Tengahari itu Asyura dan Damia makan di kafe selepas habis daripada kelas.
" Syu, keychain yang dekat beg kau tu siapa yang bagi? " soal Damia.
" Hazwan " jawab Asyura serba salah.
Damia mengangguk.
" Ohh. Cantik lah. Sweet jugak kan dia tu. Untung kau " .
" Mia, tolong jangan buat aku rasa bersalah " .
" Kau cakap apa ni Syu? Aku okay jer lah. Lagipun aku dah lama buang perasaan aku pada Hazwan " .
" Aku bukan apa. Aku tak suka lah macam ni. Aku rasa bersalah " .
" Syu, kau tak perlu rasa bersalah. Apa yang kita nak tak semestinya kita akan dapat. Lagipun aku dah redha. Syu kau tahu tak sekarang ni aku tengah kenal hati budi seseorang tau".
" Yeke? Siapa? " soal Asyura teruja.
" Hai girls " sapa Hazwan.
Dengan selamba dia melabuhkan punggungnya pada kerusi hadapan Asyura. Manakala Isyraf duduk di hadapan Damia. Dalam keadaan terpaksa dia mengikuti Hazwan.
" Hai " jawab Asyura.
" Sedapnya makan " .
" Nak ke? " soal Asyura.
" Takpalah. Awak makan jer. Saya tengok awak pun dah kenyang " .
Damia tersenyum kecil. Asyura pula membuat muka menyampah. Mengada betul mamat ni.
" Awak, tudung awak cantik. Tapi sayang.. " Hazwan memandang wajah Asyura.
" Sayang kenapa ? " soal Asyura.
" Yes! Akhirnya awak panggil saya sayang jugak " .
Damia yang sedang minum air terus tersedak. Mujur sahaja tidak tersembur keluar. Isyraf membuat muka bosan. Asyura menjeling geram pada Hazwan. Sengaja jer nak kenakan aku.
" Syu, awak tahu tak apa beza awak dengan sudu tu? " soal Hazwan.
" Entah. Mana lah saya tahu " jawab Asyura.
" Sudu ada garfu. Tapi awak, ada saya".
" Chia chia chia " sambung Damia.
Mereka berdua mengekek ketawa. Tapi Asyura dan Isyraf hanya beriak selamba.
Hazwan menyepak perlahan kaki Asyura. Dia memberi isyarat agar Asyura membalas kata-kata romantiknya itu.
" Hazwan, saya rasa barang saya jatuh lah " .
" Barang apa? " soal Hazwan.
" Barang kali saya jatuh hati kat awak".
Sekali lagi Damia ketawa. Mudah terhibur betul.
Isyraf terus bangun dan berlalu pergi tanpa sepatah kata.
Hazwan dan Asyura saling berpandangan. Hazwan mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Tapi mereka gembira kerana mampu membuatkan Isyraf cemburu.
" Lagi-lagi. Bagilah ayat baik punya " Damia begitu teruja.
Asyura dan Hazwan hanya tersenyum kelat. Amboii Damia ni orang bagi sikit, dia nak lagi.
Share this novel