BAB 4

Romance Completed 35999

" Mia, kenapa tak siap lagi ni? Meeting kita start pukul 8.30 tau. Dah lah aku ni naib pengerusi. Takkan lah aku nak datang lambat pulak " bebel Asyura.

Dia menyarung blouse berwarna cream dan dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam. Tudung bawal berwarna hitam menjadi pilihannya.

" Haa kejap-kejap " Damia terkocoh-kocoh mencari baju yang sesuai di dalam almari bajunya.

Sementara menanti Damia bersiap, Asyura membelek-belek senarai aktiviti yang akan mereka lakukan hujung minggu ini.

Senarai aktiviti kelab sukarelawan.
1) Bagi makan pada gelandangan.
2) Melawat rumah orang-orang tua.
3) Beri makan pada kucing-kucing jalanan.

" Banyak jugak aktiviti untuk minggu ni " katanya sendirian.

Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Asyura terus membaca mesej itu.

Ikram (PENGERUSI KS)
Salam Syu. Aku nak beritahu ni, aku dah letak jawatan sebagai pengerusi. Malam ni kau pilih lah pengerusi baru. Nanti aku explain kat kau kenapa aku letak jawatan. Sorry beb.

" What? Letak jawatan? Aduhh " Asyura mengeluh perlahan.

" Kenapa Syu? " soal Damia.

" Ikram. Dia dah letak jawatan " jawabnya

" Haa? Kenapa pulak? Habis tu siapa yang akan ganti tempat dia nanti? " .

" Entahlah aku pun tak tahu. Dah lah kita ada 3 aktiviti sekaligus hari Ahad ni. Susah aku nak handle kalau tak ada Ikram. Nak tak nak malam ni kita kena cari jugak pengganti Ikram " .

Damia mengangguk faham.

" Assalamualaikum semua. Malam ni sebelum kita mulakan meeting, saya ada benda penting nak beritahu. Kalau awak semua perasan, Ikram tak ada malam ni. Sebab dia sudah pun meletakkan jawatan sebagai pengerusi kelab sukarelawan. Atas sebab apa, saya sendiri tak pasti dan mungkin kita akan dapatkan penjelasan daripada dia nanti. Jadi saya sebagai naib pengerusi kelab, saya nak lantik pengerusi yang baru. Ini juga salah satu permintaan Ikram. Jadi saya nak lantik salah seorang daripada awak semua sebagai pengerusi yang baru " jelas Asyura panjang lebar.

Bilik mesyuarat itu kecoh seketika kerana mereka sibuk berbincang mengenai pengerusi yang baru.

" Syu, kau rasa siapa yang layak? " soal Damia.

" Entahlah Mia. Aku tak tahu. Kau rasa? " .

" Macam mana kalau dengan Hazwan? Dia aktif tau dalam kelab. Semua aktiviti yang kita buat, semua dia join " cadang Damia.

Asyura ketawa kecil.

" Ke kau pilih dia sebab kau suka dia?".

" Tu salah satu sebab jugak " Damia tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience