Bab 19

Romance Series 5898

"kau okay tak?."

Lepas class,Ammar Zayyan dan khayra terus bergerak balik kampung.esuk pagi jadual mereka kosong,memang hari yang baik untuk sesi perjumpaan dengan mentua...Bagi Ammar,lagi cepat khayra berkenalan dengan Mama..lagi cepat proses perkahwinan mereka nanti.sesungguhnya dia sangat-sangat tidak sabar.huhu


"Kenapa?nampak macam tak ok ke?." mereka dalam perjalanan untuk menuju ke rumah besar Datuk Riduan...sepanjang perjalanan,khayra hanya senyap. bermacam-macam benda yang difikirkannya.


"kau nampak pucat.kenapa?kau takut?? mak mertua kau tu makan nasi la.dia tak makan org"


"serious please"


" Aku tengah serious la ni..alaa,jangan bimbang laa.Abang ada.." pujuk Ammar zayyan.

Sengaja dia membahasakan dirinya abang..nak tengok reaksi khayra..khayra menampar bahu Ammar keras.dia tahu Ammar sengaja nak menyakat dirinya.

perjalanan yang memakan masa 30 minit itu akhirnya sampai jugak ke destinasi..Khayra membetulkan baju kurung yang dipakainya..tudung dirapikan serapi mungkin..Entah kenapa dia takut Datin Cameron reject dia harini.dilirik Ammar zayyan yang ceria..sejak di university lagi lelaki tu gembira..pelik pulak Khayra rasa. Akhirnya Pintu pun terbuka. Muncul Datin Cameron dengan senyuman lebar.


"Mu dheireadh, thàinig nighean-cèile mama!"

(Akhirnya, menantu mama dah sampai!)

Khayra tersenyum..nasib Ammar dah bagitahu siap-siap mamanya orang Scottish..so,tidak la dia terkejut sangat.


" Mama cakap,Akhirnya menantu dia dah datang.." bisik zayyan.dia ketawa kecil melihat khayra yang terkebil-kebil..khayra menganguk faham.


"You look even prettier than the picture! look, tengok ni pipi! Macam mochi!"Datin Cameron lantas memeluk khayra erat.dicium pipi gadis tu bertubi-tubi..patut la Datuk Riduan nak sangat khayra ni jadi menantu mereka. .orangnya jelita dan sesuai sangat dengan anak bongsunya..Kalau dia tahu dari awal..memang dia sendiri yang pinangkan khayra haritu.Ammar zayyan yang berada dibelakang sudah tersenyum lebar..dia gembira Datin Cameron suka khayra.


"Thank you Datin.."


"No..no..no....panggil mama je! No need datin-datin.

khayra tersenyum kecil.malu bila Datin Cameron memujinya.mereka disuruh masuk Dan duduk di ruang tamu..terkejut khayra melihat pelbagai hidangan depan mata..Datin Cameron betul-betul excited nak sambut menantu agaknya..segala makanan mewah tersedia depan mata.

" mama masak semua ni?buat susah-susah je ma."

" For menantu mama kan.so tak susah mana pun.Mama happy sangat illa sudi datang hari ni...so kita boleh start prepare persiapan untuk wedding nanti.." kata-kata Datin Cameron buat khayra malu

"Sebenarnya ma,illa belum ada preparation apa-apa..kursus kawin pun belom ada ma.yelah kan masih muda..tak expect pulak nak kawin secepat ni.."

khayra memandang Ammar Zayyan..sengaja bagi code mata supaya Ammar back up..tapi Ammar Zayyan pura-pura tak nampak..

" Alaaa,kursus kawin senang je..Zayyan pun belum ada kan Yan..nanti cuti sem korang dua pergi buat okay..kita tolak tepi pasal TU dulu..mama pun belum sempat nak bincang dengan family illa..tapi takpe, Tha mama gu math toilichte an-diugh... chaidh sinn a’ cheannach, cheannaich sinn fàinne is tiodhlacan pòsaidh. Thàinig Zayyan còmhla rinn. Chan eil barrachd leisgeulan ann tuilleadh.Tha mama airson a dhol dhan chùl an-dràsta, feumaidh mi ullachadh... mar sin, Zayyan, thoir air Khayra ithe an-dràsta, ceart gu leòr? Fhad 's a tha sibh a' feitheamh orm."

khayra terdiam..tiba2 dia jadi orang pekak. separuh je dia faham,lagi separuh TU dia tak faham sepatah haram kata-kata Datin Cameron.ditoleh kearah Ammar Zayyan disebelah. Datin Cameron bangun dan bergegas kebelakang untuk bersiap.

" Mama kata dia sangat happy sekarang,so dia nk ajak kita berdua shopping beli hantaran kawin lepas ni" Ujar zayyan perlahan.dia tersenyum melihat riak wajah khayra yang blurr.segera dia menuangkan air nescafe panas untuk khayra..wajah gadis TU Masih bingung


"Aik,punyalah panjang lebar ayat mama tadi tapi pendek tu je mksud dia?"


"yang panjang tu bunga.."sakat Ammar..senang hati melihat wajah khayra yang bingung.nasib Datuk Riduan ada meeting petang ni.itupun last minit punya meeting.kalau tak confirm dia kena marah sebab menyakat bakal menantu kesayangan Datuk Riduan ni

" Ammar please jangan main²..bagitahu lah mama cakap apa?" Desak khayra.susah lah dia tak faham bahasa Scottish.

"mama cakap, dia nak ke belakang sekejap, nak bersiap.kan dia ajak kita shopping lepas ni.so, dia suruh Abang ajak illa makan dulu. Sementara tunggu mama bersiap.so,jom makan.mama dah masak banyak dah ni ”

khayra kembali terdiam..lagi-lagi Ammar membahasakan dirinya Abang..entah kenapa tiba-tiba jantungnya rasa panas kalini..tak pernah lagi dia rasa macam ni.khayra pelik,setahunya Ammar Zayyan pun dipaksa kahwin oleh Datuk Riduan kan ...tapi kenapa Ammar nampak seperti dia ikhlas kawin dengan dirinya..tak nampak dipaksa pun.Ammar zayyan memang suka dia ke?bermacam-macam teori bermunculan dalam fikirkan khayra,Akhirnya dia terpaksa jugak makan sikit untuk menjaga hati Datin Cameron.

" Hello everyone,..wow,ni ke bakal adik ipar aku.cantiknya...hai illa"

Khayra Dan Ammar Zayyan yang tengah makan lantas mendongak.nasib tak tersembur nasi dalam mulut..dipandang Ammar ziyad yang tiba-tiba muncul..pandangan tajam Ammar ziyad kepada Khayra membuatkan hati zayyan terbakar cemburu


"awak Abang Ammar kan.hai" balas
Khayra..boleh tahan kacak jugak Abang zayyan ni...macam Paulo Dybala tapi tang rambut jelah..wajah tak sama langsung!


" yup,btw i pun Ammar jugak ..Ammar ziyad.selamat berkenalan sis in law,you look so beautiful.I've never seen another woman as beautiful as you..kalau lah aku tahu adik ipar aku ni cantik macam ni. aku akan offer diri untuk ganti tempat kau zayyan.tapi takpe ,sekarang pun Masih sempat lagi ni.What do you think adik?," usik ziyad..sengaja..

" kau pernah nampak penumbuk terbang ke yad? ke kau nak aku tunjukkan depan mata kau bagaimana PENUMBUK TU TERBANG?" nada zayyan dah start meninggi..Ziyad ni memang nak kena ni ..api kecemburuannya sudah sampai kemuncak.

"Weh chill la... aku gurau je la." Bukan selalu dapat tengok Zayyan ‘possessive mode’ . Rare ni!

"btw illa,welcome to our family and please take care of yourself okay.abang takut, you jatuh cinta dengan kekacakkan abang ipar you ni pulak nanti..kesian suami you " sakat Ziyad.. Khayra ketawa lepas.Ziyad seorang yang happy go lucky..


" "Tha mi a’ toirt rabhadh dhut, a Ziyad – na bi a’ cur dragh air mo Khayra… 's i gu bhith nad pheathraichean-cèile, tha fios agad!"
(Aku bagi amaran ni, Ziyad – jangan ganggu Khayra aku… dia bakal adik ipar kau, kau tahu!)


"Gabhaidh e socair, a bhràthair... a bheil gaol ann mu thràth? Tha e coltach gu bheil thu gu math farmadach.hahhahahaa"
("Relax la brother. dah ada rasa cinta ke? Nampak macam cemburu sangat tu.hahhahahaa").

khayra hanya mampu melihat kedua-dua adik beradik bertikam lidah dihadapannya .dia rasa best pulak tengok adik beradik bergaduh .sepanjang hidupnya ,dia tak pernah rasai suasana macam ni .cuma yang tak bestnya.dia langsung tak tahu apa yang mereka gaduhkan


" kalau ada kenapa??kau ada masalah ke?"


"Alright, alright... I’m off. aku tak kacau dah.. Enjoy your nescaffe, lovebirds."

Ziyad menggambil beberapa biji buah anggur Dan berundur keluar..dia saja je menyakat zayyan..adiknya TU terlalu kaku depan perempuan.nasib baik lah dia sudah ada girlfriend,kalau tak,dia pasti rebut khayra betul-betul tadi...gadis TU terlalu cantik untuk dilupakan.

khayra duduk senyap memandang zayyan....dia nak tahu apa yang digaduhkan mereka berdua.tapi zayyan memilih untuk diam..dia tak nak khayra tahu apa yang terjadi...


" aku rasa aku kena belajar jugak bahasa Scottish lepas ni.senang nak faham orang mengumpat kita ke tak.." perli khayra,yelah rasanya tadi dia dengar zayyan sebut nama dia..tapi zayyan tak translate pulak kat dia pelik betul...
zayyan ketawa nipis.malu dia nk translate kata-kata yang dia ungkapkn tadi..biarlah jadi rahsia..apa yang penting, dia bahagia harini ..


" kan aku dah cakap,abang aku TU sewel..tak payah peduli dia"


" kau Best ada abang..bukan macam aku anak tunggal,aku tak pernah rasa bergurau atau bergaduh dengan adik beradik ..kau beruntung mar..sangat beruntung" ujar khayra lirih.wajahnya bertukar mendung.


" it's okay .lepas kita kawin nanti,abang aku akan jadi abg ipar kau...so,kau boleh ganti tempat aku bergaduh dengan dia...aku dah penat giler layan si Ziyad tu..' pujuk Zayyan...disua tisu ke arah Khayra.khayra ketawa kecil mendengar pujukan Zayyan.


"Aku tak tahu pulak Ammar TU nama korAng adik beradik ..so,aku tak boleh lah panggil kau Ammar lepas ni?kan? karang aku panggil Ammar,,Abang kau pulak yang datang .."khayra masih tersenyum manis mengingati Hal tadi.


"kalau kita berdua,aku tak kisah .cuma jangan depan dia jelah..Ala,skrang je susah sikit. nanti dah kahwin senang la .."

khayra panggung kepala..Ammar dilihat cerita Dan tersengih-senggih..


" Lepas kahwin nanti,kau panggil aku abang jelah..kan senang"


" Abang lagi lah susah..nanti aku panggil abang ,Ziyad pulak perasan.kan tadi dia dah bahasakan dirinya Abang ?kau tak dengar?"

Ammar Zayyan pasang wajah toya..baru je dia nak Khayra panggil dia abang.


" kalau susah-susah..panggil Sayang je lah..Cuba try test tengok..confirm Ziyad tak datang kalau illa panggil Sayang."
senyuman Ammar sudah sampai ke telinga..Sementara Khayra terpaku..entah kenapa sejak dia tahu dirinya akan kahwin dengan. Ammar Zayyan..semua perkataan yang keluar Dari mulut Ammar buat dirinya gundah..hati yang tak pernah berdebar kini sepertI memihak kepada Ammar Zayyan..berdebar kencang sedari tadi


" ish tak nak lah pnggil Sayang..macam pelik..lagipun kita bukannya bercinta..kita kan dipaksa kawin" khayra segera menyudahkan makan..nasi yang tggal separuh dibiarkan tak terusik..hati sudah melayang terbang ke segenap badan...

" iya ke dipaksa?kenapa aku rasa macam kita berdua ikhlas je kahwin.macam takde paksaan. Cuba kau fikirkan dalam-dalam ,betul ke takde perasaan sikit pun untuk aku?" bisik Ammar Zayyan.

suaranya didengar sangat dekat di telinga khayra khayra menoleh Dan terus terpaku..hanya seinci je jarak wajah mereka.tiba-tiba khayra rasa malu..dia boleh dengar detak jantung Ammar Zayyan..dub dab dub dab laju....mata mereka berlaga..seakan akan tak nak berpisah .nasib baik tapak kaki Datin Cameron menyedarkan mereka berdua...kalau tak ,tak tahu apa yang jadi ..


"So,Zayyan,illa dah makan..jom shopping mama dah ready"


"Ermm ma,zayyan ada benda nak buat . so,zayyan tak dapat ikut .. sorry ma."

zayyan terpaksa bohong...dia malu..kalau lah khayra tahu apa yang difikirkannya tadi .pasti khayra marah besar..


" Nooo,mama dah kata takde alasan tadi kan ...Yan dah janji dengan mama right.Thig còmhla rinn, mamaidh is Illa."
(jom ikut sekali dengan mama dan Illa).

khayra tahu kenapa zayyan berubah fikirkan ..sbb dia pun sama .tiba-tiba dia malu berduan dengan zayyan..pasti zayyan akan ketawakan dia kalau zayyan tahu apa yang difikirkannya tadi ..tetapi memandangkan dia kena pergi shopping dengan Datin Cameron,nak atau tak nak,khayra terpaksa pujuk Zayyan ikut .dia takut kalo Datin Cameron tiba-tiba bertutur dalam bahasa Scottish nnti..apa dia nak jawab.


" Jomlah ikut...temani aku ..jadi tukang translate untuk aku .please ." pujuk khayra..senyuman Manis dihadiahkn untuk zayyan..sebenarnya dia malu tapi oleh sebab di hatinya sudah ada nama Hairul..dia terpaksa melupakan perasaan yang baru timbul ni.
Akhirnya zayyan ikut jugak.terpesona melihat senyuman Manis khayra ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience