Pagi esoknya Khayra dikejutkan dengan sejambak bunga Tulip atas meja dalam dewan kuliah.besar pulak tu.Dipandang tajam semua rakan sekelasnya tapi mereka semua tak mengaku.
"Jangan pandang kami.kami takde masa nak letak bunga tu atas meja kau" Helmi angkat bahu.beberapa pelajar mula berkerumun mengelilingi khayra
"Nampaknya kau ada peminat Misteri ni illa" ujar Zulaikha.Khayra tersentak mendengar nama misteri.ingatannya terbang melayang pada Encik Misteri..takkan Hairul yang hantar?dia kan tak tahu Khayra adalah Miss secret yang sebenar. bunga Tulip tu dibelek..Nasib baik ada kad.
'Hai Khayra,
You look so stunning like this Tulips
I nak kenal you dengan lebih dekat.
jumpa I dekat cafe petang ni.
~Zamri~
" Zamri?? Zamri mana pulak ni"
kat kelas ni takde sorang pun nama Zamri.siapa pulak nak berkenalan dengan dia pagi-pagi ni.
"Zamri tu lalat.abaikan je.."
Kesemua mereka terkejut dan serentak memandang tepat pada Ammar yang santai menulis nota di mejanya.Bila masa pulak si Ammar ni muncul
" Maksud kau lalat berambut tu ke?" Helmi teringat peristiwa lalu.Ammar zayyan tersenyum nipis.dia berhenti menulis dan memandang tepat ke arah Helmi.keningnya diangkat sebelah.
"Kau kenal ke siapa Zamri ni mar?" Tanya khayra excited.Dia jadi berminat hendak kenal siapa Zamri yang disebut lalat ni.lalat berambut pulak tu.Comel!
Ammar memandang khayra sesaat sebelum merenung bunga Tulip yang indah itu.tak sangka Senior dia tu betul-betul nak try Khayra..
"Dia tu senior kat kolej kedua.satu geng dengan Rasyid.dan untuk pengetahuan kau..dia tu kaki perempuan.better kau tak payah kenal lelaki tu siapa" Terang Ammar.Dia tengah cemburu ke ni?ahh mustahil.Ammar zayyan Cuba bertenang..semua pelajar sudah kembali ke tempat masing-masing.
" Oo..yake?so, kalo macam tu memang aku tak patut la terima bunga ni." Khayra menarik nafas perlahan.dia kena berhati-hati dengan senior yang bernama zamri ni.takut nanti,tak pasal-pasal dia jadi mangsa lelaki buaya darat tu.ishh tak nakkk..nasib baik Ammar bagitahu.
Ammar tahan senyum.sekurang-kurangnya dia tahu khayra takkan tertarik pada zamri lagi.selesai satu masalah.Tiba-tiba dia rasa awkward.dia kembali fokus menyalin nota.time -time macam ni lah Hairul menghilang.
Khayra kembali duduk di tempatnya..jambangan bunga tadi diletak di atas meja pensyarah.kad diambil dan di masukkan ke dalam wallet.saja nak simpan buat kenangan.Dilirik ke arah meja Nua yang kosong..pelik,biasanya Nua lah orang pertama yang datang awal ke kelas..Hp dikeluarkan.masih ada 5 minit lagi sebelum kelas bermula..di toleh Ammar yang fokus menyalin sesuatu di dalam buku nota.
"Mar, kau salin nota apa?"Tanya Khayra perlahan.
" Solid mechanics, Bab 5 " jawab Ammar juga perlahan
"Wow "hanya itu saja yang keluar dari mulut khayra.Patutlah ramai yang tergila-gilakan budak Ammar zayyan ni.memang berkarisma betul tingkah lakunya..rajin pulak tu.rasanya mereka baru masuk bab 3 tapi Ammar dah salin nota sampai bab 5..fuhh.
terbaikkk..Khayra mengalihkan perhatian pada hp ditangan. berura-ura hendak membuka sms dari Hairul
"Kenapa tanya? Nak pinjam ke?" Duga Ammar.
"Tak laa.Aku tak pandai baca tulisan orang lain.tulisan aku sendiri pun aku confius kadang-kadang. aku saja je tanya.kau nampak khusyuk sangat salin nota tu"
Terlihat Ammar zayyan tersenyum kecil mendengar omelan khayra.Khayra mengalihkan pandangan ke sebelah Ammar. kepalanya berpusing melihat ke kiri dan kanan, Hairul pun takde.pelik! sama dengan Nua.menghilang entah kemana..di call pun tak angkat.
"Hairul mana?" sunyi semacam je kelas ni dari tadi.Takkan mereka dating tak bagitahu kot.
Ammar angkat bahu.dia pun tak tahu kemana kawan baiknya tu pergi.
"Dari malam tadi hilang." sambungnya
Ammar menoleh ke sebelah bila suasana bertukar sunyi.dilihat Khayra sedang termenung..Ammar ingin bertanya lanjut tentang tuduhan Rasyid haritu namun niatnya sekali lagi terbantut..Dilihat Helmi berlari anak ke arah Khayra.
" illa,ada surat untuk kau." kata- kata Helmi buat Khayra panggung kepala.
"surat dari siapa pulak ?" tak cukup bunga,surat pun orang bagi..dah mcm hari kekasih pulak hari ni.
" Dari Abang Azwan senior kolej ketiga..aku lupa bagi kau tadi.lagi satu dia kirim Salam"
Khayra senyum hambar.ni yang malas ni..dia datang kuliah sebab nak berlajar bukan nak bercinta. eyh tak,dia masuk university sebab Encik Misteri sebenarnya.hehe
" Macam mana dia kenal aku? kau cakap apa-apa kat dia ke Mi? kau jangan..."
" Sumpah tak..aku tak cakap apa-apa pun..Abang Azwan kata dia jatuh hati dekat kau sejak dia nampak kau nyanyi atas pentas haritu..ish aku pun hairan,dalam banyak-banyak orang yang buat persembahan,boleh pulak dia terpikat dekat kau.padahal banyak lagi kot yang lebih cantik."
Helmi ketawa lepas melihat raut wajah khayra yang berubah.memang kat mata dia khayra tu biasa je.Entah apa yang menarik pun dia tak tahu.dia pun hairan kenapalah ramai orang suka si khayra ni..dia dah berkawan dengan Khayra dan Nua sejak sekolah rendah lagi.dah banyak pengalaman mereka lalui.tak pernah pun dia rasa mereka berdua tu cantik.tapi biasalah nama pun bestie..yang buruk -buruk je nampak.Tak kisah la muka macam ratu cantik sekalipun,Bagi Helmi,bestienya tu tetap nampak macam muka lembu.Hahaha
Ammar zayyan melirik mereka dengan ekor mata.dia teringin nak tanya Helmi lebih lanjut.Tapi dia takut suasana akan bertukar mood tiba-tiba..
"ish kau ni memang nak kena kan..nah ambik balik surat ni.Cakap kat Abang Senior kau tu.surat dia ditelan biawak komodo.dan Salamnya dah masuk menjunam dalam gaung..nah ambikk."
Khayra mencuka.Apa punya kawan la Helmi ni.
Surat itu dikeronyok..sudah lah Hairul dan Nua menghilang.tak de khabar berita.ni si Helmi ni pulak kata dia tak cantik..sakitnya hati Khayra.Dia nak marah tapi sekarang Pn. salmi dah masuk.trpaksa sabar.
Sepanjang class,khayra tak dapat menumpukan sepenuh perhatian.Dari semalam dia tak jumpa Nua,Hairul pun tak sms dia.Apa yang berlaku sebenarnya ni. sekejap sekejap dia melirik hp.takde tanda-tanda pun Hairul atau Nua akan menghubunginya...Khayra terpaksa menahan marah sampai kepetang.Dia dah tak sabar nak tanya Nua macam -macam.tapi Nua menghilang pulak .Dia tak berani nak message Hairul.dia takut Hairul ada bersama Nua..nanti segala rancangan jadi hancur.jam di dinding dirasakan bergerak sangat perlahan.
"Khayra,jadi ke kita pergi bandar petang ni?" Tanya Ammar..beberapa pelajar sudah lesap dari pandangan..Hari ni hari khamis,so,ramai pelajar ambil peluang balik ke rumah masing-masing. khayra pun balik tapi sebelum tu dia nak pergi bandar.
" mestilah jadi,tapi kita berdua jelah nampaknya..Hairul dan Nua takde." Khayra mengeluh buat sekalian kalinya
" Hairul Whatsapp aku tadi .dia dah balik kampung dengan Nua.Nua tak sempat nak bagitahu kau."
Ammar memandang khayra dalam-dalam.sengaja menanti reaksi Khayra.
"Mereka balik berdua? kau biar betul."
Dipandang Ammar dengan riak wajah terkejut. Kenapa Nua Tak bagitahu dia langsung..Takkan baru kenal dah bercinta kot.tak boleh jadi ni.Khayra suruh Nua menyamar jadi dia sekejap je..bukan terus jadi Miss secret selama-lamanya.Ni ke namanya kawan baik.dah la balik kampung tak inform apa-apa dekat dia...Arghhhh
"Betul laa.Dia baru Whatsapp aku.takkan aku nak menipu pulak."
pelik,dah kenapa pulak Khayra terkejut sangat.Ammar mencuba untuk membaca riak wajah gadis itu.tetapi gadis tu pintar..sengaja dia membusykan diri. pura-pura susun buku pulak dah.
"Ok jom..kita gerak sekarang. btw, kita guna satu kereta je lah..kau ikut aku k." pinta Ammar. wajah sugul Khayra di tatap.
" Kau tak balik rumah ke?pakaian kau macam mana?"
"Balik dari bandar nanti kita singgah kolej la ambil baju baru balik rumah..Kau ikut aku kan?"
Khayra mengangguk.dia kena pergi jugak library dekat bandar untuk siapkan project Pn.Salmi tu.deadline dah dekat.hanya beberapa pelajar sahaja belum hantar project termasuk mereka .mereka keluar beiringan sebelum kedua-dua masuk ke kolej masing-masing.
Khayra buntu.kenapa Nua balik kampung tak khabarkan dulu pada dia..dahlah balik berdua dengan Hairul.Mereka betul-betul fall in love ke?ishh no no no
takkan lah Nua khianati dia.tak boleh jadi ni..Khayra merebahkan badan atas katil..kepalanya serabut.
Share this novel