Bab 9

Romance Series 5898

Khayra termenung di atas katil..jam sudah menunjukkan pukul 1:30 pagi.matanya layu.dah banyak kali dia menguap.tapi tangan nya masih lincah menekan-nekan keypad hp.sudah berjam - jam dia berbalas sms dengan Encik Misteri.banyak topic yang dibahas terutama pasal Puan Hilda.Dia happy sebenarnya..kalau boleh biarlah jam di dinding berhenti bergerak .

" Suka atau tak dia tetap Mak awak."

" Mak tiri!"

"Even dia Mak tiri,dia tetap jaga awak dari kecik kan..so,dia tetap Mak awak..awak tak boleh lari dari kenyataan."

" Saya tahu tu .tapi saya tetap tak nak call dia "

" Call la.pasti dia rindu.."

"Dah berapa minggu saya kat sini.ada dia call?takde kan.awak pun tahu selama ni dia memang tak peduli"

Khayra memgeluh .wajah Ibu tirinya jelas terbayang depan mata.Marah dan rindu bercampur aduk dalam hati.

" So,bila dia tak call,awak pun ikut sama tak nak call.macam tu?sampai bila nak selesai kalau dua-dua ego!"

kata-kata Encik Misteri tepat menembus ke pintu hati Khayra..sakit tapi tak berdarah.

"Awak kawan saya ke kawan mommy?"

"Dah tentu lah saya kawan awak.saya cuma tak nak perasaan sedih menghantui awak lagi."

Khayra mengeluh..bukan dia tak nak call.dia sebenarnya takut..bagaimana kalau mommy marah?mommy tak suka dia call?tak pasal-pasal mereka bergaduh semula.khayra mengeleng kepala beberapa Kali.ermmm tak nak lah.biar mommy rindu dia.walaupun sebenarnya hati kecilnya lah yg sedang merindui Puan Hilda sangat sangat sekarang ni.

"saya perlukan kekuatan untuk call dia."

"Awak tak kasihan ke tengok mommy awak.dia dah lah takde anak kandung.anak yang dia punya satu-satunya pulak tak peduli dekat dia.. tak kasihan ke?" pujuk Encik Misteri lagi.sebagai Sahabat,dia tak nak Sahabat dia tu menyesal.

Khayra termenung panjang.Terkesan dengan ayat yang dilontarkan Encik Misteri..Setahun selepas Puan Hilda sah jadi isteri Encik Arwan,Khayra ada bertanya.Adakah dia bakal dapat seorang adik? tapi Puan Hilda tak pernah jawab..Puan Hilda akan tanya soalan lain dan start mengelak dari menjawab soalan khayra.Khayra dah lama teringin nak ada adik.dia bosan jadi ank tunggal satu2nya dekat rumah besar tu.setiap hari dia hanya akan bermain dengan Mak Munah dan Pak Nasir..tapi itupun hanya sekejap.mereka kena bekerja dan terpaksa tinggalkan dia bermain sorang-sorang


"Btw,awak tak mengantuk ke?dah pagi ni?" khayra Cuba mengalih topik..dia tak nak fikirkan hal Puan Hilda pagi ni..takut dia pulak yang bergaduh dengan Encik Misteri pasal hal tak penting tu.

" Erm tak..saya tak dapat tidur.. saya terfikirkan awak ."

khayra bungkam.tiba-tiba matanya kembali segar.dia bingkas bangun dan duduk di kepala katil.

"Awak fikirkan apa tentang saya?"

"Fikirkan kenapa awak tak nak jumpa saya.saya ada buat Salah ke.?"

khayra menelan air liur..soalan yang seboleh-bolehnya dia elakkan akhirnya ditanya juga.lama baru dia balas

"Awak tak buat apa-apa kesalahan pun...."

"Habis tu,kenapa awak sentiasa menolak untuk berjumpa dengan saya..kenapa bagi beribu alasan?"

khayra gigit jari..dia rasa bersalah tapi dalam pada yang sama..dia malu nak bersemuka dengan Encik Misteri..dia tak confident.

" Saya takut bila kita dah berjumpa nanti..awak akan tinggalkan saya macam mama tinggalkan saya."
khayra akhirnya berterus terang..kesian Encik Misteri..dia tak nak menyakitkan hati sahabatnya itu lagi.

" Kenapa pulak saya nak tinggalkan awak?Dah bertahun-tahun kita kenal,tak semudah tu untuk saya pergi."

Khayra diam tak berkutik..segala kenangan indah selama dua tahun kembali menerjah di fikiran.walau siapa pun orang yang berada disebalik nama Encik Misteri.,dia kena akui,dia pernah bahagia kenal lelaki tu.

" Awak,saya betul-betul nak kenal awak dengan lebih dekat..saya tak nak separuh jalan macam ni pleasee, kita jumpa.?"

khayra tak membalas..fikirannya bercelaru.'apa akan jadi kalau mereka jumpa?' dia suka mcm ni..boleh cakap semua hal tanpa batas..tanpa rasa takut dan malu.

"Awak,awak nak jumpa ke tak? " Desakan dari Encik Misteri buat Khayra gelisah.jantung usah ditanya..berdetak kencang macam lepas marathon

"Awak saya minta maaf.bagi saya masa.saya janji kita akan berjumpa jugak suatu Hari nanti." hanya itu sahaja yang mampu khayra ungkapkan...Dia betul-betul tak bersedia nak jumpa..jiwa introvertnya meronta-ronta.

"Takpe lah..saya tahu awak takkan jumpa saya..awak rehat lah.dah lewat ni..saya tidur dulu.jangan lupa call mommy awak. Assalamualaikum."

"Saya minta maaf..saya janji kita akn berjumpa jugak suatu hari nanti...please awak.."

Senyap...10 minit,15 minit .takde pun tanda - tanda Encik Misteri membalas messagenya..Encik Misteri merajuk ke?

khayra buntu.apa yang patut dia buat sekarang ni .

Khayra betul-betul tak dapat fikir buat masa sekarang..Dia kesian dengan Encik Misteri..lelaki tu sanggup memohon university yang sama dengan dirinya.. sentiasa ada bila khayra susah hati..sentiasa menemani dia beberapa tahun kebelakangan ini.tapi entah kenapa dia belum berani untuk berhadapan dengan lelaki tu..Kepala yang pening di urut pelahan.stress

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience