, kenapa kau beria-ria nak sangat aku confess dekat Isyraf ni? Ada apa-apa ke? " soal Asyura pelik.

" Aku bukan apa Syu. Kau fikir ea, kalau kita simpan jer perasaan kita ni. Macam mana dia nak tahu yang kau suka dia? Dia tu bukannya bomoh boleh baca fikiran orang. So aku rasa lebih baik luahkan " .

" Kiranya kau pun nak luahkan pada Wan yang kau suka dia? " .

Damia tersenyum penuh makna.

" No Mia. No. Kau jangan cakap yang kau nak aku luahkan perasaan aku dekat Isyraf lepastu kau nak aku suruh Isyraf beritahu Hazwan apa yang kau rasa? ".

" Ha'ah. Syu please. Aku malu lah. Kau tahu kan Hazwan tu ramai peminat ".

" Habis tu aku ni tak malu? Tak nak lah aku " .

" Syu please..aku janji aku akan tolong kau. Kau jangan risau. Nanti aku plan cara untuk kau luahkan perasaan kau tanpa ada orang lain tahu kecuali Isyraf " .

Asyura diam. Dia berfikir sejenak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience