" Aku tak nak..kau gila ke apa!"
Apa yang kawan dia mengarut ni.Salah makan ubat ke atau effect dari duduk terlalu lama dalam library ni. apa punya tawaran la dia bagi.tak faham betul Nua
"Ala ,untuk Kali ni je Nua,tolong la aku please."
" Apasal kau takut sangat ye nak jmpa dia.lelaki tu pembunuh bersiri ke?"
"Apa kau ni,.Encik misteri tak macam tu la.."
"habis tu..yang kau beralasan sangat ni kenapa?bukan susah pun jumpa sekejap.lepas dah jumpa tu barulah ko decide kau nak teruskan message dia lagi ataupun tak.kenapa nak suruh aku menyamar jadi kau pulak?"
Khayra gigit jari.nak buat macam mana,.dia lupa sebenarnya dirinya introvert.tapi mengada-ngada nak berkenalan dengan orang.aduhai.macam mana erk?
"Kau tak teringin ke nak tahu dia tu siapa?kot-kot hensom..rugi kau tiba-tiba nanti dia jatuh cinta dengan aku bukan dengan kau.kau sanggup?."sambung Nua..hampir tergelak dia tengok wajah sugul khayra.dia memang minat berlakon.tapi bukan menyamar macam ni.
" Entahlah,aku konfius,dah lama aku nak tahu dia tu siapa.tapi aku takut hubungan yang sedia ada ni akan rengang bila dia kenal aku siapa.tolong lah aku Nua,please.."
Beberapa pelajar melirik ke arah mereka.sedikit terganggu dengan perbualan mereka..Hari semakin petang,semakin banyak pulak pelajar masuk ke library ni..mahu tak mahu,terpaksalah mereka bergerak ke kolej..
"Macam ni lah illa,aku boleh tolong kau..tpi bila suatu Hari nanti,Encik Misteri tu tahu aku ni bukan kau,aku lepas tangan.kau sendiri yang explain everything pada dia..aku tak bertanggungjawab.."Nua terpaksa mengalah..Nasib baik kawan baik.
"ok deal..kau tak payah bimbang semua tu..aku tanggung everything.okay tq Nua,kau lah bff aku Dunia akhirat...tq Tau.."
Fuh lega,akhirnya dia akan tahu jugak Encik Misteri yang mana satu lepas ni..gembiranya ya Allah.sesampainya mereka di dorm,mereka segera naik ke bilik untuk mandi..namun tak sampai dua saat, khayra terdengar Nua menjerit dari jauhh.
" Tapi aku belum Janji nak gantikan kau illa . tengoklah macam mana."
"Nuaaaaa!!! "
* * * * * *
Hilda mengemas fail-fail yang berselerak di atas meja.pagi ni tak banyak kerja.boleh lah dia berkurung sehari suntuk dalam pejabat. tengah -tengah mengemas,dia terpandang FOTO pernikahan dirinya 10 tahun lalu. teringat kata-kata Khayra
' you said, you are my mother right?.so can you pretend to be my real mother? give me the love you promised in front of papa ten years ago.can you do that mom??'
Hilda mengeluh.dia tak sangka khayra akan cakap begitu..dia bukannnya jahat sangat.dia cuma tak mampu nak bagi kasih sayang tu.Dan dia tak pernah lupakan janji-janji tu
"khayra sayang,meh salam Aunty hilda.mak baru illa.." terngiang-ngiang suara Arwan di telinga Hilda..
khayra ufaira berlari dan bersalam dengannya.anak itu merenungnya sebelum memberikan ciuman di pipi Hilda
"yeayy ..illa dah ada mama..tq Aunty"
Hilda tersentuh Mendengar ucapan tulus anak sekecik illa.masa tu dia rasa sangat bertuah dapat jadi sebahagian dari keluarga Arwan..
"sama-sama sayang..mulai hari ni illa panggil mommy ok..not aunty.mommy janji mommy akan sayangg illa sepenuh hati mommy.. tq jugak terima mommy sebagai mama illa.Mommy sayang illa,mommy Syg papa illa.kita akan jadi keluarga bahagia lepas ni..mommy janji!'
itulah janji yang pernah Hilda lafazkan di depan Arwan dan khayra..tapi lama kelamaan janji tinggal janji.Hilda rasa ada yang berubah..suaminya tak pernah katakan perasaan cinta sedikit pun untuknya..dalam sepuluh tahun ni hanya beberapa Kali sahaja mereka berjumpa..itupun selalu diakhiri dengan pergaduhan kecil.Hilda terlalu cintakan Arwan..dia tahu dia tak secantik maisara..tapi dia boleh berubah jadi sebaik maisara..maisara kawannya..kehilangan maisara pun turut dirasainya..dia dh cuba menyayangi khayra..tp perlayanan Arwan terhadapnya membuat Hilda rasa ralat.
"Maafkan mommy illa,mommy tahu illa terasa dengan sikap mommy..Allah tahu perasaan mommy sebenarnya..Inshallah doakan mommy,mommy teringin disayangi suami sampai mommy lupa menyayangi anak mommy sendiri..mommy minta maaf illa"
gambar illa yang comel dielus.rindu pulak hati ni dengan khayra .apa Khabar agaknya dia di University tu sekarang .hmmm
Share this novel