" Boleh jer. Saya tak ada masalah pun. And saya harap awak dapat jalankan tanggungjawab dengan baik " .
Hazwan mengangguk faham.
" Insya Allah saya cuba " .
" Okaylah kita orang balik dulu. Dah lewat ni " Asyura meminta diri.
Matanya sempat menjeling sekilas ke arah Isyraf.
" Hati-hati " pesan Hazwan.
" Assalamualaikum " .
" Waalaikumsalam " jawab Isyraf dan Hazwan serentak.
Mata mereka memerhatikan Asyura dan Damia berlalu sehinggalah bayang gadis itu hilang.
" Syu! Kau tahu tak, aku rasa macam nak jerit jer sebab happy sangat " kata Damia sebaik mereka tiba di dalam bilik.
" Kenapa pulak? " soal Asyura.
" Kau tanya aku kenapa Syu? Syu, crush aku tu jadi pengerusi kelab. Ini bermakna aku boleh jumpa dia selalu. Dia mesti lah kena join aktiviti kelab kan, so every time ada aktiviti aku dapat jumpa dia " .
Asyura tersenyum kecil. Patutlah bersemangat sangat kawannya itu.
" Aku harap dia boleh buat kerja lah. Kalau ramai complain pasal dia, dia kena letak jawatan tau " .
" Syu, walaupun semua tak suka dia. Complain pasa dia suatu hari nanti, aku akan tetap setia di belakang dia. Aku akan tetap sokong dia " penuh bersemangat Damia berkata.
Asyura menggelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja kawannya itu.
" Kau tak tidur lagi? " soal Isyraf yang baru selesai mandi.
" Belum. Raf, apa hal ea kau beriya cadangkan aku jadi pengerusi kelab?" soal Hazwan.
" Saja. Kenapa? Kau tak suka ke? " soal Isyraf semula.
Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja belajar.
" Bukanlah tak suka. Cuma pelik jer " .
" Kau kan kawan aku. Aku tengok kau aktif betul dalam kelab tu. So apa kata kau jer yang jadi pengerusi. Eh yang tadi tu apa nama dia Syura ea? Entah apa ke benda nama dia aku tak ingat".
" Asyura lah nama dia. Kenapa? " .
" Haa Asyura. Dia tu lah yang kau cakap selalu stalker kita tu kan? " soal Isyraf.
" Ha'ah dia lah tu. Kenapa? Kau dah jatuh hati dengan dia ke? " .
" Tak adalah. Aku saja jer tanya. Tadi tengok muka dia depan-depan, boleh tahan lawa jugak dia tu " puji Isyraf.
Hazwan ketawa kecil.
" Kau join tak aktiviti Ahad ni? " .
" Insya Allah join. Sebab latihan futsal tak ada. Ganti minggu depan " .
Hazwan mengangguk faham.
" Join lah. Best tau aktiviti kita. Bukan selalu dapat buat kerja amal macam ni ".
" Insya Allah aku pergi " .
Share this novel