Bab 12

Romance Series 5898

Ammar zayyan dan khayra ufaira tiba di bandar pukul 2 petang.Mereka singgah ke kedai runcit sebelum pergi library.Sebelah kanan library ni ada sebuah cafe dan disebelah kirinya terdapat beberapa bangunan Syarikat-syarikat swasta..Salah satunya adalah syarikat Hilda One Holding.Lama direnung syarikat tu sebelum akhirnya khayra mengambil keputusan untuk berjumpa Puan Hilda.


" Erm,mar, nanti kau tunggu aku dekat cafe k.Aku nak pergi situ jap..ada barang aku lupa beli."

Ammar memandang tempat yang ditunjuk Khayra.Tak nampak kedai pun kat situ.


" Kau nak beli apa? kita pergi sama-sama la lepas ni." Takkan nak tinggalkan dia sorang-sorang kat sini.


" Takpe, sekejap je ni.kau tunggu dekat cafe."

Asyiera lantas meninggalkan Ammar..dia tahu Puan Hilda ada dalam pejabatnya sekarang ni.masa kecik dulu, khayra selalu datang ke situ..pekerja mommynya pun sudah biasa dengannya.


" Hai khayra,lama betul tak nampak..mana menghilang?" Tegur Pak Saad.. security guard yang paling baik.dulu dekat pondok jaga Pak Saad ni la khayra lepak sementara menunggu Puan Hilda balik kerja.

" Assalamualaikum Pak Saad,khayra dah masuk University dah Pak Saad.tu la lama tak pergi sini.Pak Saad sihat? Tangan Pak Saad disalam dan dicium Penuh hormat..kesian Pak Saad.Walaupur dah beumur,tetap rajin mencari nafkah untuk keluarga.


" waalaikumsalam.Pak Saad sihat Alhamdulilah,Pak Saad tak sangka kamu dah besar panjang.rasanya macam baru semalam kamu bermain dekat sini"

Khayra tersenyum nipis mendengar kata-kata Pak Saad..Akhir zaman,sedar tak sedar masa semakin suntuk..sehari bagai setahun dan setahun bagai dua hari..terlalu banyak peristiwa yang berlaku sehingga kita tak sedar masa telah berlalu.


"Kamu dari mana?nak kemana?"Tanya Pak Saad kemudian.Wajah anak gadis itu terlihat pucat.


" Dari Library tadi tapi dah alang-alang lalu sini..tu yang nak singgah terus tu.nak jumpa mommy..mommy ada ke Pak Saad?


"Kamu lambat 10 minit. Puan Hilda baru je keluar tadi.dengan klien.."

Khayra mengeluh perlahan.niat nak jumpa sekejap je tapi mommy pulak sibuk..kalau nak batalkan niat pun macam dah alang-alang ada kat office dah ni.macam mana erk. Tapi kalau tunggu mommy datang,kesian pulak dekat Ammar yang menunggu..


" Tunggu je lah sekejap..bukan lama pun.meh duduk sini teman Pak Saad borak."

khayra terpaksa mnggangguk.tak Salah menunggu sekejap.lagipun dia rindu sangat dengan Puan Hilda.Rasanya tak pe kot Ammar menunggu.

" Takpelah Pak Saad,khayra tunggu dekat dalam je lah..khayra tak nak ganggu Pak Saad kerja."


"iyalah.. lebih baik tungu dekat dalam..kejap lagi Puan Hilda balik la tu."

Khayra lantas bergerak ke dalam pejabat..dah lama tak jejak kaki ke pejabat tu.kalau dulu pejabat ni lah rumah kedua khayra.pagi petang dekat situ.


"Khayra ka?" Tegur satu suara.

Ditoleh ke arah wanita yang nampak muda jelita tu..Kaq Lia..kaq Lia ni secretary Puan Hilda.

" Assalamualaikum,Kaq Lia apa khabar?"

"Alhamdulilahh Sihat. hang pulak apa khabaq?makin segak naa." puji kaq Lia.

"Takde lah kaq.biasa je.khayra ok Alhamdulilahh"

"Hang p mana khayraa...lama nau tak nampak"

"tak p mana-mana pun kaq..ada je dekat pekan ni..cuma khayra dah masuk uni.tu la lama tak datang sini."


"Oo..patut tak nampak batang hidung.ni hang nak jumpa Pun Hilda ka? Mommy hang baru je keluaq jumpa klien.."


" Ermm niat memang nak jumpa mommy kak.tp takpe la kak. khayra akan tunggu mommy "

khayra berura-ura untuk duduk di ruang menunggu..rasa awkward bila ramai yang memandangnya..


