Akhirnya , khayra buat keputusan untuk berjumpa dengan Encik Misteri.Dah tiga bulan mereka berada di University.Dan dah sebulan jugak mereka tidak berhubung.Encik Misteri betul-betul merajuk Kali ni .
"Awak,.saya tunggu dekat tasik sebelah cafe..saya pakai baju kurung biru bunga putih.Tudung biru.lepas class nanti.jangan tak datang pulak."
Message pagi tadi dibuka.tapi takde pun tanda -tanda message itu di baca..lama dia menunggu Encik Misteri mereply.dilirik Nua yang sudah letih berdiri di tepi tasik..dah lebih 20 minit tapi bayangan Encik Misteri Masih tak nampak.sengaja Khayra duduk jauh.dia duduk dalam cafe sambil memandang ke tasik .Tiba-tiba hpnya berbunyi.
"Illa,,mana Encik Misteri ni.aku dah letih laa.lapar lagi." Takde Salam takde apa,suara Nua bergema di telinga khayra.
"Sabar laa..aku dah sms dia tapi dia tak balas..takkan dia merajuk lagi kot.sabar sikit je lagi okay.."
Baru je hp dimatikan ,mereka dikejutkan dengan sosok lelaki yang ditunggu-tunggu.terbuntang biji mata mereka.
"Hairul?" Nua terkejut. hampir je dia terjatuh ke dalam tasik..Nasib baik tangannya di sambut Encik Misteri.
"Miss secret?"
Nua terpaksa mengiyakan.dia tak sangka .lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang ni adalah Hairul.Classmate dia pulak tu.
" Tak sangka kau Encik Misteri.." Nua sekadar berbasa basi.dilirik ke cafe dimana khayra Masih terlopong melihat Hairul berdiri dihadapann Nua sekarang ni.
"Hi,sekarang kita dah kenal each other kan.,so,"
"So what?"
" kau dah nampak kan aku bukan perempuan. iam a guy.so I already prove it.."
"Bila masa pulak aku cakap kau perempuan?"
"Haritu..kau dah lupa? kau cakap kalau aku perempuan Kau takkan maafkan aku "
Nua tersengih.Dia mana lah tahu isi message antara Khayra dan Hairul.ini lah masalahnya kalau menyamar tanpa buat research..kan dah terkebil-kebil.
Sementara tu,Khayra yang masih memerhatikan dari jauh masih tak dapat menerima hakikat yang Encik Misteri sebenarnya adalah Hairul.mereka rapat kot selama ni.apasal dia tak perasan sikit pun Hairul tu Encik Misteri..namun ada rasa happy singgah di hati.sekurang-kurangnya dia dah tahu serba sedikit tentang 'Encik Misteri '.
" Khayra!"
Khayra tersentak..Hampir je hpnya terjatuh.kacau daun betul lah si Ammar ni.
"kau ni suka sangat terkejut,mengelamun lagi ke?"
Ammar zayyan duduk dihadapan khayra. Hari ni dia teringin nak makan nasi beriyani..Nasi beriyani dekat cafe kampus ni memang terkenal super sedap.dilirik sekilas khayra yang tercengang melihatnya.
"Dah kenapa pandang aku macam tu..kau nak?" disua nasi beriyani di hadapan khayra ..dia tersenyum melihat muka terkejut khayra.Comel.
" kau buat apa kat sini?" takde angin,takde ribut tiba-tiba Ammar zayyan duduk di hadapannya..pelik..
"Tgh cuci baju.." selamba badak jawapan Ammar..Wajah khayra yang cemberut mengelikan hatinya.
"Tengah makan la..kau tak nampak ke?kau pulak kenapa tak makan.." hairan jugak Ammar.dari tadi dia perhatikan khayra..khayra minum kopi o ais je..Dari first jumpa haritu lagi dia perasan khayra hanya minum kopi o ais..minat sangat dengan kafien budak ni..
" kejap lagi aku makan la"
Khayra Cuba tersenyum..dia mula menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Ammar..dia dah tahu siapa Encik Misteri,so, kepalanya dah tak serabut lagi.
" Ermmm Ammar, Aku nak minta maaf.pasal haritu aku marah kau dekat class."
"It's okay..Hal kecik..aku dah biasa kena marah."
Khayra ketawa kecil..kata-kata Ammar sebijik macam Hairul..Ketawanya mati bila melihat perempuan di sekitarnya menatapnya keras.
"Now,kita kawan kan" Tanya Ammar zayyan separuh berbisik.
" Habistu selama ni kita apa?"
"kawan tapi bukan.."
" maksud kau"
" Setiap kali kita jumpa je kau marah aku..tak pernah tak marah..so,a little bit confused kat situ..aku ada buat Salah kat kau ke? "
khayra ketawa besar.tak sangka si Ammar ni terasa dengan dia.kelakar pulak bila difikirkan semula..
"Sorry,aku xde niat pun nk marah kau..Ermm okaylah.mulai hari ni kita kawan.okay?"
"okay" Ammar tersenyum manis.
" So, cerita pasal assignment.any progress?" sambung Ammar Zayyan Excited...
" Tengah cari conclusion je lagi...lepas dapat dua ke tiga sumber nanti boleh lah kita hantar.."
Ammar zayyan tersenyum..tak Salah dia pilih khayra jadi partner dia..khayra memang boleh diharap.
"Esuk petang aku pergi bandar..nak beli barang sikit.kau nak ikut tak.?" Wajah khayra ditatap mesra..
"Nakk,aku nak singgah library jap.. ermmm btw Hairul ikut jugak kan?"
berhati-hati khayra bertanya .dia takut Ammar tahu apa yang sedang bermain di mindanya sekarang ni.
"Tak tahu, kenapa?kau nak Hairul ikut sekali ke?" wajah ceria khayra di renung..gadis itu mengangguk.
"Aku bawa Nua sekali..kita pergi bandar." Cadang Khayra.
"Boleh jugak..lagi ramai lagi best " Ammar bagi kata putus.
Khayra tersenyum mesra.dia dah tahu siapa Encik Misteri yang sebenar..Dan mulai saat ni dia akan buat baik dengan Ammar zayyan.senang nak cungkil rahsia Hairul lepas ni.hehe.Ditoleh semula ke arah Nua dan Hairul yang tengah rancak bercerita.Dia nak dengar perbualan mereka tapi pada masa yang sama dia takut Ammar perasan apa yang dia buat..Dia yang suruh Nua menyamar jadi dirinya so dia kena terima kalau Encik Misteri A.k.a Hairul akan semakin rapat dengan Nua.bukan dengan Khayra
"Muka kau pucat.kau sakit perut ke?"
pertanyaan Ammar membawa Khayra ke Dunia nyata.Dipandang Ammar sesaat sebelum dipegang pipi kiri dan kanan.panas!
"Eyh tak..aku cuma...cuma..aku lapar.kejap aku order nasi beriyani macam kau.tunggu jap k."
Khayra lantas berdiri.dia tak nak Ammar tahu apa yang difikirkannya.dipandang Hairul dan Nua sebelum melangkah.Dia kena terima hakikat yang Hairul akan semakin jauh darinya selepas ini.menyesal pun tak berguna..akibat dari mengikuti jiwa introvertnya..terpaksalah dia kehilangan Hairul.Aarghhh.... .
Share this novel