Bab33 - makjah

Romance Completed 12315

2 minggu berlalu , keakraban mawar dan ayahnya semakin rapat dan semua kerana mikael yang mempertemukan dia dan ayah pada waktu itu , mawar tersenyum .

Makjah yang selalu ditepinya tersenyum melihatnya , dia terbatuk batuk , mawar yang terkejut mendengar batuk itu mendekat pada makjah

“ makjah , makjah okay “ mawar yang mengusap ngusap belakang makjah.

“ makjah okay “ makjah terbetuk sekali lagi , dia menyuruh mawar menjauh darinya .

melihat tangan makjah ada darah mawar menjerit “ makjah , ma .. makjah kenapa ni ?! bagitahu mawar makjah “ mawar mula menangis , cukuplah dia kehilangan ibunya , dia tidak mahu makjah pula pergi .

mawar terus pergi ke bilik mikael walaupun namanya dipanggil panggil oleh makjah , mikael cuti pada hari ini .

mawar mengetuk pintu mikael dengan kasar , mikael yang tengah mengeringkan rambut mendengar ketukan dia terus pergi ke pintu dan membuka .

“ apa? “ tanya mikael .

mawar tidak kisah ternampak badan lelaki itu dia terus masuk ke dalam bilik lelaki itu , dia terpegun juga melihat dan sempat melihat gambar poloroid yang melekat di dinding , sofea dan mikael .

cemburu mula hadir tapi mawar perlu pentingkan makjah.

Dia mendengar juga mikael yang menjerit . Dia mengambil baju dan menyuruh mikael pakai , mikael pun menuruti walaupun di hatinya dipenuhi amarah kerana gadis di depannya sesuka hati masuk ke dalam biliknya .

“ kau asal , kau dah tak nak hidup ke “ marah mikael .

“ saya tak kisah sekarang ni , saya lagi tak nak hidup kalau terjadi apa apa pada makjah.” balas mawar . Dia menahan air matanya . Dia menarik lengan mikael .

” tunggu kat kereta saya bawa makjah .” ujar mawar , mikael diam dan menunggu di dalam kereta .

“ makjah jangan degil makjah kita kena pergi hospital , mawar tak kisah berapa kena bayar , mawar ada duit “ mawar menarik makjah membawa masuk makjah ke dalam kereta . mikael terus ke hospital .

sesampainya , makjah terus berada di dalam wad , mawar menunggu dia luar , dia mengesat setiap kali air matanya keluar merembes , mikael yang melihatnya mengeluarkan sapu tangan yang selalu dibawanya , mawar hanya mengambilnya .

“ Terima kasih tuan sebab tolong saya bawa makjah . “ ujar mawar dia hampir lupa tentang lelaki itu kerana memikirkan makjah.

“ hmm “ balas mikeal . tiba tiba seorang doktor memanggil , “saya anak dia” , mawar berkata.

“ Apa sebenarnya penyakit dia , doc? “ mawar bertanya pada doctor lelaki itu .

“ maaf , dia menghidap kanser , tahap nya sudah ke stage 4 , hanya 50/50 peratus kebergantungan hidupnya .” berdentum jantung mawar . mawar menangis mikael bertanya

“ tiada cara lain untuk memulihkan kanser itu supaya tidak merebak “ tanya mikael . Dia juga turut risau kerana makjah menjaganya dari dia kecil .

Mawar teringat , patutlah kebelakangan ini makjah mengajak mawar berjalan jalan bersama sama , membaca surah surah . Dia sayangkan orangtua itu yang seperti ibunya .

“ seperti yang saya kata , bergantung pada pesakit yang menahannya dan keaktifan jangkitan yang merebak ke organ organnya , kami telah cuba memberinya ubat penahan bagi melambatkan penyebaran . ” kata doktor itu dia juga turut sedih melihat penjaga pesakit itu menangis . Doktor itu meminta diri dan terus meninggalkan mereka berdua

mawar teresak esak menangis , mikael yang ditepinya memeluk mawar disampingnya , mawar hanya membiarkan . Dia perlukan seseorang untuk memberikannya kekuatan . setelah meminta kebenaran untuk melihat makjah . Mereka mengetuk pintu , mawar terus ke makjah ,

“ makjahhh!! kenapa makjah tak bagitahu mawar , makjah sakit begini “ makjah memandangnya tersenyum. Dia sudah tahu tentang kansernya , sudah beberapa bulan yang lalu .

“ sebab bila makjah bagitahu mesti mawar paksa makjah pergi hospital tengok macam sekerang “ makjah berkata dia tergelak paksa , dia mengelus rambut panjang mawar .

“ Mawar sayangkan makjah , mawar sanggup bayar , makjah tak sayangkan mawar ke , makjah nak tengok mawar sorang sorang “ ujar mawar menangis .

“ mawar , makjah tak pernah nak tinggalkan mawar , sakit makjah dah kritikal , makjah dah tahu , makjah cuma nak tengok mawar bahagia , terima kasih sebab anggap makjah mak mawar , sentiasa dengan makjah , biarlah makjah pergi berjumpa dengan suami makjah yang tercinta , bolehkan mawar? “ makjah memegang wajah gadis itu untuk mengesat air mata gadis itu .

tersenyum makjah , mawar hanya menangguk dalam tangisannya , jika itu makjah inginkan , air matanya turun dengan lebat seperti hujan yang sekarang membasahi bumi , mawar menangis di tepi makjah sambil mengenggam tangan makjah .

mikael yang ditepi menghampiri makjah .

“ Makjah , mikael nak minta ampun jika mikael buat salah , kecilkan hati makjah, terima kasih sebab jaga kami sekeluarga lagi lagi mikael dan mikayla , mikael sayang makjah “ mikael mencium tangan makjah , mawar hanya melihat bersama tangisannya .

sebulan berlalu ,

Pihak hospital membenarkan makjah keluar kerana tiada harapan untuk disembuhkan. makjah hanya memakan ubat penahan . mawar yang selalu menjaganya , seperti mana dia menjaga ibunya dahulu.

semua yang mengenal makjah tahu akan sakit yang dihidapi makjah , mereka turut bersimpati dan memohon maaf termasuk ayah mawar . mereka kerap bertemu makjah .

Mereka juga tahu mawar sudah bertemu dengan ayahnya , tuan luth dan isterinya tidak salah orang memang mawar dan ibu mawar yang dato mateen cari , dan puan maria sempat menangis mengenangkan kawan baiknya yang sudah pergi .

Kini makjah hanya tinggal di rumah mawar . mawar meminta cuti sementara menguruskan makjah , mawar memandikan makjah .
“ hmm wanginya makjah “ kata mawar . Dia mengambil kain dan mengelap badan makjah .Dia bawa makjah ke bilik tetamu dan membaringkan makjah di situ . makjah tersenyum melihat mawar .

Mawar menyisir rambut makjah yang selalu ditutup dengan tudung , kebanyakkan keguguran sehingga segumpal , mawar sebak tetapi ditahan dia tidak mahu lemah di hadapan makjah . makjah tersenyum kerana mawar menjaganya di saat saat terakhirnya .

“ makjah nak makan tak , bubur ayam ni special untuk makjah yang cantik dan wangi , buku mulut makjah aaa .. aa “ kata mawar sambil sudunya mengarah ke mulut makjah .

Makjah hanya membuka mulutnya , berat badan makjah semakin turun , dan dia tidak banyak bercakap , dia tersenyum , kadang kadang ternampak mulut makjah bergerak mengikuti mawar yang membaca surah yasin dan surah yang lainnya apabila mereka solat dan berselawat .

Mawar mengusap air mata makjah , dia tersenyum memandang makjah . melihat makjah sudah tertidur pulas , mawar berada di tepinya dia juga tertidur .

Pada pagi itu sebelum subuh mendatang , kedengaran suara makjah memanggilnya serak serak , mawar terbangun dia melihat makjah seperti mahu bercakap sesuatu .

mawar mendekatkan telinganya di mulut makjah , makjah mengatakan terima kasih kerana sudi menjaganya , bersamanya , dia bahagia , dia juga mahu mawar bahagia ,tidak sabar lagi dia menemui suaminya tercintanya dan dia menyuruh membacakannya surah yassin .

mawar hanya mengangguk dan menggenggam tangan makjah bersama air matanya yang bergenang .

mawar menelefon semua ahli keluarga untuk datang , kesemua mereka datang termasuk mikael membaca kan surah yassin , mawar berada di tepi makjah kelihatan nafas makjah semakin kasar di pendengaran mawar . sebak semakin menghurung di hatinya.

Mawar tahu sudah sampai masanya , mawar semakin rapat ke pangkalan telinga makjah semua orang yang melihatnya mengeluarkan air mata .

mawar menolong makjah untuk mengucapkan dua kalimah syahadah perlahan , makjah mengikut , mawar mengusap kepala makjah yang dilapik tudung itu .

Sehabis membaca ayat itu , tiada lagi kedengaran nafas makjah , mawar menangis teresak esak dia tidak dapat membendung kesedihannya . mikayla dan puan maria yang berada di tepinya memegang bahu mawar.

“ innalilahwainalirojiun “ serak mawar bersuara . Mawar mengingati kenangannya bersama makjah . Semoga makjah tenang di sana bersama orang yang beriman dan bertemu dengan suami tercinta .

Mawar menutup wajah makjah dan tubuh badan makjah dengan kain . Ayah mawar datang memeluk mawar .
“ baba “ ujar mawar .

Happy readingg ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience