Bab36- cemburu?

Romance Completed 12315

mawar datang ke rumah lelaki itu untuk bekerja dengan pemandu yang disuruh oleh bapanya , pemuda yang menolongnya hari itu , dia bernama farhan. mawar sebenarnya mahu berhenti kerja , tetapi dicegah oleh mikael hari itu

“alang alang kau nak kahwin dengan aku kerjalah , aku bukan selalu ada kat rumah , makjah yang jaga rumah selama ni kalau aku tak ada , okay aku tetapkan 2 minggu sebelum kita kahwin kau boleh berhenti sebab kita mesti sibuk nanti , apa macam ? “ mikael yang menyandar di dinding sambil tangannya dicelup ke poket seluar .

mawar pun berfikir , mawar mengangguk . “okaylah kalau macam tu “ jawab mawar memadang mikael macho betul dia bersandar kat dinding tu .

Mereka yang hampir sampai ke rumah kondo mikael itu bersuara .

“ farhan , parking je kat tepi tu “ Kata Mawar , farhan hanya mengangguk .

“ thankyou , farhan “ ujar mawar , dia turun dari kereta .

“ welcome cik .. “ farhan belum habis lagi cakap
mawar memotong “ aip “ mawar menutup mulut farhan .

“ mawar , mawar panggil nama je , tak selesa panggil cik , umur awak lagi tua dari saya “ ujar mawar .

“ baik mawar , saya gerak dulu “ farhan menggaru kepalanya . mawar mengangguk tersenyum .

masuk je rumah lelaki itu mawar terus meletakkan beg sandangnya dan mula mencari pakaian lelaki itu dia terus menyerika seperti biasa .

setelah itu dia turun untuk membuat sarapan lelaki itu , lalu dia menyiram pokok pokok bunga yang diluar .

“ alah siannya dah lama tak kena siram “. mawar memegang kelopak bunga . yala sejak mawar sibuk dengan hal hal yang penting membuatkan mawar kekurangan masa untuk menjaga pokok pokok bunga yang cantik ini .

dia juga sudah jarang datang ke rumah lelaki ini lihatlah habuk mula datang menerjah di dalam rumahnya . nampak sangat betul apa yang mikael cakap , dia bukan lah orang yang selalu berada di rumah .

sedang leka menyiram , mawar terasa pinggangnya di sentuh , dengan refleck badan mawar memandang ke belakang dan terhantuk kepalanya dengan mikael .

“ auch “ serentak mereka berdua.

“ kau ni! aku baru sentuh situ , kabutlah! “ bengang mikael .
“ siapa suruh awak , saya terkejut! tiba tiba sentuh pinggang saya , awak ingat saya apa sentuh sentuh semberono je “ mawar yang mengusap dahinya .

“ oh aku sentuh tak boleh , habis kau sentuh mulut lelaki tu boleh , tu bukan sentuh ke ? tangan kau yang terbang pergi kat mulut dia? “ kata mikael dengan perlinya sekali .

“ lah , hehehe awak cemburu eh , haa awak perhatikan saya eh haha “ mawar menunding jarinya ke muka mike . tangannya terus ditepuk oleh mikael

“ banyaklah kau , cemburu apanya aku dengan kau “ mikael membalas . mawar mencebik .

“ but tak mengapa 2 bulan dari sekarang nanti lepas kahwin aku sentuh kau sebetul betulnya “ mikael memandang mawar yang merona merah wajahnya ,

sempat dia melihat cincin yang berada di tangan mawar . mawar juga melihat itu padangan lelaki itu ke arah cincinnya .

“ dah lah pergilah makan , nanti lambat “ mawar menyuruh dan mikael pun beredar .

“ bye sayang “ . dengan suara gentlemennya . mawar apalagi geli gelaman mendengarnya . aduh mawar mawar , hebat betul penangan dia.

sesampainya mikael di pejabat dia baru duduk. Tiba-tiba diterjah oleh malik , malik baru balik dari urusan sebulan kerana disuruh ayahnya .

dia datang pada mikael lalu dicengkam kolar mikael dan menumbuknya , terjelupuk mikael di lantai .

mikael dengan senang hati dia berdiri dan mengibas baju kemeja nya , bibirnya mengeluarkan cecair merah.

tindak balas mikael itu membuat kan malik seperti mahu menumbuknya kembali , tetapi di tahan oleh mikael .

“ kenapa datang tiba tiba tumbuk ni! “ tanya mikael menahan tangan malik .

“ kau jangan nak pura pura bodoh!!! aku dah suruh kau jauhkan diri kau dari mawar !! kau tak faham ke haa?!! “ jerkah malik dia menolak bahu mikael.

“ dia yang nak aku , apa boleh aku buat ? “ selamba mikael .

“ macam kau cakap , benda berharga ada di depan , kita kena cepat cepat ambil , jangan lepaskan , so aku ambil nasihat kau then kau marah marah , what wrong with you bro ? “ sambung mikael tenang melihat malik

“ kau saja buat aku gila!!, kau betul betul nak tengok aku jadi gila ke hanat!!“ jerkah malik .

“ kau belum kenal lagi siapa aku “ kata malik .

“ kau yang mulakan , kau yang ambil dia dari aku , kau ingat aku biarkan korang bahagia no no , wait for me!! “ sambung malik . Dia terus keluar dari pejabat mikael .

mikael yang mendengar mendengus geram .

“ dan kau juga patut rasa , apa yang aku rasa selama ini “ mikael tersenyum sumbing . Sambil mengelap darah yang ada di bibirnya .

waktu menunjukkan pukul 5 sebelum keluar dia hendak membuang sampah yang sudah penuh .

mawar yang hendak membuang sampah , terkejut dengan suara perempuan menjerit di depan pintu , terus dia bergegas ke depan pintu sebelum itu dia melihat ke tingkap

“ argh perempuan tu , apa aku nak cakap ni “ mawar diam sekejap , tiba tiba pintu di pukul lebih kuat , mawar terus membuka . perempuan itu terus ke mawar .

“ kau!! aku dah bagi warning !!!! jangan gatal dengan mikael , kau nak apa lagi perempuan!!! sedar diri kau!! kau letak apa masa dia makan sampai dia nak kahwin dengan kau!! “ jerit perempuan itu , menolak bahu . mendengar tuduhan sofea padanya membuatkan biji mata mawar membulat besar .

“ tolong sikit eh cik sofea , jangan menuduh melulu sebelum saya tampar awak guna tapak kasut 10 ringgit ni baik awak berambus !! awak tak ada bukti nak tuduh saya macam tu ! “ mawar membalas .” sewel punya perempuan “ ujar hati mawar .

“ ohh perempuan kau dah pandai eh , jangan ingat aku berdiam diri!! , kau tahu apa aku boleh buat! , kau ingat kau dah kahwin nanti , mikael cintakan kau huhh perasan!! dia takkan cintakan kau sebab aku je yang dia cinta , so cover sikit tak tahu malu kau tu !! dan lagi satu

“ aku akan musnahankan kebahagian kau “ kata sofea menjeling mawar .

mawar hanya melihat sofea itu pergi keluar memasuki keretanya kembali ,

“ betulkah apa yang dicakap oleh sofea ? “ ujar mawar sendiri . hatinya ragu ragu ,

“ hm mungkin dia saja nak buat aku salah sangka dengan mikael , dia mesti nak cuci otak aku , aku kena percaya dengan mikael , ujar hati mawar .

mawar terus memakai beg sandangnya yang diisi dengan hadiah makanan kerana kawannya akan mengambil dia untuk melawat melissa yang sedang berpantang .

Dia sudah maklumkan pada mikael , dan mikael hanya membenarkan , mawar termenung di tepi jalan menunggu jenny dan hana mengambilnya .

apabila mereka sampai mawar terus masuk ke dalam kereta mereka memeluknya . mawar membalasnya dan mereka berangkat ke rumah melissa.

klik pintu dibuka
“ melissa!! ” serentak mereka bertiga . Melissa yang sedang memegang anaknya terkejut akan kehadiran kawannya .

“ korangg , aku rindu korang ! mereka berempat berpeluk .

“ aaa comelnyaa , sedap bau baby ni bau syurga “ celoteh hana .

“ alah gebunya , hi saya aunty jenny si kecil “ jenny berkata sambil mencubit geram akan pipi mulus baby itu .

“ siapa nama dia? comell macam ibunya “ tanya mawar . melissa hanya menggelakkan mereka yang terpegun melihat anaknya .

“ masturina elisa “ jawab melissa tersenyum mereka bertiga mengangguk . mawar terus memegang masturina yang masih dibuai mimpi , terkadang bayi itu merengek lalu ditepuk lembut oleh mawar .

“ uiyo dah nampak dah calon ibu lagi sorang ahahah “ hana berkata , “ memandai kau , mereka berempat ketawa .

problem lagiiii huhuhuhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience