" Hai. Sorry saya lambat " Hazwan melabuhkan punggungnya di hadapan Asyura.
Ketika itu mereka di library. Sengaja Hazwan mengajak Asyura berjumpa.
" Awak asyik lambat jer. Cuba on time sikit " marah Asyura.
Hazwan ketawa kecil.
" Janganlah marah. Awak tahu tak, awak kalau marah macam ni nampak lagi cantik tau. Nanti ramai pulak yang jatuh hati dengan awak " .
Asyura menjelingnya tajam.
" Nak apa jumpa saya ni ? " Asyura malas mahu melayan loyar buruk Hazwan.
" Saya nak bagi awak something " Hazwan mengeluarkan sebuah kotak baldu berwarna merah daripada begnya.
" Apa tu? " soal Asyura.
" Semalam saya pergi kat kedai cenderahati ni, lepas tu ternampak keychain ni. Saya rasa cantik then saya beli lah " Hazwan menghulurkan kotak baldu itu pada Asyura.
Asyura membuka kotak itu untuk melihat isi di dalamnya. Ada dua keychain berbentuk separuh hati tapi jika digabungkan kedua-duanya menjadi sebentuk hati.
" Cantik. Tapi kenapa awak nak bagi saya? " .
" Saja. Tak boleh ke? " .
" Saya tak cakap tak boleh pun. Orang bagi saya ambil jer lah. Tapi kenapa keychain ni bentuk hati dia sebelah jer ea? Tak sempurna " .
" Sebab bila digabungkan kedua-dua keychain ni baru jadi sempurna. Sama macam kita. Awak dan saya kalau bersama ianya akan jadi sempurna " Hazwan tersenyum kecil.
" Tapi kita bukan bercinta betul-betul pun " .
" Saya tahu. Itu contoh jer. Awak simpan satu, saya simpan satu. Okay?".
Asyura mengangguk perlahan.
" Okay " .
" Mana beg awak? " soal Hazwan.
" Kenapa? " Asyura menghulurkan begnya.
Hazwan terus menggantungkan keychain itu pada zip beg Asyura.
" Dah siap. Jaga baik-baik tau keychain ni. Awak anggap ini hadiah daripada saya sebagai tanda persahabatan pun dah cukup " .
Dia menggantungkan satu lagi keychain pada begnya pula.
" Insya Allah " jawab Asyura.
" Awak dah makan? " .
" Dah. Sebelum pergi kelas tadi saya dah makan. Awak? " .
" Saya puasa sunat hari ni " .
Asyura ketawa kecil.
" Iya lah tu " .
Tanpa mereka berdua sedari, ada mata yang sejak daripada tadi memerhati kemesraan antara mereka berdua.
Asyura termenung seketika. Tiba-tiba fikirannya melayang teringatkan Hazwan. Dia mengambil begnya yang berada di atas katil. Keychain yang tergantung di begnya itu dibelek seketika.
Tanpa sedar sebuah senyuman terukir di bibirnya. Sikap romantik Hazwan membuatkan dia mulai selesa dengan lelaki itu. Walaupun hakikatnya mereka hanya berpura-pura bercinta.
" Romantik jugak dia ni kan " katanya sendirian.
Share this novel