Pagi Isnin datang lagi, Awal pagi lagi khayra dah bergerak ke kolej. dia tak sabar nak jumpa Nua, Dia tahu Nua pasti sudah berada di kolej.Dia nak marah kaw-kaw Kawan dia seorang tu.Dari jauh lagi,Khayra nampak Nua sedang berjalan slow nak masuk dewan.wajah gadis tu ceria..
“Nua!”
panggil Khayra,dah beberapa hari dia tak jumpa..Harini jumpa jugak.banyak benda dia nak cerita. Nua berpaling sambil tersenyum lebar.macam takde apa-apa berlaku
" Illaaa,lama tak jumpa.kau sihat?”
“Kau tanya aku sihat?bertuah punya kawan.ni ke namanya 'bestfriend' hah.? balik kampung tak cakap pun kat aku..kau kawan jenis apa..”
Nua ketawa kecil.dia memang dah agak khayra akan melenting pagi ni.wajah khayra merah.
“Alaa.sorry...aku tak sempat nak inform masa tu.. emergency..maaf k”
“Emergency apa??..Okay,sekarang jangan cakap banyak.kau bagitahu aku,kenapa kau balik kampung tak inform aku dulu?balik berdua pulak dengan Hairul..aku call banyak Kali kot..satu pun kau tak angkat” marah Khayra.beberapa pelajar menoleh ke arah mereka..Khayra terpaksa merendahkan suara.walaupun sebenarnya hatinya masih panas membara.
"kau tahu dari mana kami balik kampung berdua?"
"Jawab je laaa aku tanya ni"
"Okay -okay aku jawab,masa tu,masa aku jumpa Hairul tu, telefon aku jatuh dalam tasik, aku terlalu terkejut sebab yg datang Hairul..jadi hp tercampak ke tasik.. hp aku rosak terus. Hairul ajak aku pergi bandar beli telefon baru. Lepas tu, entah macam mana, dia nak sangat tengok wayang, dan ajak aku makan.so kitorang pun pergilah.Habis makan, dia terus hantar aku balik kampung. Semua benda berlaku secepat kilat, aku tak sempat nak bagitahu kau. Telefon aku kan baru belom sempat save number kau pun. sorry okay?”
khayra mengeluh kecil.patutlah dia tak dapat call Nua..ishhh budak bertuah ni..tiga hari tau tunggu..
"aku punya lah overthinking..aku baru excited bila dapat tahu siapa Encik Misteri tu..tak sampai 12 jam kau berdua dah menghilang Dari kolej.mana aku tak risau ."
Suaranya tinggi balik.semua pelajar dah masuk dalam dewan.takde siapa dekat luar sekarang ni
" kan aku dah minta maaf.jangan lah marah aku lagi."
Nua menarik nafas., wajahnya redup.khayra tahu ada benda yang Nua tengah sorokkan..tak selalu gadis tu cuak semacam.
“ takdelah..aku ingat kau memang sengaja nak caras Hairul dari aku." tempelak khayra..dia lega semua yang difikirkan tak berlaku.mana lah tahu kan nua pun ada hati dengan Hairul selama ni .kita mana tahu isi hati masing².walaupun rambut sama kaler..
" Apa kau ni..aku bukan jenis makan member punya..kau kenal aku kan..btw illa,ada benda aku nak bagitahu kau...Pasal miss secret.aku dah try bagitahu dekat Hairul aku ni bukan miss secret..tapi dia tetap anggap aku miss secret.." Akhirnya terluah jugak.
Khayra mengeluh perlahan.Dia tahu Nua takkan mengkhianati dia.,salahnya jugak sebab dia yang start
“Entah lah,aku pun rasa menyesal kau tau tak..kalau dapat putar balik waktu,aku pasti takkan suruh kau jadi aku..tapi sekarang semuanya sudah terlambat..Nak atau tak nak,terpaksa lah kau jadi Miss secret di depan dia.."
"Aku tak nak la illa..Kalau dia betul-betul suka kat aku macam mna? aku pernah cakap kat kau,apa-apa jadi,aku tak bertanggungjawab. tengok sekarang?kesian Hairul..dia lelaki yang baik aku rasa berdosa tipu dia."
Ini yang paling ditakuti Nua,Kalau cinta Hairul tiba-tiba beralih kearahnya nanti macam mna?.last2 dia akan terperangkap dalam cinta yang tak sepatutnya berlaku.ishhh tak nak la....
Khayra terdiam tiba-tiba.mindanya berputar ligat..mcm mana nak terangkan pada Hairul dia adalah miss secret sebenar.bukan Nua.??ini lah org kata,
berani buat,berani tanggung..sekarang tanggung lah akibat daripada "drama" yang dorang cipta sendiri..
