Khayra Stress.Belum pun sampai sehari hubungannya dan Puan Hilda baik,Kini sudah kembali dingin.masuk je ke dalam rumah, Puan Hilda sudah menunggu di ruang tamu.Encik Arwan pun ada.. khayra lantas bersalam dengan papanya
"Papa! tak sangka Papa balik hari ini. Rindunya!" Khayra memeluk En Arwan erat, dah lama tak jumpa papa.happynya rasa..harini semuanya perfect,dia dengan Puan Hilda dah berbaik dan sekarang Encik Arwan tiba-tiba muncul .
Encik Arwan membalas pelukan khayra lama.Anaknya sudah besar,sekarang sudah jadi anak dara..air matanya menitik perlahan membayangkan masa yang sudah terbuang beberapa tahun ni,Dia tidak ada disisi anknya ketika anaknya itu tumbuh dewasa.tapi itulah pengorbanan sekarang bapa yang orang lain tak pernah nampak atau hargai..
"Kenapa papa nangis?.did I hurt you.?..I'm sorry pa" kata-kata Khayra membuatkan air mata Encik Arwan semakin lebat
" Tak,.papa cuma terharu tengok anak papa dah besar panjang..dah masuk university dah pun.iam so proud of you."..anaknya nampak lebih matang dari yang dia jangka..dahi khayra dicium lembut.
" so, anak papa apa khabar?sihat??"tanyanya kembali.
"Alhamdulilah sihat.sekarang illa lebih happy dari sebelum ni pa." dipeluk Encik Arwan kuat-kuat..dia nak bagitahu pada Encik Arwan yang dia sudah berbaik dengan mommy.
Namun kegembiraan Khayra sedikit pudar apabila Puan Hilda, yang berdiri di belakang Encik Arwan, mula bercakap dengan nada serius.
"illa, we have to talk!.ada benda yang kami nak bincang dengan illa ."
Dipandang wajah Puan Hilda dengan pandangan pelik.macam ada masalah besar je ni..wajah kedua-duanya kembali serious
"Bincang tentang apa? sekarang ke mommy?"..dia ada buat salah ke harini..
Puan Hilda menghela nafas panjang dan duduk di sofa.dia baru je berbaik dengan khayra,tiba-tiba Encik Arwan datang dan bagitahu hal yang boleh merubah semuanya.Dia pasti anak itu akan memberontak semula.
"Papa dan mommy dah sepakat, illa akan berkahwin dengan anak kawan papa dan majlis tu sudah diputuskan pada bulan depan..tyme illa cuti sem nanti.."
Ujar Encik Arwan straight to the point.Hari ni dia balik pun sebab dia teringat janjinya kepada Datuk Riduan sebelas tahun yang lalu.so,sementara cuti ni,dia nak tunaikan janji dia pada kawan baiknya itu.
Khayra betul-betul terkejut beruk.Dia rasa dia sedang di boom bertubi-tubi dari dalam perut sekarang ni.perutnya mendadak sakit.kakinya pulak melekat dan tak dapat di gerakkan.
"Wait WHAT?!! Pa, apa ni pa....papa baru je balik.kenapa tak tunggu 4,5 tahun lagi baru illa kahwin. apasal tiba-tiba pulak ni pa?illa still muda la pa...baru tahun satu."
Ini yang yang dia tak suka .dia baru je nak happy2 harini ..tak sampai sehari pun lagi.kenapa masalah lain pulak mai ni Arghhhhh. Tak suka!!
Encik Arwan duduk di sebelah Puan Hilda..tangan khayra diraih dan digenggam kemas.direnung sayu wajah tu.wajah tu semakin hari semakin mirip dengan Maisara..rindunya pada insan yang dah tiada semakin menyesakkan dada.
"Sebab illa masih muda la papa buat keputusan macam ni..papa dan mommy tak nak illa salah pilih pasangan.dekat luar sana tak selamat illa..papa jauh ,jarang balik..,mommy pun busy dekat pejabat..siapa lagi patut jaga anak papa ni kalau bukan suami illa sendiri.please terima cadangan papa ya sayang."pujuk Encik Arwan.dia tahu ini keputusan yang terbaik.
Khayra masam mencuka.dia tak bersedia untuk kahwin lagi..Dia masih sangat muda untuk pikul tangungjawab sebagai isteri.lagi satu,dia takut! takut kalau anak kawan papanya itu seorang yang panas baran dan suka pukul isteri..Arghh tak nak!tangan yang digengam Encik Arwan direntap kasar.
"kenapa tak bincang dengan illa dulu!sepatutnya tanya illa dulu pa.macam mana papa boleh berfikir illa akan setuju dengan perkahwinan mendadak macam ni!"
Khayra meninggikan suara,bukan niatnya nak jadi anak derhaka tapi dia tak dapat kawal kemarahan.Ini tidak adil!
" Illa,this is not an option! agree or not. this is my decision.!" tegas suara Encik Arwan.suaranya bergema di ruang tamu tu.
“tolongla pa...ini bukan drama melayu dalam tv tu pa..ini reality.illa tak kenal dia.kalau dia panas baran macam mana?papa tak takut ke anak papa ni kena dera lepas kahwin...lagipun zaman ni mana ada orang paksa anak dia kawin lagi pa.Macam mana illa nak hidup dengan orang yang illa tak pernah kenal langsung!”
khayra merajuk.sakit betul hati ni.
Dia baru nak happy harini sebab dah berbaik dengan Mommy,tapi kini dia diuji dengan perkahwinan gila yang tiba-tiba..what the *"#$_&!!
“kalau orang dah tak buat,takpe,biar papa buat..illa anak papa,papa nak yang terbaik untuk illa.salah ke? sayang ,dengar sini.papa bagi tempoh 2 minggu untuk berkenalan.cari masa untuk kenal dia.dia budak baik, ada pendidikan dan dia anak uncle Riduan.Illa kenal kan siapa uncle Riduan?.” pujuk Encik Arwan.
khayra panggung kepala.uncle Riduan?.lelaki yang Khayra jumpa kat office mommy tu ke?kalau tak silap namanya Datuk Riduan kan.So,lelaki tu datang office mommy sebab nak berbincang pasal penjodohan itu la tu .ish ish..apa ni. tak nakkkk!!!
"Illa tak nak!papa tak boleh paksa..lagipun Pa sebenarnya Illa ada pilihan illa sendiri.illa dah ada kawan"
Mahu tak mahu,khayra terpaksa bagitahu pasal Hairul..dia tak nak kahwin dengan orang lain selain Encik Misteri.
Encik Arwan merenung Khayra dengan dahi berkerut. bukan terkejut sebab kenyataan anaknya..tetapi terkejut sebab anaknya dah pandai bercinta di belakangnya.tiba-tiba jantungnya berdegup kuat.
"Kawan? Siapa kawan illa tu ?"
Tiba-tiba Suasana hening sunyi sepi.Suara Encik Arwan serius.oppss, khayra telan air liur...dia salah tyme ke? Dia tarik nafas perlahan..kalau dia tak cakap sekarang,sampai bila-bila dia takkan ada peluang.mentalnya harus kuat sekarang.
"Nama dia Hairul,pa. Illa dah lama kawan dengan dia.orangnya baik.satu class dengan illa dan... Illa selesa dengan dia."
Encik Arwan dan Puan Hilda senyap, saling pandang antara satu sama lain. Tak sangka anak dia dah ada kekasih.segala plan yang dia rancangkan dengan Datuk Riduan akan berkecai..
"Hairul? Papa tak pernah dengar pun nama tu."
"illa tak pernah cerita lagi,"
Khayra cuba memujuk.Encik Arwan nampak sangat emosi, tangannya bersilang.kecut perut khayra dibuatnya..dia bukan sengaja nak lari dari perkahwinan gila ni.Dia TERPAKSA..
"Kenapa tak pernah cerita? Kalau betul dia pilihan Illa, kenapa Papa baru tahu sekarang?"
lagi-lagi suara Encik Arwan bergema dalam rumah agam tu.Mak munah yang ada di dapur turut terkejut mendengar suara kasar Encik Arwan.
Khayra tunduk, cuba susun ayat yang sesuai..matanya berkaca-kaca.
"Belum rasmi pa,baru berkawan.illa tunggu masa yang sesuai bagitahu papa.tapi disebabkan Papa nak sangat illa kahwin dengan anak Uncle Riduan tu. Illa rasa lebih baik Illa terus terang sekarang."
Khayra tahu dia jual nama Hairul..tapi lambat laun Hairul akan tahu jugak siapa Miss secret yang sebenar.Dia yakin Hairul akan faham kenapa dia buat semua ni.
Encik Arwan mengeluh.Dia tak boleh berkasar dengan khayra.kalau tak,anaknya akan buat ulah.tak pasal-pasal lari dari rumah pulak nanti.
"macam ni lah..selagi illa tak bawa kawan illa tu jumpa papa,selagi tu papa anggap illa masih kosong.dan selagi tu papa akan anggap anak uncle riduan tu menantu papa.is that clear?"
khayra diam.tak tahu nak jawab macam mana dipandang Puan Hilda lama.Puan Hilda hanya mengelengkan kepala.khayra buntu,bagaimana kalau Hairul cuma anggap dia kawan selama ni.dan Hairul tak nak jumpa papa..dia dah tak de point nak mengelak lagi.
"Sekarang ni Illa naik atas dan fikir masak-masak..Illa nak teruskan hubungan dengan Hairull tu atau dengar cakap papa. Go.!" tegas Encik Arwan..kepalanya sakit..dia kena banyak berehat.
Khayra ufaira mengeluh berat..dia tak dpat melawan dah. kalau A kata Encik Arwan..maka A la dia akan dapat..teringat kembali kata-kata Puan Maisara...
'illa kena Janji dengan mama,illa takkan sesekali melawan cakap papa,illa kena dengar semua kata-kata papa dan illa kena jaga papa..sayang faham kan?'
Arghhhhhhhh...kenapa....kenapa... Khayra menghempas badan ke atas tilam..bag baju semua bergelimpangan atas lantai...kalau dia tahu semua ni akan terjadi,baik dia tinggal dekat kolej je..tak payah balik cuti kat rumah..dia ingat dia dah boleh happy di rumah sekarang..tapi kenyataannya dia semakin gila tinggal kat rumah besar ni..masa-masa macam ni dia perlukan Hairul! dia nak Encik Misteri .diambil HP dalam bag,dan khayra mula menelefon Hairul...tapi beberapa saat kemudian,dia tutup HP semula..
' bagaimana kalau Hairul bersama nua sekarang.' pasti rancangannya akan gagal.pasti Hairul akan benci kepadanya...tapi dia betul-betul perlukan Encik Misteri sekarang ni.
sekali lagi tangannya cuba mendail no HP seseorang..
dia perlukan seseorang untuk meluahkan sakit hatinya ni...dia tak nak jadi gila sendirian..
Share this novel