Bab19- berjumpa

Romance Completed 12315

Malik yang tersedar dari lenanya , melihat sofea masih berbungkuskan selimut ditepinya masih nyenyak dibuai mimpi dan dua hari juga sofea menemaninya , membuat kan dia tersenyum . Kan bagus kalau mawar macam sofea . Dia berdiri untuk menyiapkan diri bagi menghadiri mesyuarat hari ini kerana digesa oleh bapanya , dato iskandar .

“ sofea bangun kau dah puaskan dengan layanan aku , so go “ kata malik .
“ hm , okay “ sofea menghulurkan tangannya meminta sesuatu .

“ mata duitan juga kau ni nah , aku bagi cek 1 juta “ kata mikael dengan sinisnya .

Sofea mengambilnya dan memakai baju nya dia mahu keluar , sesampainya dipintu dia berkata

“ suka hati aku , bukan hal kau , aku nak jumpa dengan kekasih lama aku , anggap apa yang kita buat tak pernah berlaku . ” balas sofea dan melambai ke arah malik tanpa memandang .

Di pejabat
“ sinar , bagitahu aku jadual aku hari ni “ tegas mikael

“ ba.. baik tuan “ balas sinar selaku pa nya .

“ hari ni tuan ada meeting dengan Dato Iskandar , tapi katanya anak dia yang gantikan Malik Zaquan , pukul 10 pagi ni lepas tu ada perjumpaan pula dengan dato mateen untuk membincangkan plan yang sedang dirancangkan sekarang , pukul 15:30 , okay itu je tuan untuk hari ni ” Panjang lebar sinar menerangkan jadual tuannya .

“ hm thankyou sinar , sambung lah kerja kau “ . mikael berlalu pergi .
sinar menghelah nafas ,” fuh “ hembus sinar .

seduduknya di kerusi , mikael melihat wajah si gadis yang dicintainya di bingkai gambar yang terletak di lacinya , dia bertanya di manakah gadis itu sudah 3 tahun dia menghilangkan diri . malas menyerabutkan kepala dia terus membuat kerja apa yang sepatutnya dilakukan .

kedengaran pintu nya diketuk ,
“ ya , masuk “ kata mikael

“ tuan , malik zaquan ada di sini “ ujar sinar
“ suruh dia masuk “ kata mikael

“ hey cousin “ sapa malik

“ dah cepat kita mulakan “ ujar mikael dengan fokusnya sehingga lah habis meeting mereka dalam pukul 1:30

“ Ada apa apa kau inform jela dekat pa aku “ kata mikael yang masih memandang kertas kerja .

“ okay , dan lagi satu ni bukan soal kerja “ terus mikael memandang malik.

“ what that thing ? , balas mikael .

“ tolong jangan ambil mawar dari aku , itu aku punya , kau tahu kan apa jadi kalau kau ambil “ ujar malik sekerasnya .

Dia tahu mawar mula kenal dengan mikael , dia tidak suka melihat .

“ dan kau tahukan aku bukan sebodoh dulu , kau cukup baik perempuan tu tak report polis apa kau buat dekat dia “ ujar mikael dengan selambanya .

malik mendengus geram dan keluar menghempas pintu bilik mikael.

mikael hanya mencebik . Dia merehatkan kepalanya petang ni ada urusan lagi .

“ Cakap ke tangan (cakap ke tangan)
Apa ingat ku suka? (Ku suka)
Cara dan perangai
Layaknya bercakap dengan tangan (cakap ke tangan ”

mawar yang menyanyikan lagu penyanyi asal daripada sabah , stacy dengan mop yang ditangannya sebagai mic , dilihat oleh makjah . Makjah menggelengkan kepala melihat perangai mawar yang nampak ceria .

“ Amboi ceria benau mawar .” kata makjah . Mawar apa lagi segan makjah melihatnya .

“ alah makjah hari ni kan first mawar kerja sebab tu happy sangat lagi lagi ada makjah pergh bestt ! “ ujar mawar bagi menutup segannya .

“ dah habiskan kerja tu makjah nak ajar pula mawar memasak , kita masak ayam masak merah , makjah tunggu tau “ ujar mawar

“ okay cef makjah “ mawar memop semua lantai dan berehat sekejap kerana keletihan melakukan tugas tugas hari ini .

Selepas itu , mawar terus pergi ke makjah , makjah mengajarnya cara membuat ayam masak merah dan bahan bahanya , mereka bergelak tawa bersama dan diselangi mawar yang tidak habis membuat lawak sehingga selesai . dan dari situ mawar mula rapat dengan makjah dan di situ juga menjadi pengubat rindu pada maknya .

mikael datang ke pejabat dato mateen bersama pa nya , untuk membincangkan hal yang sepatutnya . sewaktu dia masuk dia ternampak dato itu memegang satu rantai sebelum meletakkan balik ke laci lalu menyambut kedatangannya .

mikael hanya menunduk dan bersalaman .

“ hi mikael , lama kita tak bersua muka , “ ujar dato mateen.

“ hi dato , im just little busy right now , that is it , what about your wife , she fine ? ” balas mikael.

“ biasalah tu nama pun kerja , she alright , don’t worry , okay lets start our discussion “ kata dato mateen dan mikael hanya mengangguk.

Setahu mikael dato mateen sudah berkahwin dan mempunyai zuriat seorang anak lelaki tetapi malangnya anak itu meninggal dunia kerana di tikam oleh seorang yang tidak berpuas hati dengan isterinya . oleh sebab itu isteri nya menghadapi kenurungan sampai ada suatu ketika isterinya ingin membunuh diri tapi sempat ditegah oleh suaminya dato mateen .

sehabisnya waktu di pejabat mikael ingin pulang sewaktu , berjalan dia terlanggar oleh seorang perempuan .

“ sofea ? “ ujar mikael .

:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience