Bab5 - hidup diteruskan

Romance Completed 12315

Hidup perlu diteruskan.

Dua minggu berlalu , mawar semakin kuat menghadapi cabaran , ujian dalam kehidupannya tanpa ibunya . Dia perlu terus mengumpul rezeki untuk menampung hidupnya .

Semasa bekerja , mawar tanpa sengaja menumpahkan kopi ke baju seseorang kerana dilanggar oleh melissa . Melissa terus berlari ke arah belakang.
“ AHAHAHA , mawar mawar . Kau hadap lah dugaan depan kau tu “ . Kata melissa yang tersenyum sinis .

“ Kau buat apa tu , mel ? “ Kata jennyfer .

“ Kau nak tahu something tengok tu , perempuan tak tahu malu tu “ kata melissa sambil menunding jari ke arah mawar .

“ mel , tak baiklah “ Jenny menggelengkan kepala.

“ kau kawan aku ke kawan perempuan tu ? “ dengus Melissa sambil meninggalkan Jenny terpinga-pinga.

Melissa sememangnya tidak menyukai mawar semenjak mawar mula berkerja , kerana semua orang memberi tumpuan pada mawar . Dia juga cemburu kerana mawar dianugerahi wajah yang cantik , rambut hitam panjang sampai ke pinggang dan ayu yang diwarisi oleh ibunya . Dari situ dia tekad untuk membuat mawar berambus dari sini .

“ maaf encik , ada orang langgar saya “ kata mawar .

“ aduhai kau ni buta ke apa!! habis baju aku! aku da nak cepat! tepilah kau !! . kata lelaki itu sambil menunjal kepala mawar .

“ auch .. hensem dah hensem , berpakej tapi perangai macam .. “ bebel mawar

“ Mawar ? kenapa ni ? takkanla angkat air pun sampai macam ni ? hilang customer vip saya ! jumpa saya dekat bilik saya , sekarang ! “. Kata Encik Amran merangkap bos

“ bai .. baik saya datang .. “ kata mawar .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience