pada pagi itu mereka terus bersiap siap mawar sudah menunaikan solat , mikael hanya tidur mawar ada juga membangunkan tapi dia pula di marah , mawar harap suaminya itu berubah .
hari ini mikael cuti kerana diberi peluang bersama mawar . mikael hanya mengambil cuti 2 hari kerana mereka tidak akan pergi honeymoon , dan mawar pelik dia pun hanya diam .
3 minggu berlalu
mawar menyediakan sarapan untuk mikael
seperti biasa , dan mikael seperti melayannya sama seperti kerjanya yang sebelumnya , mawar pun berfikir baik baik dia tidak mahu lagi bersangka buruk .
setiap hari mawar menyalami mikael sebelum berangkat dan sewaktu pulang , tetapi mikael tidak pernah mencium dahinya sejak pulang ke rumah ini , mawar terkadang mencari mana salahnya .
layanan mikael padanya berubah tidak lagi semacam hari pertama mereka bergelar suami isteri ,sofea ? di mana perempuan itu sudah lama dia tidak nampak .
oleh sebab dia ada masa terluang , dia mengunjungi rakan rakannya dan ayahnya , seiring itu dia mula mengajak bicara pada pada isteri ayahnya selaku ibu tirinya .
mula mula ibu tirinya hanya diam tidak melayani mawar yang bercakap dengannya , mawar sering mengajak ibu tirinya itu berbual lama kelamaan kedengaran suara keluar dari ibu tirinya , dan itu membuatkan dato mateen gembira .
“ terima kasih mawar tolong rawat isteri ayah walaupun isteri ayah bukan ibu mawar “ ujar dato mateen sambil mengusap rambut anaknya .
“ sama sama baba dia pun ibu mawar sebab dia kahwin dengan baba “ senyum mawar .
“ mawar bahagia dengan kehidupan mawar ? “ pertanyaan itu membuatkan mawar terdiam sekejap dan mengangguk senyum pada ayahnya .
tanpa disedari ayahnya , mawar mengalirkan air matanya . dia sedih mikael hanya menganggap nya seperti patung yang tiada perasaan , sedangkan hatinya begitu mencintai suaminya .
bulan berganti bulan , sudah mahu masuk ke tahun baru , namun perangai mikael masih sama , mawar berasa tersiksa diperlakukan begini
dia juga perasan akan layanan ibu mentuanya ibu mikael , ada juga suaminya , luth mustafa dan mikayla menegur cara isterinya melayani menantunya , mawar berkecil hati tapi dia cuba menjauhkan diri dari perasaan itu .
tahun yang baru , bulan januari merupakan bulan di mana hari jadinya mendekat , mawar berdoa agar mikael menerima hatinya dan melembutkan hati ibu mentuanya .
dia mendapat ucapan dari kawan kawannya , ayahnya serta mikayla dan tuan luth , tetapi mikael tiada satu pun ucapan untuknya . mawar hanya berteleku memandang kek yang baru dibuat untuknya .
“ happy birthday mawar anastasia “ mawar meniup lilin itu , dia pun makan dan baki yang ada dia letakkan ke dalam peti ais . sewaktu itu juga mikael balik , lewatnya dia balik
“ awak dari mana ? “ tanya mawar , mikael hanya berlalu .
“ saya tanya awak! dah berapa bulan kita macam ni sampai masuk ke tahun baru , kenapa awak tiba tiba berubah , awak tak fikir ke perasaan saya ? “ mawar menarik tangan mikael . mikael memandang mawar yang menangis.
“ sebab aku tak pernah anggap kau .. “ belum habis bercakap ada orang menelefon mikael .
mikael terus meninggalkan mawar yang teresak esak ,
“ kenapa mikael ? hati saya sakit diperlakukan begini ! siapakah saya dalam hati awak ? “ mawar longlai dia berpaut pada meja yang berdekatan dengannya .
mawar terus memasuki biliknya , dia sudah lama tidur berseorangan , dia menangis , dia lemah , dia tidak kuat , hatinya sakit bagai dihiris hiris . ingin saja dia menjerit memberitahu satu dunia yang hatinya koyak rabak .
pada esoknya mawar hanya menyediakan sarapan dan berlalu pergi keluar untuk menenangkan dirinya , petang itu dia termenung melihat ke pantai di depannya , sikit sedikit membantu dirinya untuk bertenang . seseorang menegurnya dari belakang .
“ farhan “ ujar mawar.
tak lama lagi , dah nak tamat
Share this novel