Bab 8

Romance Series 5898

Minggu kebudayaan akhirnya tiba jugak..ramai pelajar mula membuat persembahan tidak terkecuali khayra dan Nua.Khayra menyanyikan sebuah lagu awal 90 an yang terkenal suatu saat dulu.Lagu yang bertajuk Cinta tersimpul Rapi nyanyian Anis suraya..riuh rendah sorak pelajar-pelajar dibawah pentas..suara dan ekspresi khayra sangat cantik.terpukau smua pelajar yang ada disitu.Khayra nak selitkan memory yang indah pada malam itu.Soal Encik Misteri tolak tepi dulu.

Ammar zayyan dan Hairul duduk di barisan hadapan..teruja melihat persembahan dari class mereka.perasaan bangga menapak dalam hati.


" Perghh,boleh tahan suara budak ni.peminat pun ramai giler." kedengaran suara Rasyid ketua kolej kedua yang berdiri di belakang mereka.


"Apasal budak tahun satu Kali ni banyak yang cantik-cantik.zaman kita takde pun.kau tengok si khayra tu.cantik macam model dah.suara pun merdu .ini kalo aku dapat..hari-hari aku suruh dia nyanyi untuk aku "sahut senior lagi satu.


"Jangan Mimpii lah..Kau ingat kau akan dapat dia.Entah-entah boyfriend si khayra ni keliling pinggang.mustahil perempuan cantik macam dia ni single.kau percaya lah cakap aku"

Ammar Zayyan yang kebetulan duduk depan Rasyid mula memasang telinga.


" Belum cuba belum tahu.aku ni jejaka terhangat d kampus kita ni .kau cakap kat aku sekarang perempuan mana yang tak cair dengan aku..kau cakap?aku yakin dia akan jatuh jugak ke dalam gengaman aku."


"Kau nak try?.aku gerenti100 % khayra tu tak pandang kau.orang cantik macam dia tu layan lelaki kacak je.macam si Hairul dan si Ammar ni dapatlah.ada rupa,satu fakulti lagi..betul tak rul?

Bahu Hairul di tepuk..Hairul hanya mampu tersenyum kelat..malas melayan perbualan mereka.


"Abang-abang berdua.boleh tak tolong senyap..kami nak fokus ni.kalau nak bercakap,sila duk belakang sana."

Ammar yang dari tadi mendiamkan diri mula bersuara..dia tak dpat menumpukan perhatian bila abang senior di belakang ni buat bising..bukan selalu dapat dengar khayra menyanyi live.Hatinya turut terbakar Mendengar kata-kata buruk untuk khayra.


" Relax la mar..kau pehal tiba-tiba panas..santai bro.." Rasyid cuba mengawal keadaan..

Hairul lantas mencuit Ammar..dia tak nak ada pergaduhan terjadi..lebih baik menunggu di belakang pentas.mungkin lebih jelas kedengaran suara khayra dari situ.


"Kau okay ke .."

Terkejut Hairul.jarang dia tengok Ammar zayyan marah.


"Aku okay,.Entah lah aku jadi emosi dengar si Rasyid tu cakap pasal khayra..kau tak emosi ke?


"Emosi jugak .tapi takde lah sampai nak makan orang"


"Aku tak boleh la...dia ingat si khayra tu apa?toys? "

Hairul terdiam.nak membalas dia takut menambah kemarahan Ammar.mereka meneruskan perjalanan ke belakang pentas.Dari jauh dah nmpak Helmi dan Nua duduk bersantai mendengar nyanyian Khayra.


"Hi Nua." tegur Hairul ceria.

Nua tersenyum manis pada jejaka-jejaka pujaan kolej keempat tu.beberapa pelajar perempuan melirik ke arahnya.


"Buat apa kat sini?"


"Main golf"

Ish,sempat pulak Ammar ni bergurau..sejak dua tiga menjak ni,Ammar dah pandai berbalas senyum..dah tak kekok lagi.


"seriouslah.."


"Saja..kat sini aman sikit takde lalat.boleh dengar suara khayra dengan jelas." terang Ammar


"Apa kena mengena lalat dengan suara khayra?" Nua memgerutkan dahi.Hairul hanya tersenyum nipis.malas nak terangkan.biarlah Nua tahu sendiri.


