Bab12 - selamat

Romance Completed 12315

Oleh sebab mata mawar kabur akibat air mata yang deras mengalir dia tidak nampak siapa yang dilanggarnya , mawar terus memeluk dan menyuruh orang yang dipeluknya mengeluarkan dia dari sana segera .
tanpa sebarang kata lelaki itu dengan diam membawa dan memeluk gadis itu keluar dari situ . Ya , dia cam akan gadis itu , tapi dia tertanya kenapa gadis itu datang ke tempat sini .

Gadis itu tertidur di dalam pelukan lelaki tu , mungkin kerana kelelahan sehingga tidak sedarkan diri . lelaki itu terus mendukung dan membawanya keluar dari club itu .

Pucat muka gadis itu dan membengkak mungkin kebanyakkan menangis . tangan yang membengkak dari mata kelihatan jelas mesti ada pertelingkahan sewaktu berada di club pada seminggu lepas . Ya seminggu , walaupun gadis itu sudah sedar dia hanya mendiamkan diri tidak mau bercakap apa , bila bercakap sepatah sepatah juga yang keluar. itu yang diceritakan oleh makjah merangkap bibik .

mawar masih berfikir akan kejadian yang ditimpanya dia ingin bertemu hana si gadis itu . Dia syak hana menyorokkan sesuatu daripada dia. oleh sebab penat melayan perasaan , mawar menutup matanya untuk menghilangkan rasa pening di kepalanya.

lelaki itu diam melihat gadis itu sehingga gadis itu terasa seperti ditenung lama oleh seseorang lalu dia membuka mata , terpampang wajah lelaki itu . Termenung dia melihat wajah lelaki itu .

“ awak !? , awak ke yang tolong saya ? “ kata mawar , berkaca mata mawar tunggu dikerdip terus mengalir air matanya .

“ kau buat ape kat sana , perempuan ? “ tanya lelaki itu

“ sa .. saya dianyai “ , mawar menunduk .

“ dianyai ? habis yang kau bodoh sangat ikut lelaki tu asal? ,” marah lelaki tu .

“ sa .. saya tak tahu , saya tak sangka akan jadi macam ni ” kata mawar kesal akan kebodohannya .

“ dah tahu diri tu perempuan jangan ikut , setan tu banyak , lain la kalau kau nak jadi perempuan murahan .” perli lelaki itu.

mawar memandang wajah lelaki itu , dia tahu dia bodoh tapi jangan lah sampai cakap macam tu aku ni ada hati dan perasaan . huh dasar lelaki .

“ Saya nak cari kerja , sebab tu lah saya ikut dia , lagipun masa tu saya ada dengan kawan saya , oleh sebab emergency dia terpaksa pergi , lagi pun mereka berkenalan jadi saya rasa malik memang baik . “ kata mawar

“ emergency ke ? khianat kawan ? kawan sekarang bukan boleh percaya ,” kata lelaki itu yang membuatkan mawar mengerutkan dahinya.

“ malik? , heran lelaki itu , apa yang setan tu cuba buat lagi ni “ , hati lelaki itu berkata .

nisa , nisa , aku harap kau tak menipu aku nisa , aku percayakan kau . hati mawar berkata .

“ mawar , mawar anastasia , kau belum kenal lagi aku siapa , sayang , hentak kepala abang pun abang rela sayang hahahaha .“ kata malik yang kepalanya dibalut akibat pasu yang dihentak ke kepalanya oleh mawar. Dia semakin tertarik akan kedegilan gadis itu.

:) enjoy .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience