Khayra merenung wajah-wajah pelajar semester satu dalam dewan..sangat ramai.petang ni takde class.jadi ada banyak masa terluang.dan kebetulan 3 minggu lagi minggu kesenian dan kebudayaan. jadi setiap pelajar diwajibkan mengambil bahagian. Nua dan Helmi awal-awal lagi dah daftar.Nua mengambil bahagian dalam teater.dia minat berlakon..dan Helmi mengambil bahagian dalam pertandingan dikir barat antara kolej..
"Beb,kau mendaftar kat bahagian mana?"Sapa Nua..dia melabuhkan punggung di sebelah khayra..Helmi masih beratur.panjang sangat barisan..khayra mengeleng kepala.dia Masih memikirkan acara yang sesuai.
"Ermmm tarian macam okay.tapi aku tak sure aku boleh menari..maybe nyanyian."dilirik ke booth nyanyian yang kurang mendapat sambutan.khayla pandai menyanyi.dia suka lagu 90an..sepanjang hidupnya dia sentiasa keseorangan..Papanya kerja jauh.balik 3 tahun sekali...dia sunyi,dia selalu mengurung diri dalam bilik.dia akn menyanyi untuk hilangkan kebosanan.cuma dua tiga tahun kebelakangan ini khayla rasakan ada yang peduli pada dirinya.hp ditangan di tekan..Senyumannya mengembang.
"Awak yang mana satu?awak ikut acara apa?"
Nua yang memandangnya hanya mampu tersengih..dia gembira kalau khayra bahagia..
" lebar Senyuman dapat meseg dari buah hati.korang dah declare erk?"usik Nua.wajah ceria Khayra terus berubah.
"ishh,kitaorang xde apa-apa la..kenal pun tak.macam mana nak bercinta." jujur Khayra Ufaira teringin jugak nak tahu lelaki tu dengan lebih detail tapi dia takut dengan perasaannya..macam mana kalau lelaki misteri tu menipunya.dan macam mana kalo lelaki tu sengaja memainkan dirinya..arghh dia tak nak ambil risiko.dia akan terus memendam perasaan.biarlah takdir akan menemukan mereka suatu hari nanti.
" kau cubalah kenalkn diri kau pada dia. aku yakin dia ada dalam dewan ni..dia pelajar tahun satu jugak kan."
khayra mengangguk.mereka seumur.dan gara-gara khayra lah,lelaki itu memohon di University yang sama.
khayra memandang meseg Encik misteri. hatinya berdebar kencang
"Tak nak..aku tak nak dia kenal aku siapa Nua.kalau aku tak seperti yang dia harapkan macam mana?aku takut lah." Khayra mengepal tangannya kuat-kuat. peluh membasahi baju tshirt yang tersarung di tubuhnya.. Cuaca yang panas ditambah kesesakkan pelajar dalam dewan menjadikan dirinya tidak selesa.
"Aku gerenti dia akan terpikat dekat kau.kau cantik Khayra..malah kau lebih cantik dari semua perempuan dekat classmate kita ni..kalau dia betul lelaki..dia pasti suka kau..lain la kalau dia perempuan.kan"
Kata-kata Nua membuat khayra sedikit gusar..hp ditangan diambil dan dia mula menghantar sms
"Awak betul-betul lelaki kan..?sebab kalau awak perempuan.saya tak kan maafkan awak."ugut khayra .mana tahu kata-kata Nua jadi kenyataan..Encik misteri tu sebenarnya Cik misteri..Menunggu balasan sms dari Encik Misteri seperti menunggu kucing bertanduk..lama yang amat.khayra pasrah..daripada hatinya gusar memikirkan jawapan Encik misteri..dia meminta Nua untuk menemaninya mendaftar dalam acara nyanyian..tak ramai yang mendaftar..hanya dalam sekitar 20 orang.kebanyakkan pelajar memilih teater dan tarian. .selepas mendaftar mereka bergerak ke cafe.niat hati nak menunggu Helmi sambil minum petang..sedang asyik menikmati kopi o ais dan donut coklat panas,mereka didatangi seseorang
"Hai,boleh kami duduk kat sini?"
khayra terperanjat.hampir jatuh donut ditangan.pandangannya jatuh pada Ammar zayyan dan kawannya.. Senyuman kawan Ammar tu sedikit sebanyak melegakan kerisauan di hati.
"sorry lah,tmpat lain dah penuh..kat sini je kosong..kami tak ganggu korang kan" tegur Hairul
"Eyh tak..kmi ok..duduklah"
Khayra tersengih.digigit donut yang Masih berada di tangan.dilirik Nua yang tersipu-sipu malu..Ammar zayyan duduk disebelah Nua .sementara kawannya duduk disebelah Khayra.
"aku Hairul,panggil rul je.nama kau khayra kan?"
khayra Ufaira mengerutkan dahi.sejak bila mereka berkenalan?.pelik.tiba² Hairul tahu namanya siapa.baru hari pertama kot di university ni.
"Macam mana kau tahu nama aku.?"dipandang
Hairul dan Ammar zayyan silih berganti..
"Tadi dekat class lecturer panggil nama kau ." selamba je Hairul menjawab..Jus Oren diteguk perlahan.Khayra menepuk dahi.mereka satu fakulti rupanya..malunyaa... khayra hanya mampu menunduk kepala.
"Kau pulak nama apa?"Tanya Hairul..Nua yang berdiam diri tersentak.tak disangka Hairul menegurnya.
"Nuramirah..panggil Nua je." jawab Nua tergagap-gagap.
"korang tinggal dekat kolej mana?" Hairul bertanya pada Nua.Entah kenapa dia berminat hendak tahu kolej kediaman gadis di hadapannya..
"kolej keempat"jawab Nua..wajahnya berseri.
"korang pulak?" giliran khayra pulak bertanya..dilirik ke arah Ammar yang sedari tadi fokus pada hp ditangan.sedikit pun dia tak bercakap dan menegur mereka..hanya Hairul yang rajin melayan.
"kolej kedua..bangunan pertama tingkat 3 Bilik 218" jawab Hairul dengan Senyuman yang Manis..
khayra dan Nua ketawa perlahan..Hairul memang kelakar orangnya.berbeza dengan Ammar..
"So,macam mana?dah daftar apa tadi?"
Bagi Hairul,.khayra dan Nua adalah pelajar yang paling menarik perhatian di university ini.terutama khayra..dalam kelas pun dah ramai yang melirik dan bercakap mengenai gadis tu..Hairul tak mahu melepas kan peluang untuk mengenali gadis jelita tersebut.
" Aku ambik teater...dan khayra pulak nyanyian.."
"Wow,pasti sedap kan suara kau nyanyi..kalau macam ni aku tak sabar nak tunggu persembahan kau nanti.aku pun nak masuk lah nyanyian..kita masuk ya bro?"Tanya Hairul..Ammar hanya menjungkit bahu .malas dia ambil pusing perbualan mereka..
wajah Ammar zayyan yang putih bersih dilirik..Ammar zayyan kacak..wajahnya sedap dipandang.namun mengenangkan sikapnya yang acuh tak acuh menyebabkan khayra muak.Ada jugak mamat yang sombong dalam dunia ni ye..ingat dah pupus.
" Oklah Hairul..nice to meet you..kami nak kena balik kolej..belum solat asar lagi ni..jumpa kat kelas"
Khayra dan Nua lantas meninggalkan cafe ..malas nak berlama-lama dekat situ.petang-petang ni suasana cafe sangat bising..Khayra tak selesa.sempat dilirik Ammar zayyan..mata mereka bertemu.namun tak sampai sesaat,Ammar memalingkan wajah menghadap tasik.
'sombong' getus hati Khayra.kakinya melangkah laju meninggalkan Hairul dan Ammar zayyan.
Share this novel