"Begini je lah,buat masa ni,kita teruskan je dulu sampai kita dah betul-betul tak dapat teruskan lagi.kau kena stay jadi Miss secret buat sementara ni..Aku tak sedia nak bagitahu Hal yang sebenar..lagipun aku pun ada masalah Lain..yang lebih besar.so,memang aku tak dapat."
"Masalah yang lebih besar?masalah apa lagi?"
" Buat masa ni biar aku je tahu masalah tu.aku dah tak nak libatkan kau .kau dah banyak bantu aku ..thanks tau Nua.."
Biarlah masalah TU dia Dan Ammar zayyan je tahu.dia tak nak Nua tahu yang mereka bakal berkahwin.boleh riuh satu university ni nanti..Apalagi kalau Helmi yang tahu.habislah...peluang nak bersama Hairul akan berkecai..Khayra menarik tangan Nua laju masuk ke dalam dewan.pagi ni dia tak sabar nak jumpa Hairul..dapat tengok dari jauh pun takpe,asalkan ada depan mata.
Mereka terus duduk di kerusi masing-masing. sementara menunggu pensyarah masuk.Khayra mengeluarkan buku dan mencuba mencatat beberapa nota..ditoleh ke sisi, nampaknya Ammar tak datang lagi..Tiba-tiba dia teringat perbualan dengan Ammar..
'Kahwin tu indah.orang cakap bercinta selepas kahwin tu adalah nikmat sebenar dalam sebuah perkahwinan...kahwin tu kan satu Sunnah..bila kita kahwin,maka akan lengkaplah separuh agama kita.lagipun best apa,kita ada pasangan untuk kongsi segala masalah..buat apa-apa pun kita tak berseorangan.'
'Kahwin dengan Ammar? Bahagia ke aku nanti?pasti perempuan - perempuan dekat kolej keempat akan mengamuk kalau dapat tahu pujaan hati mereka aku rembat'
khayra tersengih sendirian,alangkah best kalau Encik Misteri TU Ammar zayyan,pasti dia akan bahagia jadi isteri lelaki tu..tapi siapalah dia nak mengubah takdir.Ammar zayyan bukan Encik Misteri..
Khayra membuka hp, niat hati nak tengok balik meseg Hairul yang terdahulu..dia nak padam semua meseg tu..lagipun Hairul takkan meseg dia lagi dekat no tu .pasti Hairul ingat no TU yang jatuh dalam tasik haritu..tengah ralit skroll HP, tiba-tiba bahu Khayra ditepuk dari belakang.
“illa, petang nanti free tak? mama nak jumpa"
Khayra memandang Ammar Zayyan dengan mata membulat,terkejut dengan kedatangan lelaki tu tiba-tiba. Dia terus jeling ke arah Nua yang tengah khusyuk memerhati mereka berdua sedari tadi
Cepat-cepat dia buat isyarat tangan suruh Ammar Zayyan cakap slow-slow.
“Senyaplah sikit, nanti kalau orang Lain dengar macam mana?”
" Kata nak sembunyi dari Nua,Helmi Dan Hairul je kan,tak kata pun nak sembunyi dari orang Lain"
tempelak zayyan..wajahnya yang sedia hensom makin bertambah kacak bila tersenyum ceria pagi tu..tak putus-putus gadis-gadis dalam kelas tu melirik kearahnya..Entah kenapa tiba-tiba timbul cemburu dalam hati khayra
"Sama je kan..kalau orang Lain tahu dan terus bagitahu mereka bertiga macam mana? kau pun jangan lah bagi ketara sangat. senyum-senyum dari tadi..nampak la kat orang."
"Aik senyum pun salah.biarlah,hati tengah happy kan.takkan nak masam macam asam jawa...nanti orang Salah faham pulak..erm soalan aku kau tak jawab lagi..kau free tak petang ni?" Tanya Ammar.dia tak sabar nak bawa khayra jumpa ibunya..Dan pastinya papa memang dah jumpa dengan khayra..pasti papanya pun tak sabar.
"Kenapa nak jumpa?ala,orang tak sedia lagi la mar..nak pakai apa dan paling penting nak cakap apa nanti?" tiba-tiba hati khayra berdegup kencang.ni lah sebab utama dia tak nak kahwin..dia tak sedia nak berhadapan dengan ibu mentua lagi.
" tak yah lah kalut sangat..pakai macam ni pun dah okay..dah cantik..pasti mama suka..kau cakap la macam biasa..mama aku sama je macam papa..papa aku kau dah kenal kan?"
khayra angguk..dia dah pernah jumpa datuk Riduan tapi tu pun sekali je..Datuk Riduan baik tapi tak tahu lah Datin Cameron macam mana..kalau tak mengenang Encik Arwan ,Puan Hilda and kata-kata hikmat Dari Ammar zayyan.belom tentu Khayra nak kahwin dengan Ammar sekarang ni.
"Tengoklah macam mana"
" kau jangan takutlah..aku ada...kat rumah aku pun ada mama,papa dan abang aku je..abang aku tu kau tak payah layan sangat la..dia tu sewel.."
khayla ketawa kecil..pasti best jadi Ammar zayyan.ada adik beradik..boleh bergurau,boleh ketawa sama-sama.tak seperti dirinya anak tunggal.
Nua yang sedari tadi memerhatikan mereka seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya..segera dia menghampiri dua sejoli tu.nasib baik lecterur tak masuk pagi ni..
“Sejak bila kau berdua ni rapat?” pelik.. setahunya khayra tak biasa rapat dengan lelaki...yang paling dekat pun helmi..itupun sebab bestfriend Dari kecik..
“Sejak aku call bestfriend aku berkali-kali tapi dia tak angkat..hah,sejak TU aku dengan Ammar rapat.. Ammar teman aku pergi bandar buat assignment sebab bestfriend aku menghilang dari radar..” perli Khayra...saja buat Nua rasa berSalah.
“Alaa illa, Aku kan dah minta maaf..”
Khayra tersenyum nipis.padan muka.siapa suruh berduan dengan hairul aku...
Nua ingin menyambung tapi belum sempat dia buka mulut, Hairul tiba-tiba muncul dan duduk depan mereka.
“Nua, petang ni temankan aku kat padang..kita takde kelas kan..”
Terus perbualan mereka terhenti. Nua berpaling dan menumpukan sepenuh perhatian pada Hairul.terkebil -kebil mata khayra melihat mereka berdua.dia rasa macam kewujudannya tak dihargai.Dia betul-betul berdiri di sebelah Hairul tapi Hairul langsung tak pandang dia.dia halimunan ke sekarang?
Hati Khayra mula rasa macam kena cucuk-cucuk. sakit sangat. Dipandang Ammar.wajah Ammar zayyan sayu.seolah-olah memahami apa perasaan khayra saat ni
Ammar menarik nafas sebelum menepuk bahu Khayra perlahan.dia tahu khayra sedih
“Jom pergi library.Puan salmi tak masuk pagi ni.”
Khayra pandang Nua dan Hairul yang masih berbual rancak. ada satu perasaan marah yang dia rasakan..rasa kecewa bila orang yang disayang tak pandang kita.khayra ingin menolak tetapi memikirkan hati yang semakin sakit melihat pasangan TU..Akhirnya khayra setuju.mereka berdua terus keluar dari dewan..dalam perjalanan ke library, Ammar memulakan percakapan
" Aku tahu kau cemburu dan sedih sebab Hairul tak tegur kau tadikan illa?"
langkah khayra terhenti.ditoleh ke arah Ammar zayyan. pandangan lelaki tu masih sama..sayu
" Kau jangan lah rasa berSalah kat aku ..aku tak akan halang atau kacau kebahagian kau.kita kawen pun sebab nak gembirakan hati orang tua kita berdua kan..aku faham..Dan aku janji Kalau kita tak bahagia..aku akan lepaskan kau secara baik .aku janji."
khayra terkedu dengan luahan Ammar..mulutnya tiba-tiba kaku ..dadanya terasa sebak tiba-tiba.
" cuma buat sementara ni,aku harap kau lebih fokus pada perkahwinan kita ni dulu.. kau boleh janji tak?" langkah Ammar terhenti.Dipandang wajah khayra dalam-dalam.
Khayra terdiam.kesian Ammar..Ammar pun mangsa.. dia pun dipaksa kawin oleh Datuk Riduan jugak.Khayra menarik nafas perlahan..Ammar zayyan kawan dia sekarang..tak lama lagi jadi suaminya..mestilah dia akan bantu Ammar .
"Aku janji ..aku akn fokus pada marriage kita nnti..tapi aku nak bagitahu kau siap-siap aku tak sempurna,aku banyak kekurangan..aku harap kau selalu maafkan aku kalau aku tak dengar cakap ..." luah khayra perlahan..dia melajukan langkah ke library. pipinya rasa terbakar pulak pagi ni bila buat janji macam tu.Ammar zayyan ketawa kecil mendengar janji khayra..lantas dia mngekori khayra dari belakang.Memang dia sengaja bawa khayra jauh dari Hairul sekarang ni.
Share this novel