Bab 6

Romance Series 5898

Khayra Ufaira merenung hp ditangan..kata-kata Encik Misteri menganggu pemikirannya..sudah Dua minggu dia belajar dekat situ.dan sudah dua minggu jugaklah dia mengelak untuk bersemuka dengan Encik Misteri.Dia takut kalau Encik Misteri tahu dia siapa,Encik Misteri akan tinggalkan dia sama seperti Puan Maisara.dia terlalu takut untuk kehilangan.


"Awak,awak memang tak nak jumpa saya kan..buat apa kita berhubung kalau awak tak nak kenal saya dengan lebih dekat.awak buang masa je!"

Khayra mengeluh perlahan.betul jugak kata Encik Misteri.buat apa mereka berhubung kalau tak nak kenal each other dengan lebih dekat.
khayra buntu.semakin difikir,semakin sakit jiwanya.

"Khayra Ufaira ,awak tengah buat apa?"

Khayra tersentak.hp ditangan jatuh ke lantai.cepat-cepat khayra mengutip balik hp yang jatuh.malu ditegur lecturer.seluruh kelas menumpukan perhatian kepadanya.


"Tak buat papa.."

Khayra berdalih..senyuman manis dihadiahkan untuk Puan Salmi. lecturer yang cantik manis.

" Dahtu,termenung apa lagi.buatlah apa yang saya suruh tadi. Now! "

Khayra tersentak..Puan Salmi suruh apa ?ada ke ? Ya Allah, digaru kepala yang tidak gatal..dia tak dengar apa-apa langsung harini.dipandang Nua di depan malangnya Nua sibuk bercakap dengan Helmi. ishhhhh


"It's okay Puan, Khayra dengan saya."

Khayra menoleh.Ammar zayyan!


"kalau macam tu settle, semua dah ada partner. so saya harap kamu dapat siapkan projek ni secepat mungkin..okay,terima kasih." Puan salmi berlalu dengan wajah yang puas hati.Meninggalkan Khayra dengan perasaan yang bercampur baur.ditoleh ke arah Ammar yang setia menatapnya. buat pertama kali Ammar zayyan tersenyum kepadanya.Hensom..


" Kau termenung apa sampai tak dengar lecturer kat depan..berangan ye" usik Ammar Zayyan.
sengaja dia membesarkan mata.Khayra terpempan.malu bila kena tegur oleh Lelaki tu.


"Ermmm btw, Puan Salmi suruh apa tadi?"

"Puan Salmi suruh cari partner untuk assignment Kali ni dan aku pilih kau.. so, say thanks to me" Nada Ammar Zayyan kedengaran sedikit riak.. Khayra mengetap bibir.


"for what?!.aku tak kata pun nak jadi partner kau. Sukahati je buat keputusan sendiri.!" Marah khayra. sejujurnya dia tak kisah pun.. dia sendiri pelik kenapa dia marah Ammar zayyan.sedangkan lelaki tu tak buat apa-apa pun!


"Dah sejam lebih Puan salmi bagi masa. dan semua dah ada partner.kita jer belum ada.aku kesian je kau belum ada partner.salah ke? ."

Khayra terdiam.dia tak suka orang kesian dekat dia..tak kisah lah pasal apapun.Khayra lantas berdiri dan melajukan langkah keluar class..hatinya panas.
kakinya dihayun laju menuju ke library..hari ni semuanya serba tak kena.. sudahlah dia masih bingung memikirkan jawapan Untuk Encik Misteri.

Khayra Hairan.. apa kesalahan yang Ammar zayyan buat sampai dia sakit hati sangat berhadapan dengan lelaki tu.kalau kes langgar haritu,Ammar dah minta maaf dah pun.dan dekat cafe haritu mereka langsung tak bercakap.jadi kenapa dia marah sangat?sebab Ammar sombong ke?kalau betul dia sombong,dia takkan ajak Khayra jadi partner dia. dan takkan lah rasa sakit hati ni sebab semua perempuan dekat kolej keempat puji lelaki tu kot. .ish mustahil.lagipun bukan salah Ammar kalau satu U ni puji dia hensom. So kalau semua bukan.. kenapa dia nak kena marah Ammar.?Pelik! sedar tak sedar dah 4 jam dia duduk dalam library. Nasib la pengawas library ni senior di kolej keempat. dapat la jugak dia duduk berejam dalam library tu.


"Ya Allah illaaa..puas aku cari,kat sini kau lepak.kau dah lunch ke belum.?

Muncung Nua panjang sedepa..lega bila kawannya itu ada dalam library.nasib baik dia tak report polis tadi.


"Macam mana kau tahu aku kat sini?"pelik betul .dia memang sengaja tak nak Nua atau Helmi tahu dia dimana..hajat nak cari beberapa sumber rujukan je untuk project Puan Salmi tadi.


"Ish,budak bertuah nii..aku cari kau dekat kolej tadi.kak Diana yang bagitahu aku kau dah duduk berejam-rejam dalam library ni..kau kenapa tak keluar lunch?kau bertelur ke kat dalam ni?" hembur Nua..dia duduk sebelah Khayra..air 100 Plus tin disua..


"weyh,mana boleh bawa minuman dalam library."


"Aku bawa ni untuk kau.kau tak dahaga ke?dari tadi dekat sini..minumlah.sementara orang takde ni.tapi kejap.,ni aku nak tanya,kau buat apa kat sini?


"Tengah buat research"


" Mak aiii,buat research berejam-rejam..kan boleh buat kat kolej..makan pun tak..kalau sakit macam mana?"muncung Nua semakin panjang.lucu pulak hati khayra..


"Ala kejap je.,Aku nak cari ketenangan kat sini".


"ketenangan apa?amboii macam lah kat kolej xde ketenangan..dah lah tak ajak aku.ni mesti kau tengah sorok sesuatu.kan..betul tak? kau dating senyap -senyap belakang aku ke?

Serkap Nua..matanya melilau ke kiri kanan mencari seseorang yang mencurigakan.tapi takde pulak..tak ramai pelajar suka duduk dalam library waktu macam ni..


"Tak yah mengarut la.aku nak dating dengan siapa?aku saja tak nak ajak kau.aku malas..aku ingat nak duduk sekejap je tadi .tak sangka pulak terlajak huhuhu maaf lah..

Khayra ufaira tersengih..100 plus disedut laju..Nasib baik pngawas library tak nampk.


"Helmi mana?" sejak dua tiga hari ni helmi memang jarang nak duk lepak dengan mereka.sibuk 24 jam dekat kolej ketiga..lepas class terus lesap entah kemana.


" Helmi ada practice.kan minggu depan minggu kebudayaan.kau lupa ke?"

Khayra mengeluh untuk kesekian kalinya..dia betul-betul lupa minggu ni dan minggu depan mereka ada aktiviti.


"so,Kau pulak,kenapa tak pergi rehearsal " Tanya khayra balik.dah tahu minggu kebudayaan tapi datang cari dia kat library ni apa ke jadahnya kawan dia sorang ni.


" Tak, aku malas pergi.aku cma pelakon tambahan..ada atau tak.takde siapa cari.." Rajuk Nua..ni yang malas nak ikut teater ni..mentang-mentang dia junior tahun satu..semua pakat ketepikan dia.ishhh geramnyaa


" Ala,normal la tu.tahun depan kita jadi senior pun takdenya kita bagi can dekat budak tahun satu conquer.chill ok " pujuk khayra.tiba-tiba dia teringat sesuatu..


"Nua,aku ada satu projek,Dan projek ni sangat mudah..kau boleh jadi watak utama.kau nak tak?"
senyuman Khayra mengembang hingga ke telinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience