khayra Ufaira memecut X50 menuju ke class..sedih,sakit hati, marah semua ditolak tepi..dia tak nak hari pertama berlalu dengan suasana yang suram.dari jauh dia nampak kawan baiknya Nuramirah dan Helmi hussien.mereka memang pantas.
selepas meletak X50 di tempat parking,dia bergegas turun..
" Akhirnya datang jugak yang ditunggu-tunggu.. kau apasal lambat.?"
Seperti biasa,si mulut becok Helmi mula bersuara..
khayla tersenyum Manis..begitu lah Helmi,si jejaka berkumis nipis.
"Aku lambat bangun.ala,chill k."
" haih,nasib baik la kami ni kawan yang
setia.kalau tak,kami dah lama pergi daftar.
kau tengok tu dah penuh satu dewan."
rungut Helmi kembali
Khayra Ufaira melihat ke dalam dewan yang sudah dipenuhi pelajar-pelajar tahun 1..matanya memerhati seorang demi seorang pelajar.ramai giler.matanya menyoroti semua pemuda-pemuda yang berada disitu.hampir semua memegang hp..mana satu Encik Misteri?ermmm
"Kau cari apa tu?cari lelaki online kau tu ke ?"tanya Nua..teringat dia dekat lelaki misteri yang muncul dalam email khayra Ufaira..matanya berpandangan dengan Helmi..ketawa mereka lepas.mereka tahu khayra tengah mencari lelaki misteri itu.khayra Ufaira hanya tersengih.mengiyakan tidak.menafikan pun tidak.
"kau dah tahu dia siapa?"Tanya Helmi kemudian.
Bagaimana dia hendak tahu siapa Encik misteri tu sedangkan mereka tak pernah berjumpa sebelum ni.
"belum lagi"
Dia lantas mengambil hp di dalam pocket.. sms pagi tadi dari lelaki tersebut dibaca..
" jangan lupa inform saya nanti bila dah sampai U."
Dah dua tahun mereka saling berbalas message dan selama dua tahun jugak lah mereka merahsiakan identiti masing-masing.Entahlah Khayra rasa happy ..berbalas sms dengan orang yang tidak dikenali .Rasanya dia tak rugi apa-apa. sekurang-kurangnya dia ada kawan tempat meluahkan segala apa yang dipendam..Helmi dan Nua kawan baiknya, tapi banyak benda mereka tak tahu. sedangkan Encik Misteri tahu semua benda kecuali rupa dan namanya.lebih seronok.senang dia bertukar pendapat.Entah macam mana la rupa Encik Misteri tu.mungkin kah kacak?atau hodoh? Khayra tak peduli..Janji Encik Misteri seorang yang baik hati dan selalu buat dia gembira.
"i'm already here..sekarang dalam dewan..tapi
orang ramai sangat. masih menunggu giliran untuk mendaftar.
sedang asyik berbalas sms.. khayra dirempuh seseorang..hp ditangan terjatuh dan tercampak jauh.khayra Ufaira lantas menoleh..lelaki tu memandangnya tidak berkelip.
"kau buta ke?tak nampak orang berdiri kat sini." hambur khayra..baru je nak happy-happy tiba² dah kena bala..Helmi dan Nua lantas membantunya berdiri
"maaf,aku tak sengaja..lagipun kau tu apahal berdiri tengah Jalan. takde tempat lain ke nak lepak?." tanpa pedulikan pandangan tajam khayra,lelaki tu melanjutkan perjalanan menuju ke arah kawan-kawannya yang sedang berkumpul di dalam dewan.. khayra mengeluh.hp yang tercampak jauh di ambil..hilang mood terus..
"weyh korang,siapa dia tu ye..hensom siot.."Nua seperti kena rasuk.dengan jacket kulit hijau lumut,rambut yang terpacak.nampak sangat bergaya.. khayra hanya mampu menjeling..tak guna hensom kalau tak pandai guna mata.habis pecah screen hp OPPO Reno 8 dia..nasib la sms dari Encik misteri menggubah moodnya kembali.
"Awak tgah buat apa sekarang ni? thinking about me or something else?"
Khayra ketawa..pandai betul dia ambil mood khayra harini..lupa seketika dengan kejadian langgar tadi
"Dah kenapa saya nak fikirkan awak?"
"Entahlah..maybe sebab rindukan saya.. and jujur saya teringatkan awak hampir setiap saat miss secret..dah tentu awak pun ingat kat saya right.?"
khayra tersenyum..kalau teringat yes..tapi kalau rindu rasanya belom kot..macam mana dia nak rindu kalau dia tak kenal siapa orang disebalik nama Encik Misteri.belum pun sempat dia membalas.sms seterusnya muncul.
"I miss you so much. pleaseee kita jumpa kat mana-mana"
Khayra telan air liur..kenapa tiba-tiba lelaki itu hendak berjumpa dengannya..dia belum bersedia lagi.dia suka macam ni.bersms tanpa kenal each other..
"saya tak ready lagi.. sorry"
khayra mengeluh kecil..hp dimasukkan ke dalam pocket .segera dia mendekati Helmi dan Nua yang rancak berbual mengenai lelaki yang berjacket kulit tu.hatinya berdegup kencang tiba-tiba.
"illa,kau tau tak lelaki yang langgar kau tu tadi daftar satu class dengan kita..bestnya hari-hari kita boleh cuci mata."
Nua bercerita penuh ceria..khayra diam.malas nak peduli.selepas mendaftar mereka mula masuk ke dalam kelas.dari jauh Khayra sudah nampak lelaki tu and the geng duduk di barisan belakang kelas. lelaki tu nampak macho sekali.
Memandangkan kelas mereka agak padat harini .jadi tempat duduk sangat terhad..hanya ada dua saja kerusi kosong di depan dan selebihnya di barisan belakang.tiba-tiba Helmi memecut laju dan mengambil kerusi di hadapannya.helmi memang tak suka duduk belakang.khayra berdecit tak puas hati.apa punya kawan la dia ni.nasib lah lecturer dah masuk..klo tak dia tarik kerusi Helmi sampai patah..dilirik ke meja belakang.ada satu lagi kosong.itupun sebelah lelaki tadi.mahu tak mahu,terpaksa lah dia duduk disebelah lelaki tu.
khayra cuba bersikap santai namun lelaki itu terlalu kaku.sedikit pun dia tidak memandang khayra.khayra Ufaira sedikit bosan.dah lah Nua dan Helmi duk depan sana..
Dipandang ke sebelah Kiri.,beberapa pelajar perempuan mencuba untuk bercakap dengan lelaki tu tapi sayang.lelaki tu terlalu sombong untuk menegur dan bercakap dengan sesiapa. lecturer akhirnya menyuruh mereka mengenalkan diri..sampai saja giliran lelaki tu,semua mata menumpukan perhatian..
"Ammar zayyan"
khayra Ufaira menggelengkan kepala...nama yang cukup indah tapi sayang orangnya sangat sombong.
Apabila sampai gilirannya.. khayra menyedari dirinya menjadi tatapan Ammar zayyan.beberapa orang bersiul dari depan..Salah seorangnya Helmi..kurang asam betul..ishh
"khayra Ufaira " Senyuman Manis tersunging di wajah. melihat wajah lecturer yang garang dan menakutkan tu sedang menatapnya.,dia jadi kaku..segera dia duduk dan pura-pura bersikap biasa..namun dia perasan Ammar zayyan mencuri pandang kearahnya.Khayra tak selesa.dia ambil hp di pocket dan dibuka. ada 4 sms dari lelaki misteri
"Miss secret, I can't take my mine off you"
" awak marah ke?please reply..
"iam sorry...kita tak perlu berjumpa kalau awak tak nak.please reply me."
"saya Salah cakap ke?..lupakan apa yang saya katakan tadi ok.saya minta maaf sangat-sangat."
Khayra Ufaira tersenyum..Encik Misteri memang pandai membuatnya bahgia..perasaannya seperti orang sedang dilamun cinta.
"awak,awak takde salah pun dengan saya don't worry..saya dalam class ni..nanti saya reply ok..miss you too"
Khayra ketawa perlahan..sengaja ditulis Miss you..biar lelaki tu gundah gulana...ketawanya dapat di dengar lecturer.
"Yes Cik khayra..awak ketawakan apa kat belakang tu.."
khayra tersentak..semua pelajar memandang kepadanya..ditoleh ke sebelah..Ammar zayyan still setia merenungnya..dia mengeleng kepala...
"nothing sir"
Apa lah nasibnya .Hari pertama di university dah ramai orang kenal namanya.aduh malunyaa.. khayra mematikan hp..matanya kini fokus pandang ke hadapan.dia tidak peduli dengan pandangan orang di sekeliling.tekadnya hanya satu.ingin menjadi pelajar cemerlang..
Share this novel