"Sah!”
Khayra rasa macam mimpi.
Duduk bersimpuh di sisi lelaki bernama Ammar Zayyan -calon pilihan keluarga. Muka dia tenang, senyum paling ikhlas khayra pernah nampak. Tapi bagi Khayra.Ammar zayyan adalah Lelaki yang dia baru kenal beberapa bulan lalu..Ammar Zayyan bukan Encik Misteri yang sudah menemani dirinya sejak 3 tahun yang lalu.
Tapi,kenapa Jantung dia rasa nak meletup harini..sepanjang majlis,khayra hanya memandang Ammar Zayyan..takde Nua,takde Hairul dan takde helmi.hanya mereka berdua,ahli keluarga dan orang ramai yang dia tak pernah jumpa.semuanya berpangkat dan berjawatan..sebenarnya Khayra nak majlis sederhana.dia tak nak besar-besaran..tapi memandangkan dia anak tunggal satu-satunya .dia terpaksa terima "wedding of the year" Dari Encik Arwan..
Beberapa missed call Dari Nua dibiarkan tak berJawab..dia tahu Nua dah mengetahui perkahwinan mereka..dilirik ke arah Ammar..lelaki TU sungguh kacak.wajahnya ceria sepanjang majlis.tapi bagi khayra, bukan kacak yang dinilai.pagi ni dia rasa berdosa sangat.rasa dia telah menipu Encik Misteri dan menggambil kesempatan pada Kebaikkan Ammar.dia rasa dia dah buat satu kesalahan yang sangat besar..
walaupun semua orang bergembira tetapi tidak bagi khayra.jauh disudut hatinya dirinya kini sangat terluka.dia rindukan Hairul..dia nk Encik Misteri yang berada disebelahnya..Namun dia tak boleh paksa takdir yang datang..dia harus pasrah, suaminya kini Ammar Zayyan bin Riduan Khalid..bukan Hairul..
Malam TU,selepas solat berjemaah,khayra Perlahan-lahan melipat sejadah..malu bila kini dia dah sah jadi isteri Ammar..rasa berdebar - debar berduan dengan Ammar Zayyan dalam bilik tidur...Ammar zayyan yang berbaju t-shirt hitam dan memakai kain pelikat kelihatan sangat tampan.Ammar duduk di hujung katil..matanya tajam memandang khayra yang melipat telekung..pertama kali melihat khayra tanpa sebarang makeup dan tak berhijab...rambut isterinya basah,sebab lepas mandi terus solat berjemaah tadi..Dan itu membuatkan Ammar tak senang duduk..bini dia cantik sangat.macam patung barbie.
"illa, aku..."
" stop! jangan cakap".
Ammar angkat kening sikit, lama dia terdiam.namun tak sampai seminit,ketawanya tiba-tiba meletus kuat..tak disangka khayra akan malu padanya
“Aku nervous.okay.please jangan ketawakan aku”
Khayra bangun, terus ambil bantal kecil dan selimut spare terus dibawa ke sofa kecik sebelah tingkap.sengaja dia tidak memandang Ammar..
“Aku tidur sini malam ni. Kau... tidur je kat katil tu..”
Ammar terdiam..namun senyuman Masih terukir di wajahnya
“Kau takut aku ke?”
" tak"katanya polos
“So, kenapa tak tidur sama-sama? Takut aku merayap, ya?” usik Ammar Zayyan perlahan.dia tersenyum menggoda.tak salah kan menggoda isteri sendiri.
Wajah Khayra terus bertukar merah. Malam ni, dia rasa macam duduk atas bara api. tak tenang langsung.mereka kan dah jadi suami isteri.ya walaupun mereka dipaksa kahwin,mereka tetap suami isteri yang sah..so,buat apa nak tolak kan..bukann ke syurga seorang isteri terletak di bawah kaki seorang suami..dia nak tunaikan tanggungjawab sebagai isteri tapi pada masa yang sama dia rasa dirinya milik Encik Misteri..bukan Ammar Zayyan..
Dia cepat-cepat pegang pipi sendiri. Panas.
“Tak adalah… aku cuma.. belum bersedia.”
Dia terpaksa jujur. Dia tak nak beri harapan palsu. tak nak main tarik tali.
Ammar angguk sikit, tapi matanya masih memandang wajah sang isteri tanpa lepas..wajah lembut khayra buat dia hilang arah.
“Kalau dengan Hairul, dah bersedia??”
Khayra sentap.
“Aku…”
Suara dia makin perlahan.mulutnya seakan terkunci.dia tak tahu sejak bila Ammar suka membandingkan dirinya dengan Hairul..Ammar tahu ke rahsia Encik Misteri dan Miss secret??
Ammar diam beberapa saat sebelum bersuara semula.
“hari tu kau yang janji nak fokus pada perkahwinan kita. Dah lupa?”
Tatapan Ammar kali ni membuat Khayra terpana.dia malu sangat.tapi dia dah terlanjur berjanji haritu .nak atau pun tak,dia terpaksa tunaikan janji.
Khayra menarik nafas perlahan.matanya merenung bantal dan selimut yang dia letakkan di sofa tadi.
Perlahan-lahan, dia ambil semuanya.
Dan melangkah menuju ke katil,
Khayra panjat atas katil perlahan-lahan
Dia letak bantal di hujung, paling hujung. Selimut ditarik sampai ke dagu, siap pusing badan membelakangkan Ammar.seram nak memandang ke belakang.
Ammar menoleh ke arah khayra.dari tadi dia tak berhnti ketawa.dia tak sangka pulak perangai khayra secomel ni.
“Jauh sangat tu..kenapa tak letak dinding je kat tengah-tengah ni Supaya kau rasa lebih selamat?”
Ammar sengaja cakap dengan nada serius, dia berbaring disebelah khayra .tangan dua-dua dibawah kepala.
" Kalau ada pasir,batu dan cement,esuk jugak aku buat dinding kat tengah -tengah TU..kau nak design macam mna?" khayra perli balik..dia dh malu tahap apa entah,lakinya tak habis-habis mengusik. khayra try pejam mata — konon nak tidur. Tapi pipinya Masih panas.matanya tetap tertutup.malu nak buka
Ammar zayyan ketawa lagi..
“Aku janji, aku tak akan langgar garisan sempadan katil ni..don't worry okay”
“Baguslah”
“Tapi kalau kau terjatuh ke sisi aku tengah malam… aku anggap itu rezeki.”
“Ammar!!!
Ammar senyum senget ..dia pun nervous sebenarnya.
Tapi malam tu, walaupun mereka tidur dengan jarak dua planet, Khayra rasa lebih tenang. Ammar tak sentuh dia, Dan tak paksa apa-apa.Ammar betul-betul kawan yang baik
Dan itu, mungkin permulaan yang baik untUk mereka.
Tapi jujur rasanya TU cukup untuk malam pertama mereka.
_ _
Ammar bersandar di kepala katil. Bantal empuk di belakang tidak mampu menenangkan jantungnya yang berdegup kencang sedari pagi. Malam terasa sunyi. Hanya bunyi aircond perlahan menemani.Jam sudah menunjukkan pukul 2.38 pagi.Tangan kanan menyokong dahi, dan matanya tak pernah beralih dari wajah isteri yang kini lena di sebelahnya.
Ammar tunduk sedikit. Wajah Khayra nampak terlalu damai bila tidur. wajahnya tenang, Bibirnya sedikit terbuka, nafasnya teratur, dan rambutnya yang terlerai sikit ke pipi buat dia nampak macam baby. macam tak ada apa-apa yang berlaku dalam hidupnya
Ammar senyum bahagia.
'Tahu tak sayang, dari hari pertama kita jumpa lagi ,abang dah tahu sayang siapa..'
Ammar bermonolog sendirian..Dia menghela nafas perlahan. Matanya tak lepas pandang wajah sang isteri. Masih terbayang hari pertama pendaftaran kelas.mereka terlanggar dan hp gadis tu tercampak jatuh.pndangannya terus tertuju pada screen hp khayra yang terbuka..tertera nama Encik Misteri.pada waktu tu jugak Ammar ingin kenalkan diri. namun bila khyara memarahinya..dia batalkan niat..Ammar zayyan nak khayra sendiri yang kenalkan diri pada dia..setiap hari dia tunggu khayra mengenalkn diri,mangaku dirinya miss secret.Namun hampa, harapan tinggal harapan bila dia dapat tahu,Khayra suruh Nua untuk menjadi miss secret.Ammar tahu Khayra terlalu pemalu, terlalu takut untuk tunjuk diri dia yang sebenar..
Ammar pejam mata. Ada sedikit Luka kecil dalam dada yang masih berdarah. bukan sebab Khayra tipu dia.Tapi sebab Khayra tak pernah rasa Encik misteri ‘penting’...Encik misteri kan sahabatnya.kenapa nak bersembunyi darinya..
Sebab tu dia buat plan dengan Hairul.
Hairul akan ganti jadi "Encik Misteri".Dan Ammar akan pura-pura tak tahu apa-apa. khayra boleh buat,so,takkan dia tak boleh buat.dia bukan permainkan khayra..bukan! dia sayang dan cintakan khayra sepenuh hati.dia cuma nak bagi sedikit pelajaran sikit pada Khayra..dia nak tahu sejauh mana khayra bertahan menipu diri sendiri..menipu perasaannya sendiri..cuma terkadang,dia jealous melihat Khayra senyum pada ‘Encik Misteri’ yang palsu.hatinya Sakit tiap Kali khayra cari dimana hairul..Tapi dia harus bersabar
Tangannya perlahan-lahan menyentuh rambut Khayra yang terjuntai sikit atas bantal. Hati dia tiba-tiba sayu.
“Sayang,bila sayang nak terus terang pada abang?” bisiknya perlahan, nyaris tak keluar suara.
Dia pegang tangan Khayra yang terletak atas bantal. Dielus perlahan jari jemari halus itu, dan dalam diam, jantung dia berdetak laju.
"Abang sedih sangat... bila sayang pilih Nua untuk jadi Miss Secret.”
Matanya mulai merah. Tapi dia tahan.
“Tapi abang faham. Sayang malu. Sayang takut. dan sebab tu abang ikut saja plan sayang. Abang biarkan Hairul pura-pura jadi abang — jadi Encik Misteri.Abang minta maaf k.Abang akan tunggu. tunggu sayang berani. Tunggu sayang sendiri datang dan mengaku.walaupun abang tahu…Sayang terlalu takut untuk mengaku..padahal sayang takde kekurangan apa pun.buat apa nak tipu diri sendiri.?"
Ammar tunduk Dan mencium dahi khayra ,lembut dan penuh kasih.
“Satu hari nanti, abang harap…Sayang terima abang. Bukan Encik Misteri. Bukan Hairul. Tapi abang… Ammar Zayyan, suami sayang..”
Dan malam tu, dia tak tidur pun. Dia cuma tunggu. Entah untuk apa, tapi hatinya penuh harap… Khayra akan mengaku..Dan dia akn tetap tunggu.
Share this novel