Hari demi hari berlalu, dan kini hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum majlis perkahwinan Ammar dan Khayra berlangsung.
Pagi itu, keluarga Khayra dan keluarga Ammar Zayyan sibuk menguruskan segala persiapan majlis. Rumah penuh dengan suara saudara mara.ada yang menyiapkan hantaran,ada yang mengubah bunga manggar, dan anak-anak kecil berlarian di seluruh rumah.
Namun di kampus, Khayra dan Ammar masih berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka terus berpura-pura tiada hubungan, seolah-olah dua orang asing yang cuma berkongsi class.Tiada siapa akan sangka, mereka sebenarnya bakal menjadi suami isteri tak sampai 3 hari pun lagi
Kadang-kadang, timbul rasa cemburu dalam hati Khayra . terutamanya bila melihat Ammar Zayyan melayan mana-mana perempuan yang datang ke mejanya. Ammar betul-betul mainkan peranannya.berpura-pura seperti dia tak berpunya.
Sakitnya hati Khayra hanya Tuhan yang tahu.
Ada masanya dia hampir saja bangun dan menjerit depan semua orang “Ammar Zayyan tu bakal suami aku!”Tapi setiap kali perasaan itu datang, nama Hairul kembali berbisik di benaknya.Dan ketika itulah, Khayra kembali termenung
"Weyh illa, busy ke?”
pagi TU khayra betul-betul terKejut. takde angin takde ribut,tiba-tiba Hairul datang duduk dihadapan khayra.terkelu khayra sesaat.nasib dia dapat control.
“Hmm. Tengah study.kenapa? ” khayra tak memandang Hairul..matanya hanya fokus pada laptop dihadapan.
“Study boleh pause kejap. Aku datang ni… nak mintak tolong sikit.”
“Tolong apa? kau tak study ke?esuk exam tau.” nadanya perlahan..mana Nua tak datang kelas lagi pagi ni .ada hal lain katanya..
“nanti aku study la..,aku datang ni sebenarnya aku nak minta tips… tips atau cara nak pikat Nua.”
zapppp!.Jantung khayra tersentap. Bagai ada petir yang baru menyambar jantungnya.tak disangka,hatinya akan terkejut macam ni.diangkat kepalanya dan dipandang tepat ke wajah Hairul.wajah kacak Hairul nampak fresh.dengan rambut ala mullet.dah macam idol jepun 90an..smart
“Tips pikat Nua? Kenapa minta kat aku?”
“Sebab kau rapat dengan dia. Kau kan kawan baik dia.aku rasa kau paling tahu benda-benda yang dia suka.”
khayra segera mengalihkan pandangan..dia kembali fokus pada screen dihadapan..entah kenapa dia rasa kali ni nota yang dibuat banyak silap..tangannya menekan -nekan keyboard secara kasar..
“Aku kawan baik dia je…bukan ejen peribadi dia.”
Ammar yang duduk disebelah mula memasang telinga..ada rasa cemburu melihat Hairul dan khayra berduan.
“Alaa illa,Tolonglah..sekali ni je. Aku serious suka dia.kita kan kawan.takkan kau tak nak bantu aku kot...”
khayra diam.nafas ditarik dalam-dalam.segera dia menutup laptop..dia tak dapat fokus dah.
Hairul betul-betul gila.dia tak tahu sakit nya hati khayra bagaimana sekarang.permintaan Hairul ni umpama dia menghulurkan kepala untuk disembelih.sengaja cari penyakit.benda macam nilah ini yang buat dia naik hantu ni.
“Aku tak pandai dan aku tak dapat tolong kau”
“Kenapa ?”
“Sebab aku sendiri takde pengalaman dan aku sendiri tak tahu cara nak memikat.aku minta maaf k. kau kan gentleman,try lah mengorat dia sendiri" Bidas khayra.seperti menyimbah minyak ke dalam api.rasa sakit bila Hairul sendiri yang memintanya untuk memikat Nua.rasa betul-betul nak mengaku dia Miss secret yang sebenar sja saat ni..
"takpelah kalau kau tak nak bantu aku.nak buat macam mana.." Hairul kembali ke mejanya.meninggalkan khayra dengan perasaan yang tidak dapat digambarkan.khayra mengeluh..kesian Hairul,tapi dia tak sanggup nak biarkan Hairul dengan Nua bersama..
Dari jauh, Ammar nampak cara khayra pandang Hairul. Mata khayra yang biasanya berbinar, kini nampak kosong.
' kenapa kau tak nak mengaku illa,kalau kau mengaku,semuanya akan terasa ringan.. sekarang melihat kau sedih,hati aku yang Sakit ' entah kenapa ayat itu hanya terlintas di dalam hati Ammar.
sepanjang class,Khayra tak dapat menumpukan perhatian.wajah Hairul dan Ammar silih berganti di fikirannya..Apalagi minggu ni dah akhir sem..esuk dan lusa exam.lepas exam, kahwin..Hpnya dari pagi lagi tak berhenti berbunyi..pasti mommy call nk ingatkan dia tentang majlis kahwin tu .khayra mengeluh perlahan.bnyak benda berlaku dalam minggu ni .Dan sekarang takde angin takde ribut Hairul pulak minta tips cara-cara memikat perempuan..macam mana kepalanya tak pecah.
“kenapa muka tu masam sangat.ada masalah?” Tiba-tiba Ammar datang dan duduk disebelahnya.nasib semua orang tengah busy ulang kaji.
khayra tak memandang Ammar Zayyan. jarinya masih laju menaip nota ringkas dalam laptop.
“kepala aku serabut.bnyak benda nak fikir..exam lagi,majlis kita lagi..there are so many things I have to settle this week.”
Ammar Zayyan menarik nafas perlahan.
“Rehat la. exam ni kacang je, tapi otak kalau burn, takde ganti tau ”pujuk Ammar,wajah khayra pucat.
“Bagi kau kacang la..kau pandai..x payah study confirm lulus. Kalau aku tak study,aku terpaksa repeat.aku tak nak!”dipandang sekilas wajah lelaki tu. Macam biasa ,Ammar masih berkarisma seperti selalu.dan semakin kacak.
Ammar merenung wajah khayra dalam-dalam..
“Tapi,Kau tetap kena rest, Kau kena banyakkan rehat..aku tak nak kau stress.nanti seri pengantin hilang. .”pujuk Ammar..wajahnya ceria bila teringat pasal wedding mereka.
“Kahwin pun..bukan sebab kita nak sangat pun kan.kawin paksa,apa yang bestnya.' lagi-lagi khayra mengeluh.dia lupa sesaat yang duduk disebelahnya ni Ammar
“Tapi aku nak kau ceria,bersemangat masa akad nikah nanti. Biar pun terpaksa, biar pun bukan pilihan kita.”
khayra terdiam.rasa bersalah tiba-tiba. Tapi belum sempat dia membalas kata-kata Ammar,beberapa pelajar perempuan memanggil Ammar.
"kami nak tanya beberapa soalan untuk exam esuk..boleh tak tolong kejap.pleaseee.."
Ammar zayyan mengangguk perlahan.dan mula bangun.sebelum bergerak,dia menoleh ke arah khayra..wajah gadis tu macam biasa.takde riak
“jangan stress-stress..happykan diri..semua ni hanya sementara..” sebelum bergerak,Ammar meninggalkan nota kecik dan sekeping coklat Snickers diatas meja.
khayra angguk perlahan. matanya menyoroti Ammar yang dikelilingi perempuan-perempuan gedik.Tangannya dah tak bergerak di atas keyboard.cemburu ke dia?kenapa hati ni rasa panas je melihat Ammar bersama orang lain..
khayra pejam mata. Cuba buang rasa cemburu yang mula menyelinap.Kenapa dia rasa macam ni? dia bukan suka Ammar pun..dengan Hairul dia cemburu tapi cemburu yang tak sesakit sekarang..rasanya tak salah kalau dia cemburu.dia kan bakal isteri Ammar Zayyan,terpaksa atau tidak dia tetap ada hak nak cemburu saat ni..
tiba-tiba dia teringat Coklat pemberian Ammar sekejap tadi.matanya terus mencari nota kecik yang Ammar selitkan..selepas membaca pesanan ringkas dalam nota tu,khayra tiba-tiba kaku..
'Jangan risau,Aku ada,Kita jalani semuanya sama-sama okay..'
Khayra terharu..ayat ringkas tapi cukup untuk buat jantung Khayra berdegup kencang. Tangannya menggenggam nota itu erat, seolah takut kalau angin pun datang mencuri kata-kata itu dari pandangan matanya.Matanya mula berkaca.
Dia menoleh semula ke arah Ammar.Ammar Masih rancak berbincang dengan classmate mereka.cuma sesekali bila Ammar menoleh ke arahnya,Mata mereka bertentang sekejap. Ammar angkat kening sikit Tanya kenapa..
khayra geleng kepala,biarlah dia seorang je yang rasa !
_ _
Suasana rumah Khayra malam itu riuh. Penuh dengan suara saudara mara yang datang. Gelak tawa, bau rendang dari dapur, kanak-kanak berlari — semuanya membina suasana yang hangat dan meriah.Tapi di tengah kemeriahan itu, hati Khayra rasa sepi.
Selesai acara malam tu,satu demi satu saudara mara masuk tidur. Rumah makin sunyi. Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Khayra perlahan-lahan buka pintu biliknya dan duduk di beranda. Angin malam menyapa wajahnya. Dia tarik nafas dalam-dalam, cuba tenangkan hati yang terasa kosong.
Telefon dalam tangan dibuka. Dia buka galeri dan skroll gambar-gambar dengan Nua masa sekolah menengah dulu,mereka sentiasa berdua.bersama-sama.tak pernah ada Rahsia antara mereka..Matanya mula berkaca.dia rindu.buat pertama Kali dia terpaksa berahsia.
"Nua.esuk aku kahwin..aku minta maaf tak bagitahu Kau.," bisiknya sendiri.
lepas berjam skrol galeri,khayra buka Whatsapp pulak.dia rindu Encik misteri.
Walaupun dah lama tak chat, dia tetap simpan chat tu.khayra tahu Hairul dah tak save nombor tu lagi.
satu-satu mesej lama dibaca.
~ "Tidur lambat lagi, sunshine?"
~"jangan pendam,saya ada ..luahkan semuanya kat saya.ok miss secret."
~"Awak tgah buat apa sekarang ni? thinking about me or something else?."
~"please..please pleasee.kita perlu berjumpa.I really miss you.setiap saat!"
Khayra tersenyum kecil, pedih dalam dada makin terasa.air matanya mengalir laju.kalau lah dia tak suruh Nua menyamar,kalau lah dia tak bagi tahu dirinya siapa..pasti semuanya takkan jadi rumit seperti ini..semua ni salahnya.
khayra menaip beberapa ayat .
> "Awak,saya nak minta maaf.saya nak kita macam dulu.tapi tak dapat dah.. esuk saya akan memulakan hidup baru. tapi ,awak jangan risau ,sampai bila-bila saya doakan kebahagian awak Hairul,awak sahabat saya..saya sayang awak selamanya.."
khayra tahu...dia takkan dapat balasan dari Encik misteri. Bukankah Nua sendiri pernah bagitahu, nombor dia yang dulu dah rosak.masuk dalam tasik. Jadi, tak mungkin Hairul masih save nombor ni.
Perlahan-lahan Khayra bangun. Dia kena rehat awal malam ni. Sebab esok… status dia akan berubah.Dia akan jadi isteri orang. direnung ke langit. bulan malam tu bersinar terang, seolah-olah turut meraikan kisah baru yang bakal bermula.Khayra senyum sambil melambai ke arah bulan.
Tanpa diduga, pada waktu yang sama, Ammar Zayyan juga sedang merenung bulan yang sama dari biliknya.
Telefon di tangan masih memaparkan Whatsapp dari Khayra. Dibaca berulang kali, seolah-olah tak puas hati..Ada pelbagai rasa bercampur dalam hati… rindu,marah dan paling terasa adalah perasaan kecewa.
“Kebahagiaan apa yang kau maksudkan, Illa? Kebahagiaan yang kau sendiri musnahkan?”
Ammar memandang bulan sambil tersenyum sayu.
“Entah kenapa…aku tak boleh marah kau lama-lama.aku terlalu sayang kau Miss secret!.”
Share this novel