" lalat besar ke mar," usik Helmi..dia faham sangat maksud Ammar Zayyan.


"Ha'ah..lalat berambut.". jawapan Ammar membuatkan Hairul dan Helmi pecah ketawa.beberapa pelajar yang berhampiran turut ketawa kecil.Hanya Nua yang terpinga-pinga.tak faham apa yang mereka maksudkan.


"BTW,Tahniah Nua,kolej kau dapat no 2 teater tadi."puji Hairul..tak sangka pulak Nua pandai berlakon.


"Kau perli aku kan?" mentang-mentang dia junior,watak dia dapat hanya muncul 5 minit je..tu pun jadi watak tambahan jer.


" Tak,aku serious.lakonan kau cun..tabik spring aku"

memang lah watak tambahan je tapi di mata Hairul,Nua memang pandai memainkan wataknya dengan sempurna..dengan memek muka yang bersahaja..Nua memang terbaik..teater mereka hidup.

Tepukan gemuruh memenuhi ruang.menandakan Khayra sudah tamat membuat persembahan...riuh rendah suara pelajar kolej keempat menyambut khayra di belakang pentas..mereka pasti kolej keempat juara tahun ni.


"Wow,Penyanyi kita dah datang.tahniah khayra.."


"tq rul.. nervous betul tadi."


"Don't worry,setakat ni suara kau paling sedap. aku yakin kolej korang menang." Dengan penuh confident Hairul berkata. Dah tentu -tentu menang sebab khayra Penyanyi terakhir malam ni.

Khayra tersenyum manis.wajahnya yang malu-malu nampak sangat comel.Ammar Zayyan lantas teringat kata-kata Senior mereka Rasyid..


"Tahniah.." ucap Ammar tulus.senyuman dihadiahkan pada gadis yang cantik berbaju dress labuh bertudung pink lembut itu..wajah cantik khayra jelas terpancar.


" Belum menang lagi lah..tapi apapun thanks"

Wajah khayra bertukar masam..Entah kenapa dia rasa kekok berdua -duan dengan Ammar zayyan malam ni.Helmi,Hairul,Nua dan semua pelajar lain dah keluar berhimpun mendengar keputusan pertandingan yang diumumkan sekejap lagi..tingal beberapa orang pelajar sahaja termasuk Ammar dan khayra di belakang pentas


"kau tak ikut apa-apa pertandingan ke?" Tanya Khayra berbasa basi.


"Tak,aku xde bakat." peluh memenuhi baju yang dipakai Ammar..Entah kenapa jantungnya berdebar kencang sekarang.


" it's ok.kita baru tahun satu.inshaAllah,kau akn dapat bakat kau tahun depan." Khayra Cuba untuk memujuk.


"Erm,khayra...aku nak tanya sesuatu?"


"Apa dia?" khayra merenung wajah Ammar dengan rasa pelik..beberapa pelajar berbisik-bisik di belakang mereka..Khayra tahu kebanyakkan pelajar kolej keempat dan kedua gila bayang dekat Ammar..mesti ada yang jeles tengok mereka sekarang


"Aku ..."semakin bnyak peluh membasahi dahi Ammar.dia cuma nak tanya pasal tuduhan Rasyid tadi tapi lidahnya kelu dan mulutnya membeku..


"Aku apa? kau nak cakap apa sebenarnya ni?"

Belum pun sempat Ammar membuka mulut. kedengaran teriakan dan sorakkan dari atas pentas sehingga mengganggu perbualan mereka..


"Illa,kau menang..kau menang illa..MC panggil kau tu..jom lah.." jerit Nua.dia betul -betul gembira bila khayra menjadi juara pertandingan nyanyian dan mengharumkan nama kolej keempat.Ammar tak dapat meneruskan pertanyaan.

Beberapa pelajar kolej keempat sudah bersorak riang..Ammar hanya memerhati khayra dari jauh..dia turut gembira dengan kemenangan kolej keempat.Nampaknya dia belum dapat memastikan tuduhan Rasyid tu betul atau tidak.tapi takpe,Masih banyak waktu lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience