Bab34 - setuju

Romance Completed 12315

Mawar memandang kubur dihadapannya , peristiwa 8 bulan lepas menerjah di pikiran seperti mana dia juga merasa kehilangan ibunya kini makjah pula meninggalkan , dia juga redha kerana dia tahu mereka berdua bahagia berada di syurga .

kubur yang ditanam adalah bersebelahan dengan kubur suami tercinta makjah sesuai dengan permintaannya pada mawar sebelum ajalnya sampai.

Masing masing mula beredar dan ayahnya juga mengajak tapi mawar menyuruh ayahnya pulang dahulu selepas menyalami ayahnya. Puan Maria memeluknya serta mikayla , tuan luth hanya tersenyum hambar .

Setelah itu mereka juga beredar. Kini hanya tinggal Mawar dan Mikael yang berada di situ .

“ tak baik meratapi orang yang dah pergi “ kata mikael yang bersandar di pondok berdekatan.

“ saya bukan meratapi , saya terkilan orang yang saya sayang mesti akan pergi “ ujar mawar .

“ dah dah kalau makjah tahu mesti dia sedih tengok kau macam ni “ ujar mikael yang melihatnya.

mawar tersenyum paksa memandang mikael , dia pun bangun membawa surahnya di dalam genggaman tanggannya .

Mikael pun membawa mawar menaiki keretanya , mawar memandang kebelakangnya sekali lagi dan dia seperti ternampak bayang bayang makjah mengucapkan terima kasih , mawar hanya mengangguk dan masuk ke dalam kereta .

Seminggu kemudian , setelah pemergian makjah.
Rindu akan makjah yang selalu menyakatnya serta Ibunya yang juga suka memanjakannya . Dia tersenyum mengingat memori-memori yang indah tidak dia lupakan.

“ Sunyinya “ kata mawar dia meletakkan mop dia dinding sekejap , mawar meregangkan otot badannya , dia melakukan exercise , tetapi exercise itu menunjukkan seperti mawar mahu menumbuk seseorang . mawar tersenyum melihat karenah gilanya .

mikael yang memandang apa kejadahnya nya perempuan ni buat. sempat lagi dia merakam video untuk mengenakan si mawar.

“ oi gila dah ke “ tanya mikael

mawar tergelak “ exercise tuan “ senyum mawar .

“ mana sarapan aku “ tanya mikael . mawar menunjuk di atas meja .

“ macam mana dengan yang aku suruh kau fikirkan tu , banyak masa dah aku bagi “ tanya mikael tanpa memandang mawar .

“ hm , saya setuju tuan , tuan dah banyak bantu saya “ mikael sudah banyak membantunya , dia juga sudah berfikir seminggu ini , mungkin inilah jodohnya , mikael baik baik saja walaupun sikap dinginnya masih ada .

“ bagus nanti aku jumpa baba kau “ kata mikael

“ baik tuan “ mawar terus memyambung kerja yang tertangguh . Hatinya berdebar betulkah keputusannya ini .

mikael yang siap bersarapan , terus berdiri sempat dia mengerling ke mawar.

Mikael tersenyum senget dan terus keluar dari rumah .

happy readinggg ✨ >3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience