Bab 16

Romance Series 5898

Ammar zayyan meletakkan kereta betul-betul tepi jalan.dia bergegas turun dan pergi ke atas bukit..jam menunjukkan pukul 10.18 malam.dari jauh Ammar nampak khayra duduk sambil memeluk kaki.wajahnya yang ada bekas air mata nampak bercahaya disirami cahaya bulan.bukit tu ada sebuah taman yang indah dan cantik.setiap malam pasti ramai orang lepak disana


"Maaflah kalau kacau kau malam-malam."

Suara khayra tenggelam dalam tangisan.dia tak tahu nak pergi mana.dia call nua tapi nua tak angkat.Call helmi lagi lah tak masuk.dia terpaksa call Ammar zayyan.nasib baik Ammar sudi jumpa dia..terharu jugak tengok Ammar sudi teman dia malam-malam macam ni.mereka kan baru je rapat.sengaja dia curi-curi keluar rumah..seorang pun tak sedar dia takde dekat rumah sekarang ni.dia benci Encik Arwan,dia benci Puan Hilda.!

Ammar duduk disebelah khayra..dia gembira bila khayra call dan ajak dia keluar.dia memang stress di rumah tadi dan call dari khayra betul-betul menyelamatkan dirinya .dilirik wajah jelita itu sekilas. Entah kenapa dia bahagia..dia sudah dapat agak kenapa khayra menangis.dia sangat berharap Apa yang difikirkan menjadi kenyataan.


" Aku pasti datang kalau kau yang minta.kita kan kawan.so now, I'm here..ceritalah.."pujuk Ammar zayyan.

khayra kembali memandang ke langit..udara sangat segar dan sedikit kencang..seperti hati khayra.ingin sahaja dia menjerit sekencang-kencangnya.


" khayra...cerita kat aku.jangan pendam..nanti kau sakit.."pujuk Ammar zayyan kembali.melihat wajah sayu tu dia dapat agak khayra ada masalah sama seperti dirinya.

Khayra masih menangis. Dia tak tahu bagaimana nak cerita pada Ammar. Dia perlukan Encik Misteri… hanya Hairul yang boleh bantu dia sekarang ni.lama baru dia buka mulut.


" papa aku paksa aku kahwin dengan orang yang aku tak kenal dan perkahwinan aku dah di tetapkan bulan depan mar..Apa patut aku buat"jerit khayra..suaranya sedikit keras Dan pasti kedengaran hingga ke bawah bukit.Dia buntu.air mata semakin laju mengalir.

Ammar Zayyan terdiam.lama...Jadi, betul lah apa yang dia fikirkan—illa yang papa maksudkan adalah Khayra..dia dah agak dah.sebab tu nama Uncle Arwan tu memang tak asing di telinganya.tak sangka mereka memang berjodoh.

Tiba-tiba Ammar rasa bersemangat.dia rasa sayang sangat dekat Datuk Riduan saat ni..dilirik wajah mendung khayra..zayyan pasti khayra belum tahu siapa lelaki yang akan berkahwin dengannya nanti.


"siapa lelaki tu..kau kenal ke?"


"Aku dah cakap aku tak kenal dan aku tak nak tahu dia siapa...aku tak peduli pun siapa lelaki tu.aku tak nak kahwin dengan dia mar.kau faham tak?"

khayra menghentak kaki beberapa Kali..dia tak nak kahwin dengan orang lain...dia Masih belajar..kalo tetap nak paksa dia kahwin pun.biarlah dengan hairul..dia tak nak orang lain


" Kenapa tak nak kenal?.mana tahu tu memang jodoh kau.kau kena tahu dia siapa khayra"

khayra panggung kepala.terkejut dengan ucapan Ammar.sikit pun tak memujuk dirinya.


" kau tak faham mar..aku tak boleh kawin dengan orang yang aku tak kenal..Cuba kau bayangkan kau di tempat aku.kau rasa kau akan bahagia ke?"

Bentak khayra,macam mana dia akan bahagia kahwin dengan pilihan Encik Arwan yang mendadak macam ni


"Tak kenal maka tak cinta..try lah kenal dengan lelaki tu dulu..mana tahu serasi."


" Mar,apa kau ni,sepatutnya kau tolong aku, cari jalan supaya aku tak jadi kawen ..kenapa kau suruh aku kenal dengan lelaki tu pulak." marah khayra..diambil beberapa batu dan di lempar pada Ammar.nasib batu kecik.ingat dapat la support dari Ammar..rupanya tak..ish..dia ni..


"Sakit laa khayra.ok ok aku tolong .tapi macam mana?" Ammar zayyan terpaksa mengalah..Entah kenapa dia rasa gembira malam ni.comel pulak khayra merajuk macam tu.


"Aku nak lari dari rumah.!"

Dia dah buat keputusan yang dia rasa terbaik. Kalau dia lari dari rumah, papa pasti tak akan paksa dia kahwin dengan anak Datuk Riduan tu lagi, kan? pasti papa akan mengalah akhirnya dan biarkan dia pilih pasangan sendiri.masa macam ni lah hati dia jadi rapuh. Rindu benar dia pada arwah Puan Maisara. Kalau mama ada, mesti mama faham.

Ammar Zayyan diam, mindanya saja yang sibuk berpusing sekarang.Macam mana nak buat khayra terima perjodohan ni? Kalau dia tahu lelaki tu aku, apa dia akan buat? Lari betul-betul ke? atau arghhh., tak boleh jadi ni."

"Aku rasa kau patut fikir masak-masak. Kalau kau lari rumah, kau tetap akan balik juga satu hari nanti, kan? Kalau masa tu papa kau dah takde,kau tak menyesal?Kita ni dah besar, bukan budak-budak lagi. Lari dari rumah takkan bantu selesaikan masalah pun khayra."

khayra terkesan dengan perkataan 'takde' tu..dia tak nak la lalui frasa kehilangan sekali lagi.so,Mahu tak mahu dia kena ikut kata Encik Arwan. air matanya kembali memgalir.kali ni lebih deras.dia tak peduli Ammar disebelah.


" Look, marriage bukan sesuatu yang teruk pun sebenarnya.banyak lagi yang teruk kat dunia ni.contohnya kau kena marah hanya disebabkan tak sambung study dekat luar negara.itu lebih teruk daripada kena paksa kahwin" pujuk Ammar sekian kalinya.Khayra berkerut dahi mendengar kata-kata Ammar tu.apa kena mengena kahwin paksa Dan sambung study?


"Kahwin tu indah sebenarnya khayra..orang cakap bercinta selepas kahwin tu adalah nikmat sebenar dalam sebuah perkahwinan...kahwin tu kan satu Sunnah..bila kita kahwin,maka akan lengkaplah separuh agama kita.lagipun best apa,kita ada pasangan untuk kongsi segala masalah..buat apa-apa pun kita tak berseorangan."
riak wajah khayra mula kembali tenang.


"Kau bercakap macam dah pernah kahwin je, ada pengalaman ke?"seloroh khayra..dia dah tak sedih lagi.di lap air mata yang hampir kering.


" Tak delah.,tapi tahu lah jugak sikit-sikit"

Ammar zayyan tersengih.baru kejap tadi dia gaduh dengan Papa pasal hal ni,alih-alih dia pulak jadi pakar perkahwinan depan khayra.alahai...Ammar tersenyum malu.


" Hidup selama-lamanya dengan orang yang kita tak kenal tu lebih teruk dari segalanya yang ada kat dunia ni mar.bayangkan lelaki tu panas baran,kaki pukul, macam mana?kau sanggup tengok kawan kau ni menderita..sanggup??Semua orang berhak hidup bersama dengan orang tersayang kan.Tapi,kenapa aku tak boleh kahwin dengan orang yang aku sayang?kenapa?"

Khayra ambil satu batu agak besar sikit dan dilempar ke bawah bukit..tak kisah la terkena kepala siapa kat bawah tu..pandai-pandai lah hidup.dia tengah geram ni..


" orang tersayang?kau dah ada boyfriend ke?"

Tiba-tiba Ammar Zayyan teringat kata-kata Rasyid. Rasyid kata boyfriend khayra keliling pinggang.ini lah saatnya.dia kena tahu jugak.

khayra garu kepala..takkan dia nak bagitahu Ammar dia suka Hairul.malu lah dia nanti.Hairul tu kan kawan baik Ammar.laju khayra geleng kepala.dia mana ada boyfriend.dilihat Ammar tersenyum kecil.


"Beginilah khayra,Aku rasa kan,buat sementara ni kau dengar je la cakap papa kau .dia papa kot..pasti nak yang terbaik untuk Kau..Dan aku rasa, aku pun akan ikut cakap papa aku.."

khayra panggung kepala.heran mendengar ayat terakhir Ammar. Ammar ada masalah yang sama ke ni?


"kau pun kena paksa kahwin macam aku jugak ke?"

Ammar zayyan mengangguk.dia kena terus terang..dia betul-betul takut khayra terus memutuskan perjodohan tersebut..


"Dengan siapa?" jiran kau ?"

Tanya khayra excited.Tiba-tiba dia teringat dekat perempuan seksi yang dia jumpa dekat pekan haritu.not bad orangnya.cantik.


"Nope! Dengan anak uncle Arwan."

khayra tersentak.lama mereka berdiam diri.Anak uncle Arwan tu kan dia sendiri.takkan lah Ammar ni anak Datuk Riduan yang papa sebut tu.dia tak terfikir langsung lelaki yang papa dia jodohkan adalah Ammar zayyan..kawan nya sendiri.


"uncle Arwan?kau jangan nak tipu aku mar?" hanya tu yang mampu khayra tanyakan..takut dia Salah orang. mustahil Ammar zayyan..mustahil!


" Aku tipu dapat apa?.papa kau tak cakap ke kau akan kahwin dengan anak Datuk Riduan.Datuk Riduan tu papa aku lah..baru kejap tadi aku gaduh dengan Papa sebab dia paksa aku kahwin.tapi sekarang, bila aku dengar cerita kau.aku sedar kau lah anak uncle Arwan tu. so,sekarang aku ubah fikiran..aku akan ikut cakap dia."

Khayra semakin terkejut mendengar nama Datuk Riduan..jadi Ammar zayyan tak tipu la kan. direnung wajah lelaki tu dalam-dalam..

Ammar zayyan,lelaki yang langgar dia dekat dewan utama university, kawan baik Hairul aka Encik Misteri dan kawan yang baru je rapat dengan khayra..macam mana dia nak kahwin dengan Ammar Zayyan?lama dia merenung Ammar zayyan..tiba-tiba tangannya mengigil perlahan.Darah pekat menyerbu wajahnya..khayra betul-betul malu saat ni.


"Apasal kau tiba-tiba senyap?" Ammar zayyan perasan wajah khayra berubah..dia dah tak menangis lagi.


"Aku..aku tak tahu nak cakap apa..semuanya berlaku dengan pantas.kita baru je rapat,tiba-tiba kena kahwin pulak.aku tak tahu macam mana nak respond."

Khayra kembali sedih, cuma kali ini lebih terasa kerana dia akan kahwin dengan kawan baik Hairul..bukan dengan Hairul!.


" Aku faham kau terkejut,aku pun sama ..aku tak tahu nak buat macam mana..tapi tak boleh ke kita ikut je rancangan papa kita.. sekurang-kurangnya kita tak jadi anak derhaka."

Ammar zayyan memandang wajah sugul gadis tu dalam-dalam


"Kita kahwin,hidup macam pasangan pengantin lain.aku janji takkan pukul atau dera kau.kita kan kawan.tak kan aku nak seksa kau pulak kan..Dan kalau dalam setahun tu,kita berdua still takde rasa apa-apa atau kita tak ngam,kita
berpisah secara baik..macam mana?okay?"

khayra Cuba mencerna semua kata-kata Ammar..ada baiknya jugak lelaki tu Ammar..kalau orang lain belum tentu faham situasi dia sekarang ni..lagipun kalau suatu saat mereka dah tak ngam,Ammar zayyan berjanji akan ceraikan dia..so,dia masih dapat kahwin dengan hairul lah kan.


" ok lah.aku setuju,"

memandangkan Ammar adalah lelaki tu dan Ammar zayyan merupakan kawan baik hairul.khayra setuju!


"papa bagi tempoh dua minggu utk aku kenal kau..so,biar aku kenalkan diri aku semula..aku khayra.Khayra ufaira binti Arwan..kau pulak?"

Alhamdulilah,Ammar zayyan betul-betul happy.dia ketawa nipis.buat masa ni,dia akan ikut apa je kemahuan Datuk Riduan.lambat laun,dia akan pastikan khayra akan jatuh cinta dengan dirinya betul-betul suatu saat nanti


"Aku Ammar zayyan Bin Riduan Khalid.nice to meet you Mdm Khayra" Ammar zayyan sengaja.ketawanya makin lepas melihat mata terbuntang Khayra.. Alhamdulilah gadis tu tak sedih lagi

"Tapi dengan satu syarat?" ujar khayra tiba-tiba


"Apa dia?"


"Aku nak perkahwinan kita nanti dirahsiakan… aku tak nak Nua, Helmi, ataupun Hairul tahu pasal ni. Boleh kan"

Ammar zayyan terdiam..dia hampir lupa khayra suka Hairul dan dia pasti khayra tak nak Hairul tahu dia akan kahwin nanti.Hairul kawan baiknya .tapi kalau pasal cinta,Ammar zayyan akan pastikan khayra akan jatuh cinta pada dirinya seorang..dia tekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience