Ammar menghirup laju nescafe dihadapannya.dilirik jam ditangan.20 minit lagi nak masuk pukul Empat mana pulak khayra ni pergi..suasana cafe sangat bising.semua meja penuh.Sengaja Ammar pilih tempat duduk paling depan.senang untuk khayra nampak nanti.perut yang tadinya lapar kini sudah tidak mengeluarkan sebarang bunyi.Mee goreng sudah selamat mendarat masuk dalam perut.
"zayyan?,"
Ammar Zayyan yang sedang fokus makan tersentak. kepalanya di angkat.figura gadis seksi dengan beg yang penuh ditangan muncul dihadapannya .lain yang di tunggu lain pulak yang datang.Dipandang sesaat gadis tu atas bawah.nampak sangat baru keluar dari Mall.ishhh tak suka betul la..Ammar meneruskan suapan yang tergendala tanpa mempedulikan gadis tu.
"you buat apa kat sini?"
"Tak nampak ke I tgh makan." jawab Ammar acuh tak acuh.apalah dosa dia sehingga di takdirkan jumpa perempuan ni dekat sini.Dahlah khayra tak muncul-muncul lagi.aduhai..
"I tahu lah you tengah makan..yang i maksudkan,why you makan kat tempat macam ni.tak class langsung la makan dekat cafe sembarangan macam ni zay" gadis tu mula mengeletis..naik berbulu telinga Ammar Zayyan.
"Apa yang Salah dengan cafe ni? Mee dia sedap,air dia pun sedap.kenapa I tak boleh makan kat sini.?"sedikit keras suara Ammar. beberapa pelangan mula melirik ke arah mereka.Ammar tak peduli
" zay,look.,you know i very well right..I tak makan makanan yang dimasak murahan macam ni..and I know you pun sebenarnya tak suka kan..so, apa kata you ikut I,kita makan kat restaurant 5 bintang..jom.. lagipun dah lama I tak jumpa you.kita boleh berborak panjang lagi kat sana.jomlah." Gadis yang bernama Farah itu memujuk..Siapa yang tak kenal Ammar Zayyan?satu kl kenal.dan Farah memang kenal dengan Ammar Zayyan dari kecik lagi.mereka berjiran.
" Maaf la Farah..I tak dapat ikut you..I sebenarnya tunggu girlfriend I..dia keluar beli barang sekejap.btw,rasanya I tak offer pulak you duduk makan dengan I tadi. bila pulak I ajak you makan sekali?" sinis sekali kata-kata Ammar untuk Farah.dari dulu lagi Ammar tak suka gadis tu...gadis tu suka meremehkan orang lain..dan dia memang dah lama tahu gadis tu selalu nak try pikat dia.tapi maaf sekali lagi..Tak Akan!!
"Girlfriend??,Sejak bila you ada girlfriend?"
Terkedu Farah mendengar ayat tersebut keluar dari mulut Zayyan. sebelum ni, Zayyan pernah berjanji bahawa dia tidak akan bercinta dulu. Farah sudah banyak kali cuba memikat Zayyan, tetapi selalu saja gagal.zayyan selalu beralasan mahu fokus pada study. tapi Kini, tiba-tiba saja Zayyan mengaku sudah ada girlfriend! Farah betul-betul tak puas hati.
Ammar diam ,dia tidak menjawab. Dia memang sengaja cakap begitu.memang itulah yang dia harapkan.mana lah tahu betul suatu Hari nanti khayra akan betul-betul jadi kekasihnya kan. Ammar berharap sangat agar Khayra muncul sekarang ni.Dia ingin Farah berambus dari situ.
"I Tanya ni,you dengar ke tak?". beberapa orang yang berhampiran meja mereka terus menerus memandang ke arah mereka.Ammar zayyan terpaksa meminta maaf.malu tak usah cakap la.merah padam muka Ammar sekarang ni.direnung gadis tu tajam..dia tak suka betul dengan sikap gadis tu.Tak ada adab langsung.inilah akibat bila duit mengontrol hidup Manusia..Manusia jadi angkuh dan tak de sikap sopan santun.baru je Ammar ingin membalas, Khayra muncul,fuh legaaa..
“Hai.aku kacau korang ke?kau kawan Ammar ye.Duduklah, join kitorang, kenapa berdiri je? Btw, aku Khayra. kau?”
Khayra menghulurkan tangan, Namun, gadis itu tidak menyambut tangannya. Sebaliknya, Farah hanya mencerlung tajam, melirik Khayra dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Mata gadis itu seakan-akan menghina penampulan khayra
‘Kenapa pulak minah ni?’ senyuman khayra terus mati, Khayra cuba bertenang.dia terus duduk di samping Ammar..tanpa menghiraukan Farah.Ammar pun turut membalikkan badan menghadap khayra..dia yakin Farah akan faham semuanya.Tak de sebab dia nak layan Farah bila khayra dah ada.. beberapa detik kemudian terdengar Farah berlalu dari situ dengan menghentak kaki.dia tak peduli dengan keadaan sekeliling.hatinya sakit bila melihat kekasih zayyan tadi..patut lah zayyan tak pernah menerima cintanya.. rupanya zayyan dah ada kekasih..cantik pulak tu.tiba-tiba perasaan cemburunya meluap-luap.
"Mar,tadi tu siapa?awek kau ye?" usik khayra ceria.cantik jugak,dah macam model..cuma sayang pakai baju tak cukup kain.
"jiran aku..Entah dari mana datang tiba-tiba muncul."
"kenapa dia nampak marah sangat dekat aku.aku hulur tangan pun dia buat do no..korang borak pasal apa tadii?"Tanya khayra curious.
"Dia kemasukkan Jin toncit." seloroh Ammar. sengaja! Betul la kan.datang tak diundang tu memang perangai Jin la tu . khayra ketawa perlahan.
"Dah la abaikan..tak penting pun..ni tadi kau dari mana.,mana barang yang kau beli,tak nampak pun?" Ammar terpaksa tukar topik..dia tak nak Khayra kenal perempuan tu siapa.
"..Errm. barang yang aku nak beli tu dah habis dijual...nanti aku cari kat tempat lain."dalih khayra..buat masa ni dia tak nak Ammar tahu pasal Ibu tirinya...lagipun mereka hanya kawan dan bagi khayra cukuplah Encik Misteri a.k.a Hairul satu-satunya yang tahu pasal kisah familynya.
Ammar mengangguk faham..dia tahu khayra sembunyikan sesuatu..sebab tempat yang dituju khayra tadi bukan lah kedai tetapi bangunan pejabat.but it's ok .yang penting Khayra tak tinggalkan dia lama-lama dengan perempuan tu tadi.
" Dari tadi senyum-senyum..kenapa?teringat kat siapa??" hairan .sejak balik dari beli barang tadi .khayra tak berhenti-henti tersenyum.
"Takde sesiapa..cuma saja-saja nak happy.tak salahkan?" khayra betul-betul happy..buat pertama kalinya dia rasa disayangi oleh Puan Hilda.dah lama dia tak rasa perasaan happy macam ni..Masih terasa pelukkan hangat Puan Hilda tadi..Rasa nak call Hairul..nak bagitahu Hairul dia dah berbaik dengan Puan Hilda..namun dia takut Hairul bersama Nua saat ni.
"Tak salah tapi pelik..tadi kat class macam orang sakit.termenung memanjang..kat sini happy pulak.." ,
" well,biasalah..dapat keluar kampus satu kepuasan untuk pelajar macam kita ..kau tak happy ke?" pertanyaan khayra disambut jelingan Ammar..dia mnjungkit bahu..untuk anak broken home macam Ammar zayyan,rumah bukan lah tempat untuk dia rasakan kegembiraan..Hari ni happy lah dapat keluar berdua dengan khayra tapi kejap lagi bila balik rumah hanya sedih yang akan menyapa dirinya.
"Mar,Hairul ada call kau tak?" Tanya khayra tiba-tiba..hatinya sudah tak sabar untuk bertemu Hairul.dia nak kongsi kegembiraan ini bersama lelaki tu.
" Buat apa dia nak call aku...kan sekarang cuti,maybe dia tengah keluar dating dengan Nua."
wajah yang tadinya ceria kini bertukar suram.mustahil Nua mengkhianati dirinya ..mustahil..dia mencuba menelefon gadis itu berkali -kali namun hampa...Nua tetap tak angkat call.
" Daripada kau dok tekan-tekan hp kau tu,apa kata kau teman aku makan..mee dia sedap sangat.rugi kau tak cuba.aku dah order satu untuk kau..air coffee ice right..jom makan.Ala,bukannya lama pun cuti..esuk lusa jumpa lah Hairul semula.. Don't worry lah."
khayra meletakkan hp di atas meja..terkejut dia dengar ayat Ammar.Ammar ni tahu ke dia tak sabar nak jumpa Hairul?..
" Ish, Apa kau cakap ni Mar.aku bukannya tak sabar nak jumpa Hairul pun.aku Tanya je." khayra beralasan...wajahnya blushing tiba-tiba.tangannya menarik Mee goreng ke hadapannya. Ammar ni macam tahu -tahu je dia minat coffee ice..perut yang kosong kini kembali terisi.Alhamdulilahh
Khayra menghabiskan makanan dan minumannya dengan cepat, dia sudah tak sabar nak balik jumpa Puan Hilda.
"Jom balik," ajak khayra.dia mengesat mulut dengan tisu. Ammar masih termenung.niat hati memang tak nak balik rumah lagi.bukannya ada apa pun dekat rumah.Ada mak ayah pun busy 24 jam..
tapi mengenangkan hari pun dah semakin petang.terpaksa lah Ammar setuju
"Jomlah..,"
Mereka berdua beredar dari cafe dan beiringan ke kereta. Sepanjang perjalanan pulang, mereka bersembang tentang class, assignment,dan sedikit sebanyak tentang keluarga masing-masing.Khayra baru tahu dirinya dan Ammar ada banyak persamaan sebenarnya..dua-dua ada masalah keluarga.
Mereka singgah kolej untuk ambil kereta khayra sebelum balik ke rumah..suasana mendung je.sekajap lagi nak menghampiri waktu maghrib.
"Thanks mar. Aku appreciate sangat kau sanggup teman aku pergi library tadi," Khayra pandang Ammar dengan senyuman.Akhirnya siap jugak assignment Puan Salmi.Ammar zayyan ni tak lah seburuk yang dia sangkakan macam sebelum ni.
"You're welcome.thanks jugak teman aku makan. Jumpa tiga hari lagi.,bye Khayra," jawab Ammar sebelum Khayra melangkah masuk ke dalam Ex50..Khayra melambaikan tangan sebagai tanda selamat tinggal..Ammar hanya memandang kereta khayra berlalu sehinggalah kereta itu menghilang dari pandangan.
Bagi Ammar,harini sangat membahagiakan. rasa macam dapat menang award..tak berhenti dia tersenyum. Khayra ufaira,Nama secantik orangnya . dia dapat rasakan hatinya mula jatuh hati pada gadis tu.tapi bila difikir2 kan memang sejak saat pertama Kali berjumpa lagi hatinya sudah terpaut..dia tak tahu apa perasaan Khayra terhadapnya..tetapi dia yakin gadis itu menyukai Hairul..dah banyak Kali dia perasan Khayra selalu tanya pasal Hairul..macam ada something..but it's okay..masih ada banyak lagi masa..lambat laun dia akan tau jugak ..lambat-lambat Ammar masuk ke dalam kereta.sekejap lagi dia kena menghadapi kehidupan yang sebenar.
Share this novel