"Hang tunggu dalam bilik Puan Hilda lah khayra..jangan disini..nanti hang kena ngorat.habis lah kaq Lia kena marah oleh mommy hang..jom.."

khayra buru-buru bangun.memang dari tadi dia rasa awkward lebih-lebih lagi banyak rupa yang dia tak kenal.pekerja Puan Hilda semua tekun buat kerja..takut pulak khayra menganggu.

khayra segera masuk ke bilik Puan Hilda yang cukup besar.segera dia duduk di kerusi Puan Hilda..sementara kaq Lia meminta diri untuk kembali bekerja..Khayra memandang bilik tu dengan perasaan hiba..Bilik tu tak berubah..Masih tetap sama.semua perabut dan susun atur meja masih tetap seperti dulu..khayra faham sangat dengan mommy..Puan Hilda jenis Setia..dia x suka barang-barang berubah tempat.Dilirik gambar yang ada dibelakang meja Puan Hilda..Gambar mereka satu family. Khayra sedikit tersentuh..dilirik pulak gambar atas meja..Satu gambar perkahwinan Mommy dan Papa..satu lagi gambar khayra..Gambar semasa dia baru masuk ke sekolah menengah..Nampaknya Puan Hilda anggap dia anak.tapi kenapa mommy tak pernah kata dia sayangkan khayra..air mata jatuh mengalir di pipi.

' tok..tok...'

Puan Hilda muncul dengan seorang leleki yang dah berumur..terkejut khayra.lantas dikesat air mata yang Masih bertakung di tubir mata.dia lantas berdiri dan bersalam dengan Puan Hilda..Dia rindu sangat

"Bila sampai?"Tanya Puan Hilda terkejut tadi dia bila Lia bagitahu khayra ada dalam pejabatnya.

"Baru je datang.tak sampai 5 minit pun lagi" khayra melirik lelaki yang dari tadi memerhatikannya. Lelaki tu nampak lebih berumur dari papa..siapa pulak ni.klien mommy kot.

"Oh ya btw,Datuk kenalkan...my daughter, khayra..and khayra this Datuk Riduan.,kawan papa you"

Khayra tersenyum dan bersalam dengan Datuk Riduan. hampir saja dia salah sangka. ingatkan Puan Hilda ada affair dengan Datuk Riduan ni.nasib dia hanya fikir dalam hati..huhu


"Tak sangka dah besar dah anak Arwan..seiras wajah Maisara pulak tu.Khayra ingat lagi tak kat uncle?"

Khayra lantas mengeleng kepala.dia tak ingat langsung dan hatinya sedikit tersentak mendengar Datuk Riduan kata wajahnya seiras wajah mama


" I already told you Datuk, she not only looks like a maisara.she is also kind and sweet..just like her mother." tambah Puan Hilda.
Khayra menoleh ke arah Puan Hilda..menanti reaksi Puan Hilda.tapi wajah Puan Hilda ceria.Tak de riak cemburu atau sakit hati.


"Uncle Riduan pernah datang ke rumah tyme celebrate birthday kamu dulu..maybe khayra tak perasan."


"Ooo" hanya tu je balasan khayra..dia tak tahu nak jawab apa.Malu bila Mommy puji dia.


"Khayra dari mana?balik cuti ke atau saja-saja keluar kampus.?" Tanya Puan Hilda.


" Cuti 3 Hari.Ahad masuk kolej semula.. Tadi illa pergi library dengan kawan...kebetulan lalu sini..so,illa singgah nak jumpa mommy. rindu." jawab Khayra jujur.malu sebenarnya nak mengaku.

Puan Hilda merenung wajah khayra dalam-dalam..Dia pun rindu..dah berbulan-bulan tak jumpa.tanpa sepatah kata,Puan Hilda menarik tubuh kecik khayra ke dalam pelukan.khayra didakap erat..itulah Kali pertama khayra merasa pelukan seorang Ibu..tanpa disedari air mata jatuh bederai...ingin saja dia menjerit dan bagitahu satu dunia..Akhirnya dia dapat rasa pelukan seorang Ibu setelah bertahun- tahun kehilangan perasaan tu.Datuk Riduan duduk diruang menunggu.dia tak nak menganggu.

Setelah agak lama,Puan Hilda melepaskan pelukan..matanya dipenuhi air bening..pertama Kali dalam hidupnya dia dapat rasakan bahagianya jadi seorang mak.dilap air mata khayra yang Masih mengalir..dia pasti khayra terkejut dengan pelukan tadi..


"Balik lah dulu,pasti illa penat.mommy masih ada meeting lepas ni.kita jumpa kat rumah nanti ok."

Khayra menganguk laju...dia Masih tak percaya Puan Hilda dah berubah.sebelum keluar,sekali lagi dia memeluk Puan Hilda kuat-kuat..dia dah tak takut atau malu lagi.hatinya gembira bukan kepalang..khayra tak sabar nak bagitahu Encik Arwan..

Puan Hilda tersenyum terharu.kesian khayra..sampai sebegitunya dia gembira..Hilda nekad untuk berubah...dia sayangkan Arwan dan Khayra adalah amanah Yang Allah titipkan untuk dia jaga selepas meninggalnya maisara.Hilda nekad untuk jadi isterii yang Setia pada Arwan dan Ibu yang baik untuk khayra..matanya menyoroti khayra sehingga hilang dari pandangan.kemudian barulah dia kembali masuk ke dalam pejabatnya .ada banyak benda nak bincang dengan Datuk Riduan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience