Bab38- kahwin

Romance Completed 12315

Hari yang ditunggu tunggu oleh semua orang , majlis tidak lama lagi berlangsung pada pukul lima petang, mawar mengenakan baju pegantin putih bercorak manik keristal dan berselendang bewarna putih .

makeup yang di pakainya membuatkan dirinya nampak lebih makin jelita dan anggun , rambut panjangnya di gulung menjadi sanggul , aksesori yang di pakai juga menampakkan kemanisan di wajahnya .

kawan kawannya teruja melihat mawar dan sempat berselfie selfie bagai , melissa yang baru habis pantang sampai dengan masturina ditangan nya

“ congratulations mawar “ memegang tangan mawar , mawar hanya mengangguk . mereka berempat mengambil gambar bersama sebagai kenangan.

“ hey masturina aunty nak kahwin dah , doakan aunty tau “ mawar mencium tangan bayi itu , di hatinya penuh dengan nervousnya .

melissa pun keluar dari bilik itu dengan hana , jenny pula mahu ikut tapi di tarik oleh mawar .

“ calm down mawar “ ujar jenny .

mawar memandang jenny

“ lelaki tu dia dah sampai ke ? “

“ siapa ? “ jenny dengan muka kerutnya .

mawar menepuk , “ kau ni lelaki tu “ ujar mawar

“ lelaki yang kau cakap tu suami kau tau , panggil elok elok macam laki kau tak ada nama pulak .” tegur jenny

“ eih yalah yalah , sampai dah ke bakal suami aku mikael ? “ mawar mencebik .

“ hahaha dah dia ada kat depan “ ujar jenny , membuatkan mawar semakin nervous . Puan maria pun masuk ke biliknya . jenny tersenyum dan meminta diri keluar .

“ mawar mari pergi dengan mama , cantiknya menantu mama , jadi isteri yang baik taat pada suami tau “ nasihat puan maria , mawar mengangguk tersenyum .

maka keluarlah mereka dari bilik semua yang melihatnya memuji kecantikkan mawar , mawar melihat mikael dengan baju melayu putihnya , serta samping menampakkan lagi kekacakkan yang dimiliki oleh lelaki tu .

mawar hanya tersenyum dan mikael membalasnya . “ oh mawar dia tidaklah seperti mana yang kau fikirkan “ ujar hati mawar berburuk sangka sungguh dia pada mikael .

sampainya mawar duduk disitu terus majlis dimulakan . mereka menandatangani dokumen dokumen . selesai itu terus lah ayah mawar bersalam dengan tangan mikael .

“ luth mikael bin luth mustafa , aku nikahkah kau dengan anakku mawar anastasia binti mateen dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai . ujar dato mateen .

manakala mawar berdebar namum tangannya diusap lembut oleh puan maria. puan maria tahu akan gementar yang dirasai oleh menantunya itu.

“ aku terima nikahnya mawar anastasia binti Dato mateen dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai . ujar mikael . ayah mikael hanya melihat dan menepuk bahu anak lelaki.

“ sah “ sah! . alhamdulilah . mawar tersenyum memandang orang disekelilingnya dan akhir sekali mikael .

tibalah waktu upacara pembatalan air sembanyang , mikael duduk di hadapan mawar , mikael menghulurkan tangannya , mawar menyambutnya dengan mencium tangan mikael lama kerana orang yang diupah sedang mengambil gambar mereka .

setelah itu mikael memegang dagu mawar dan mencium dahi mawar . mawar diam dia suka dibuat begitu lagi lagi dari suaminya .

mereka pun mengambil gambar dengan keluarga , ada juga hanya mikael dan mawar , banyak posing yang mereka lakukan apabila disuruh oleh jurukamera itu .

semua tetamu yang datang dijemput makan dan kawan kawannya yang membantu . mawar melihat mikael yang sedang makan ,

“ kenapa kau pandang pandang aku , hensem kan aku “ mikael mengangkat keningnya tangannya diregangkan dan diletak di bahu mawar .

dia mendekatkan wajahnya di muka mawar , mawar mencebik “ perasannya awak “ kata mawar . tapi dalam hati hahaha cuba teka .

“ cium cium cium “ hana yang gilanya datang tiba tiba , terus semua yang berada di situ mengikut hana .

“Bertuah punya kawan” Ujar hati Mawar . mikael tanpa segan mencium bibir mawar dan menyambung kembali makan . semua menjerit menyakat , mawar mencubit paha mikael , mikael menyeringai

“ sakitlah , kau ni “ ujar mikael berkerut mukanya

“ rasakan “ balas mawar , tak malu ke orang tengok .

ergh mahu meletup mukanya menahan rasa segannya . majlis bersanding mereka tidak dibuat mereka hanya selesaikan yang wajib sahaja .

selesai majlis mawar terus masuk ke bilik yang dibuat oleh pembantu ayahnya mawar . lawa uish siap ada bunga bunga love lagi , mawar memegang bunga itu dan melempar lemparnya , sewel kau ni mawar .

mikael? dia sedang berbicara dengan rakan rakan dan rakan sepejabatnya , kawan kawan mawar pun sudah balik selepas mengucapkan taniah padanya dan menyakatnya , ibu bapa mikael juga sudah balik selepas mereka berbual bual , mawar tersenyum .

“ gila dah ke senyum sorang sorang “ datang mikael yang tiba tiba.

“ kus semangat boleh tak ketuk dulu ke bagi salam ke , ni terus datang tiba tiba “ kata mawar melihat muka mikael yang selamba .

“ ngeh ,dah aku nak mandi, ambil tuala aku isteri” ujar mikael yang masuk ke bilik mandi , mawar mengambil dan memberikan pada mikael .

apabila mawar memberi tuala pada mikael , mikael menarik kain itu tetapi dengan tangan mawar sekali ditarik oleh mikael , tidak sempat menarik tangannya semula mawar sekali masuk ke dalam bilik mandi itu . Dia mengunci pergerakkan mawar di belakang pintu bilik mandi itu.

“eh basahlah saya , pergi jelah mandi” mawar menolaknya perlahan. mikael memegang kedua belah tangan mawar dengan satu tangannya ,

satu belah tangannya lagi membuka butang baju melayunya terbuka sehingga menampak dada lelaki itu . mawar yang melihatnya “ dia nak goda aku ke “ ujar mawar dalam hati .

tipu mawar tidak berdebar dengan aksi lelaki di depannya ini , saja dia berlagak tidak gementar .

merasa mikael semakin melonggarkan pegangan terus mawar menarik tangannya lalu memulas tombol dan keluar dari bilik mandi itu .
“ ergh gilanya “ mawar terus berlari keluar bilik tiba tiba dia terserempak dengan maid ayahnya yang melihatnya , mawar hanya tersenyum senyum menunduk .

ish mikael ni , lain macam perangai dia aku tengok . malu orang yang lalu lalang melihatnya mawar masuk balik ke dalam biliknya .

lelaki itu masih mandi kerana kedengaran air yang mengalir , mawar duduk melihat jendela , dia teringat arwah ibunya dan makjah

“ mak , makjah , mawar dah kahwin , mawar akan jadi isteri yang setia macam mak dan menjadi taat seperti makjah serta menjadi penyayang seperti ibu mentua mawar “ senyum mawar . air matanya mengalir . mendengar pintu seperti dipulas mawar mengusap air matanya .

“ dah pergilah mandi “ kata mikael sambil mengeringkan rambut basahnya .

“ sengaja betul tayang muscle dia aku gigit kang “ ujar hati mawar . mawar pun bangun dan menuju ke tandas sempat mikael mengacahnya .

“ eih asal dengan dia ni “ mawar ketawa terkekek apabila masuk ke dalam tandas tetapi tawanya berhenti .

“ hmm baju ni zip belakang pulak “ mawar membuka pintu perlahan kelihatan mikael berada di depan mukanya , mawar tersenyum paksa dan menutup tapi tidak sempat tangan mikael masuk .

“ dah tahu zip tu belakang minta tolonglah , pusinglah aku tolong bukakan “ kata mikael selamba . “ dia ni cubalah fahami aku yang tengah segan ni asal dia selamba je “ ujar hati mawar .

“ tapi saya malulah ! “ ujar mawar

“ apa nak dimalunya aku suami kau , cepatlah “ balas mikael . mawar menarik nafas dia memusingkan badannya .

mikael apa lagi dia mencapai zip dan membukanya secara perlahan ,
selesai membuka mikael terasa sesuatu dihatinya tetapi di tahan , dia menyentuh badan mawar yang terdedah , mawar yang merasa terus menghadap ke depan tersenyum.

“ terima kasih awak “ mawar terus menutup pintu . Dia hampir terbuai dengan sentuhan mikael padanya . terus dia memanjakan dirinya di dalam tab .

kemudian siap dia keluar dan memakai baju pyjamasnya , dia melihat mikael yang bersinglet duduk memandang telefonnya .

mawar yang hendak keluar untuk melihat ayahnya , berhenti mikael memanggilnya “ kita pergi sama sama “ mawar mengangguk .

mereka melihat ayahnya sedang bercakap dengan farhan selaku pemandu ayahnya ,
“ selamat pengantin baru encik mikael dan mawar “ farhan berkata . mikael mengangguk manakala mawar tersenyum manis

“ thankyou farhan “ ujar mawar senyum dan di balas farhan .

mikael hanya melihat dan berjalan ke arah dato mateen “ baba kami kenyang tadi makan , saja kami keluar tengok , kalau macam tu kami masuk tidur dulu ya baba “ kata mikael mengenggam tangan mawar. mawar memandangnya pelik , mikael menjegilnya .

“ ya baba kami masuk dulu “ ujar mawar . selepas ayah mawar mengucapkan selamat pengantin baru , mawar menyalami dan mereka pun masuk ke bilik .

“ esok kita pergi kat rumah aku , kita tinggal sana” ujar mikael , mawar hanya mengangguk .

“ okay tidurlah “ mawar pun menghelah nafas .
” huh nasib dia tak minta hak dia , penatnya hari ni “ ujar hati mawar .

mendengar nafas mawar seperti melepaskan sesuatu
“ kenapa ? kau minta ke , jom “ usik mikael .

“ eh mana ada , dah tidur tidur ” terus mawar membaringkan dirinya lalu menutup matanya .

mikael yang memandang mawar menutup mata tersenyum diam.

happy reading ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience