Bab21 - kemaafan

Romance Completed 12315

kesokkannya ,

mawar sampai lebih awal dan makjah membukakan pintu untuk mawar .

“ assalammualaikum makjah , “ ujar mawar
“ waalaikummusalam mawar , jom masuk “ , balas makjah dengan senyumannya .

Dan semuanya sama seperti biasa mawar memilihkan baju seluar , seterika , melakukan kerja rumah seperti layaknya seorang isteri . Dan lelaki itu seperti biasa kejap dingin , kejap tidak kadang menyakatnya , perangainya berubah ubah .

Disebabkan perangai lelaki itu mawar semakin pelik dengan hatinya , dia mula jatuh hati ke pada lelaki tu . eh mana mungkin jauh kot beza dia dengan lelaki tuh . mana mungkin berangan jelah kau mawar .

Terkadang makjah melihat mereka tidak ubah seperti perangai anjing dan kucing , hal kecil diperbesarkan . makjah hanya menggelengkan kepala , kadang kala ketawa terhibur melihat gelagat mereka .

Sudah 6 bulan berlalu mawar bekerja sebagai pengurus mikael dan membantu makjah, mawar bekerja keras untuk mengumpul duit dan alhamdulilah kini bebannya tidak lagi berat kerana dia dapat membayar bil yang tertunggak dengan gajinya yang di dapat .

Dia juga perasan malik tidak mengacaunya lagi entah mengapa tapi dia bersyukur mungkin malik tahu apa kesalahan yang dibuat olehnya .

semasa dalam 6 bulan itu , dia juga berjumpa dengan hana , hana menceritakan semua yang terjadi sewaktu mereka mengikuti malik , hana rasa bersalah sangat , sehingga menangis memohon maaf pada mawar , pada mulanya mawar terkejut akan ugutan itu tetapi hana juga mangsa keadaan , siapapun di tempat hana , pasti berbuat begitu juga lalu mawar pun menyuruh hana melupakan hal itu kerana mereka berdua mangsanya . setiap bulan itu juga dia melawat kubur ibunya , dia selalu cerita apa yang terjadi pada hidupnya.

Selain itu dia terserempak dengan melissa dan jennyfer sewaktu mawar membeli barang perempuan , mereka tiba tiba menerpa dan menegur mawar .

“ mawar ? kau masih marah ke kat aku ? “ tanya melissa .

“ haah , kau masih marah ke dengan kitaorang “ jenny juga bertanya .

“ tipu kalau aku kata aku tak ada rasa marah , geram dan benci dengan korang tapi aku tahu kita manusia mesti ada buat kesilapan dan kita kena memaafkan . “ kata mawar dengan jujurnya .

“ aku maafkan korang “ sambung mawar dia tersenyum melihat dua orang dihadapannya .

“ terima kasih mawar maafkan aku dengan jenny , aku dah dapat balasannya , aku dah berkahwin tapi didera oleh suami aku , dan oleh sebab itu aku minta diceraikan , mawar . “ kesal mellisa .

mawar hanya memberi simpati pada melissa .

“ kawan ? “ jenny berkata .
“ kawan! “ balas mawar tersenyum.

“ Jenny datang dan memeluk mawar bersama melissa , thankyou mawar , kau memang baik “ kata jenny .

mawar tersenyum menggangguk .
mereka bertiga pergi ke restoran , berbagi nombor telefon dan berborak sebelum akhirnya berpisah ke tempat tujuan masing-masing.

mawar tersenyum mengingati memori itu dan semua telah selesai , makjah ditepinya mencuitnya .

“ kuat mengelamun kan mawar ni “ ujar makjah tertawa .

“ hehehe , kita kena la mengelamun makjah , baru hidup best “ balas mawar meletakkan kepalanya dia bahu makjah .

“ makjah jom pergi pasar dah lama kita tak pergi , tengok barang macam nak habis dah , jom jom “ kata mawar dengan cerianya .

“ eh mawar ni boleh ke , tuan mikael dah bagi kebenaran ke “ tanya makjah .

“ kejap mawar whatAssp dia “ balas mawar .

mawar:
assalam , tuan boleh tak saya ajak makjah pergi keluar jap nak beli barang ? “ send

one tick ? okay two tick ? 4 minit kemudian

mikael:
boleh , dalam setengah jam je , kalau tak aku tolak gaji , dah jangan kacau aku .

mawar:
terima kasih tuan ! one tick ? huh .

“ boleh makjah jom tapi setengah jam je kedekut , makjah siap siap la mawar tunggu . kata mawar , makjah hanya mengangguk .

mereka menaiki teksi bersama
sesampai saja ,

“ okay makjah sekarang kita nak mulakan dengan apa ? tanya mawar melihat makjah

“ okay sekarang ni kita beli barang basah dulu , baru kita beli barang kita , apa macam ? “ tanya makjah

“ okay makjah here we go ! “ mawar memeluk tangan makjah dan dibawa ke barang basah , setelah menimbang diletakkan harga , makjah dan mawar terus membeli barang sendiri .

selesai membeli mereka menuju ke tempat menunggu teksi , dan di situ mawar bertemu dengan mikayla .

“ eh akak !! lama tak jumpa kak , “ tegur mikayla

“ eh layla , jumpa pun , “ mereka berpelukan.

“ makjah rindunya layla dengan makjah “ dia menyalami makjah . mawar pelik mereka dah kenal .

“ layla dah balik sini , bila ? tanya makjah , dia juga terkejut .

“ 6 bulan lepas makjah , lama dah kat sini “ balas mikayla

mawar hanya tersenyum melihat kemesraan mereka. Dia tidak tahu makjah mengenal mikayla .

“ akak , lama dah akak tak datang rumah , layla rindu tau , haa kejap ni “ mikayla menghulurkan kad nombor telefonnya .

“ haah sebab akak sibuk kerja layla , sebab tu lama tak datang , tak apa nanti layla ajak je , akak on okay “ ujar mawar menyimpan nombor telefon mikayla .

“ okay kak , kalau macam tu makjah akak layla gerak dulu , bye assalammualaikum “ kata mikayla

mawar dan makjah menjawab salam itu dan kebetulan tepat teksi sampai dan mereka pun bergerak .

haii happy readingg ✨ :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience