Bab9 - surat

Romance Completed 12315

“ Terima kasih hm , nama awak siapa? “ tanya mawar .

“ sama sama da berambus , jangan bagi aku tengok muka kau “ lelaki itu hanya bercakap tanpa memandang wajah gadis itu .

mawar pun keluar , serentak kereta lelaki itu meninggalkannya dengan laju .

“ eh , ni kalau aku belum pijak lagi tar jalan ni , terseret aku dekat jalan raya “ kata mawar dengan menggelengkan kepalanya .

lelaki itu misteri bagi mawar kerana perwatakkan lelaki itu sangat kasar dan lebih kepada ego tapi terselit kebaikkan .

Pada malam itu selesai menunaikan solat , mawar mencari iklan siapa yang sekarang mencari pekerja tapi hampa semuanya sudah ditutup dan ada yang penuh .

“ mungkin bukan rezeki kau , mawar . mawar pun tidur kepenatan

Sudah seminggu mawar berada di rumah tanpa berkerja dia harus jimat ada dua hari tu dia hanya makan roti bagi mengisi perutnya .

Pagi paginya mawar menyapu di luar rumah yang sudah penuh dengan dedaun yang keguguran . Segala kerja di rumah dilakukan sejak ibunya tiada .

Selepas mengemas ruang tamu , dapur dan bilknya , dia masuk ke ruang bilik ibunya sudah lama tidak dia kunjungi . Dia mengemas menukar cadar sehingga dia terjumpa satu surat di bawah katil ibunya .

Dia membuka surat ibunya itu tapi belum sempat membaca , dia menutup semula dan meletakkanya dia bawah lampu belajar kerana seseorang mengetuk pintunya rumahnya . Dia membuka pintu terpancul muka seseorang yang dia tidak kenal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience