Bab29- pertemuan anak&ayah

Romance Completed 12315

“ Mawar Anastasia binti Mateen , anak baba dengan anak Sharmila Zaskia “ ujar Dato Mateen kepada anaknya . Mawar terdiam , air matanya mengalir lebih lebat .

“ Tak mungkin , mana baba pergi selama ni , baba tinggalkan mak tanpa sebab , tinggalkan mawar , kenapa baba buat macam tu , teresak mawar .
Dia tidak percaya apa yang terjadi hari ini , terlalu banyak hal yang mengejutkan dia.

“ Baba boleh explain mawar , baba terpaksa dan itupun hanya untuk keselamatan kamu “ kata Dato Mateen dia sedih tidak dapat menatap wajah bekas isterinya Mila , yang pergi .
Dia juga mengalirkan air matanya . Mereka berdua terdiam . Terdengar suara mikayla yang memanggil terus mawar mengelap air matanya .

“ Mawar tak sangka baba buat macam ni “ Mawar terus meninggalkan Dato Mateen . Dato Mateen hanya melihat anaknya berlalu pergi , dia tahu anaknya kecewa dengan dirinya , dia menyeru nama arwah bekas isterinya , mila ..

“ Akak , kenapa mata akak sembab tu “ tanya mikayla . makjah yang disebelah juga hairan melihatnya . mawar hanya menggeleng tersenyum.

“ Mata akak masuk habuk masa kat luar hehe , akak nak letak hadiah jap , “ diangguk oleh mikayla . mawar pergi ke tempat meletakkan hadiah , dia sudah tidak kisah tentang lelaki itu dan dua ekor beruk itu jika ternampak dia di sini . Dia meletakkan hadiah itu dan kembali semula ke mikayla .

Memasing sekarang menuju masuk ke rumah untuk pemotongan kek oleh mikael. Mikael ke tempat kek itu dan ditemani sofea yang tidak cukup kain itu , ke hadapan kek itu . Manakala Malik hanya memerhati mawar . Mawar sudah sedar akan hal itu tapi tidak diendahkan.

Dia juga tahu malik sentiasa mengikutnya . Mawar sedaya upaya bergerak ke tempat yang ramai orang dan terbuka , Dato Mateen hanya melihat dan menunggu masa untuk memberi pengajaran pada anak Dato Iskandar yang bapanya merangkap kawan dia sekiranya lelaki itu mengganggu anaknya gadisnya itu .
Mikael sudah lama tersedar akan kedatangan mawar di situ . “ kenapa perempuan ni datang “ soal hati mikael.

mikael memandang tajam ke arah mawar , mawar yang tanpa sengaja bertembung dengan mata mikael yang menikam tajam ke arahnya terus mengalihkan matanya .

sofea berbisik “ you ke yang ajak dia ? “ tanya sofea mikael hanya menggeleng .

“ perempuan ni tak habis habis muncul , tak cukup ke aku buat hari itu , menyampah aku “ kata hati sofea.

semua menyanyikan lagu hari ulang tahun itu , mereka terlihat gembira , Puan Maria dan suaminya serta orang yang berada disana . Mawar hanya menepuk tangannya sekadar untuk menggelakkan mikayla dan makjah bertanya , habis menyanyi lalu mereka dan mengambil gambar menunggu kek itu dipotong oleh mikael.

“ Mika potonglah kek tu ,” ujar Puan Maria . Mikael hanya mengangguk.

Selepas kek dipotong semua yang berada di sana dijemput makan , mawar hanya tersenyum geleng dia tiada selera makan tetapi dipaksa oleh mikayla , dia pun makan sahaja . Namun di hatinya dia hanya mahu segera pulang .

Habis saja , Mawar terus mengajak mikayla untuk menghantarnya pulang , dia datang ke arah puan maria dan tuan luth untuk menyalami mereka , sempat lagi puan maria memujinya , mawar segan , tidak lupa akan makjah dia juga turut menyalami makjah . makjah hanya berbisik cantik , mawar ketawa melihatnya .

sofea yang melihatnya mencebik sewaktu mawar datang kembali ke mikayla , sofea cepat cepat seakan akan berjalan dan meletakkan kakinya ke hadapan , mawar yang tidak sempat mengelak terus terjatuh , semua yang terkejut mendengar jeritan mawar melihatnya . ada yang tergelak , ada yang bercakap cakap . mawar malu diperlakukan begini , terus dia bangun dan mengibas dressnya . mikael hanya melihat . malik pula hendak menolong tetapi di halang oleh mikael . bukan boleh percaya kang dirabanya . malik menjeling mikael , dia terus menolak tangan mikael yang memegangnya itu .

“ ops sorry meh i tolong you “ kata sofea memegang tangan mawar lalu digenggam. mawar menyeringai sakit. berkerut mukanya .

dia berbisik sesuatu pada mawar . “ kau perempuan , kau tak sedar diri ke kau tak layak dekat sini cepat berambus sebelum aku buat lagi teruk pada kau , jangan main main dengan aku “ bisik sofea . mawar mahu membalas tapi mikael pernah mengingatinya terus tidak jadi . dia mengangguk dan berjalan ke arah mikayla.

mikayla dan mawar sudah berada di kereta .
mikayla mencebik

“ dasar , abang layla tu buta ke suka dengan perempuan sengal tu , entah apa yang istimewanya “ geram mikayla .

ya memang abang kau tu buta , aku yang ada depan mata dia pun tak nampak ceh kau mawar haha . ujar hati mawar

“ hm biarlah , akak tak kisah pun , tunggu jelah balasan dia nanti “ balas mawar . dia sudah malas . mikayla hanya menangguk . sesampainya di rumah mawar terus mandi , setelah itu dia berbaring , dia berfikir tentang ayahnya .

“ baba kenapa bila kami perlukan baba , baba tak ada pun , kenapa baba baru muncul sekarang “ tangis mawar , dia tertidur bersama tangisannya .

happy reading :) ✨

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience