Bab23 - teguran

Romance Completed 12315

malam menghampiri sudah pukul 8 lebih tapi mawar tidak balik balik lagi sebab disuruh tunggu oleh mikael.

“ er sakit makjah , ah jangan jangan! dah mawar tak nak sakit “ rintih mawar apabila kakinya diurut urut oleh makjah . Makjah menggelengkan kepalanya .

“ bibir tu meh makjah tuamkan dengan ais “ kata makjah.

“ tak apa makjah , mawar boleh buat sendiri , sian makjah , kerja mawar asik menyusahkan makjah. “ mawar mengesat air matanya kerana menahan sakit kakinya diurut oleh makjah .

“ makjah lagi seronok ada yang temankan makjah tau disaat tua ni , makjah gembira . Ujar makjah nampak keikhlasan pada orang tua dihadapannya ini .Mawar mengajak makjah melihat bintang . makjah pun turutkan juga . mereka melihat di awan yang dipenuhi bintang.

“ makjah ada satu rahsia ni mawar dah lama pendam , makjah nak tahu mawar dah pasti yang mawar dah jatuh hati pada mikael , mawar tahu kitaorang bagai langit dan bumi , tak mungkin bersama tapi apa salahnya berangan , berangan kan seronok . makjah ? makjah tak terkejut ke dengar luahan hati mawar ni ? “ pelik mawar .

“ mawar , kalau nak tahu , makjah dah tahu dah , makjah dah nampak gaya mawar suka dengan mikael tu , sebab tu makjah tak terkejut , makjah pun perempuan , dah makan garam dari kamu “ gelak makjah .

“ uiyo ni mesti makjah suka diam diam dengan suami makjah dulu “ sakat mawar

“ memandai la kamu “ makjah mencuit pinggang ramping mawar .

Dia teringat akan arwah suami yang dicintainya . walaupun tidak dikurniakan zuriat kerana rahimnya dibuang , suaminya tetap setia dengannya sehingga suaminya diambil semula ke penciptanya . terasa hangat air mata makjah keluar . mawar yang nampak dia mengesat air mata makjah. makjah sudah menceritakannya tentang perjalanan hidupnya pada mawar . makjah tersenyum .

“ tapikan makjah , mawar dah mula sedar siapa diri mawar dan di hadapan makjah juga , mawar nak lupakan , hapuskan segala perasaan mawar pada dia walaupun mengambil masa untuk melupuskan perasaan ini , lagipun dia dah ada gadis pilihan dia , sofea cantik orangnya , cuma perangai dia tak kena . mawar tak nak bertepuk sebelah tangan sebab hati ni pedih menerima . “ ujar mawar , makjah mendengarnya dan dia turut memegang tangan mawar

“ makjah , sofea tu siapa?” tanya mawar . Dia ingin tahu siapa gadis itu .

“ sofea , dia kekasih mikael tapi dia menghilangkan diri tiba tiba dalam 3 tahun macam tu dan dari situ mikael mencarinya sampai peranginya berubah , dia kuat marah , mikael dulu baik orangnya sebelum
berubah sebegini . “

mawar hanya mengangguk

“ patutlah dia marah betul tadi .” fikir mawar.

“ tapikan makjah harap sangat mawar dengan mikael secocok hehehe .”ujar makjah pada mawar . mawar hanya menggeleng tak mungkin makjah .

Pada waktu itu juga tahi bintang melintasi mereka . mawar tidak perasan tapi makjah perasan. makjah mengingati zaman remajanya dulu dia suka membuat hajat apabila ternampak taik bintang melintasi di rumahnya.

“ jom , nanti masuk angin kaki tu , malam ni mawar tidur dengan makjah jelah , ada lebihan baju dekat sini , mikael macam tak balik je , yalah daripada mawar kena marah semula sebab balik tanpa kebenaran dia “ ujar makjah . Dia risau mikael menampar mawar tadi tak mustahil kalau dia buat benda yang sama jika mawar melanggar arahannya.

“ okay makjah , terima kasih “ balas mawar tersenyum walaupun pedih di bibirnya dan hatinya . Dia terus mandi , kerana tidak selesa darah sofea yang masih di bajunya .

akibat keletihan dengan sakit di bibir serta kakinya , dia tertidur pulas , manakala makjah hanya melihat dan turut tertidur juga kepenatan .

mawar terbangun dari tidur kerana tekaknya haus , dia ingin mengejutkan makjah tapi memikirkan dia telah menyusahkan makjah beberapa kali , tidak sanggup dia mahu menyusahkannya lagi .

Jadi dengan sendiri mawar berdiri dan menahan perit di kakinya yang terseliuh , dia berjalan dengan perlahan sesampainya di dapur , dia tidak menghidupkan lampu kerana dia hanya mahu minum saja . Oleh sebab cawan terletak di rak mawar harus berjungkit macam selalu .

Dia cuba mencapai cawan itu tapi tidak dapat huh .

“ takkanlah aku nak kejut makjah “ pikir mawar . aduh kering tekak macam ni.

“ haih hausnyaa “ kata mawar perlahan .

sebaik berpatah balik alangkah terkejutnya dia melihat sesosok hitam , dia mahu menjerit tetapi dia menutup mulutnya , takut orang di rumah ini terbangun . Dia takut terus dia bersandar duduk di dinding . sakit kakinya kerana terlalu bergerak banyak . pecah juga tangisannya .

“ Ya allah kalau hari ini la hari terakhir ku hidup di dunia ini , kau pertemukanlah aku dengan ibu ku , amin “ ujar mawar sempat membaca doa dengan nada perlahan.

sosok hitam itu semakin mendekat , mawar menutup kedua matanya , dia tercium wangi perfume yang dia kenal.

“ Tuan ? “ ujar mawar untuk mengenal pasti.

happy reading ✨ :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience