Bab16 - bertemu

Romance Completed 12315

seperti biasa dia membuat sarapan yang simple sebelum berangkat ke kubur melawat ibunya .
Dia memandang cermin melihat wajahnya

“ Ya allah kau jauhkanlah aku dari segala musibah pada hari ini “

trauma ? Ya , mawar masih trauma akan kejadian minggu lepas itu .

mawar menggengam rantai di lehernya itu , “ mak mawar datang “

sesampainya dikubur mawar membentangkan tikar , dia meletakkan air untuk disiram ditepi seraya itu membaca surah yassin . Habis membaca dia menyiram kan air di atas kubur ibunya .

“ mak , mawar sayang mak , mawar dah dapat kerja , mawar happy sangat , semoga mak berada dikalangan orang yang beriman , rantai yang mak bagi selalu mawar jaga . mawar pergi dulu mak , ada masa mawar akan datang balik . “ kata mawar dia mengesat air matanya selepas mencabut rumput yang menumbuh di tanah itu .

Tanpa disedari mawar seseorang mengikutinya dari belakang .

Sebelum pulang ke rumah , mawar menyinggah ke pasar untuk membeli barangan dapur sikit , namun tidak secara sengaja seseorang melanggarnya dari belakang . Habis jatuh barang yang dibimbit oleh mawar .

“ maaf nak , aunty tak nampak , “ kata aunty itu . walaupun kelihat berusia tetapi masih terserlah keanggunan pada wajah itu .

“ maaf kak , kami tak perasan , “ kata perempuan mungkin , anak aunty itu .

“ eh eh takpa , sikit je ni “ mawar berkata

“ meh aunty bayarkan ...
“ eh aunty its okay “ potong mawar.

“ hm aunty rasa bersalah apa kata ikut aunty balik rumah , anti masakkan special untuk awak dan juga untuk anak anti ni “ cadang aunty itu sambil mencuit anaknya yang disebelah.

“er tapi aunty “ , mawar teragak , dia tidak ingin terjadi benda yang sama , tapi melihat wajah anak dan ibu , pastinya merekanya dari orang yang baik baik .

“alah akak jomlah mama saya pandai memasak sedap pulak tu ” potong anak perempuannya .

tergaru garu kepala mawar , “ er okay , kalau macam tu .

dalam kereta

“ akak , saya latina mikayla , umur 19 , panggil layla okay special untuk akak , lagi pun layla baru je sampai Malaysia tu masih kekok ” ujar mikayla .

mawar tergelak melihat reaksi comel layla dengan mukanya . oh patutlah teragak agak dia mencari bahan bersama ibunya tadi .

“ mawar anastasia , umur 22 , panggil mawar , em takyahlah akak , kita beza berapa je pun ?” ujar mawar sambil tersenyum .

“ tapi akak lagi nampak mature , cantik saya suka tengok mata akak yang coklat tu hihi , nampak perfect sangat , btw 4 tahun jauh tu “ mikayla tersengih .

“ ikut lah layla , akak okay je hihi .” mawar tersenyum , pandai juga dia puji aku kahkahkah .

“ seronoknya borak , tak ingat ye mama terus , nama aunty pula , maria wilson , umur 42 “ sampuk puan maria , mereka pun gelak ketawa dia dalam kereta yang dipandu oleh pemandu mereka .

patutlah anaknya layla cantik , diwarisi oleh ibunya yang juga cantik , kata hati mawar.

happy reading :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience