Bab32- Penjelasan

Romance Completed 12315

Seperti biasa mawar bila hendak balik mesti dihantar oleh mikael , mikael senyap sahaja dan suasana itu membuat kan mawar juga turut tersenyap .

“ cuba la pasang lagu sikit , ni macam dekat kawasan larangan bercakap je , senyap je dari tadi “ ujar hati mawar . Dia tidak tahan lagi dengan suasana yang senyap ini , dia memulakan bicara

“ Hm , kerja macam mana hari ni awak? “ tanya Mawar . Mikael memandang mawar “ okay “

“ oh “ jawab mawar . “ okay je “ pendeknya jawab . mawar melihat mikael yang semacam memikirkan sesuatu , mahu dia bertanya tapi itu bukan urusannya . kan tak pasal pasal aku kena marah.

“ jom kahwin “ soal malik . Mawar yang mendengar “ aku silap dengar ke “ ujar hati mawar .

“ kau dengar tak ?” tanya mikael .

“ awak kalau awak nak buat lawak , ni sumpah tak lawak “ gelak mawar , kasar juga lawak lelaki ni .

“ aku serius “ kata malik , mawar terus terdiam.

“ er kenapa tiba tiba “ tanya mawar . pelik mawar semuanya tiba tiba .

“ aku nak kahwin je , kau fikirlah dulu “ balas mikael.

Mawar memandang mikael , dia ingat kahwin tu main main ke sofea dia nak campak mana , tapi baguslah minah tu tak kahwin dengan dia , sebab mesti mikael kecewa bila dapat tahu sofea curang ada orang lain dan mawar inilah peluang kau ,

aduh mawar kau kena pikir sebab benda ni infect kat kehidupan kau . Mawar menggelengkan kepala dia , dia harus berfikir dulu sebelum membuat keputusan . Sedang dia berfikir dia memandang ke hadapan , “ aik ini bukan jalan balik rumah aku , dia nak melencong ke mana ni “ ujar hati mawar .

“ awak kita salah jalan lah “ . mawar memberitahu . “ kejap , nanti kau tahu lah kita pergi mana “ balas mikael . Akhirnya sampai juga mereka ke rumah yang seperti ala ala istana , eh dia ni buat apa pergi dekat sini , nak cakap rumah makbapa dia bukan .

“ apa lagi kau tercegat kat situ , keluarlah “ arah mikael .

“ kita buat apa ha kat sini , jomlah balik “ ajak mawar . Gila ke datang rumah orang , dah tak kenal siapa yang duduk kat sini .

“ ikut je aku “ mikael memegang tangan mawar . Mawar melihat tangannya digenggam , mawar berkata dalam hati , “eh asal romantik sangat ni cair juga aku “. Mawar pun mengikuti mikael apabila tangannya ditarik .

seorang maid datang menyapa mereka “ ye , siapa ? ” sah memang cari nahas datang rumah orang . ujar hati mawar .

“ cakap kat dato , mikael datang “ maid itu terus mengizinkan mereka berdua masuk .

“ kejap saya panggil dato “ kata maid itu . Mikael mengangguk .

“ Dato ? apa benda ni awak ? Mawar mencuitnya . Mikael menyeringai “ sabarlah kau ni , aku campak kau kat kolam tu kang . mawar mencebik “ yelah yelah “

“ Mikael “ ujar dato mateen , mereka berdua memandang.

“ baba? “ ujar mawar . Mawar menghampiri ayahnya lalu menyalami tangan ayahnya , ayahnya memegang kepala anak gadisnya itu . mikael datang ke arah dato mateen dan bersalaman dengan ayahnya mawar.

“ terima kasih sebab bawa mawar ke sini “ ujar dato mateen ke mikael . mikael menangguk . mawar heran melihat mereka berdua . Dia mahu bertanya tapi terbantut , dia berfikir mungkin ini lah masanya untuk dia mendengar penjelasan ayahnya .

“ jom ikut baba , mawar . Baba explainkan semua yang terjadi , mikael marilah ikut sekali . mereka berdua mengikuti masuk ke dalam rumah dato mateen .

Dato mateen menceritakan semua yang terjadi . Pada mulanya , Dato Mateen bertemu dengan ibu mawar , mereka saling mencintai , ibu mawar hanyalah orang yang sederhana tetapi tidak sikit pun melunturkan rasa cinta dato mateen pada ibu mawar sharmila zaskia , cantik namanya seperti orangnya.

Akibatnya perkahwinan mereka tidak direstui oleh orang tua Dato Mateen . Oleh sebab itu Dato Mateen keluar dari rumah dan memulakan hidup dia bersama dengan ibu mawar di rumah kepunyaan dato mateen , mereka dikurniakan anak perempuan iaitu mawar anastasia mereka amat gembira dan bersyukur.

Tetapi tidak sampai 3 tahun rumah tangga mereka mula rapuh kerana bekas tunangnya dato mateen tidak dapat menerima kenyataan , habis disebarkan fitnah tentang hubungan dato mateen dan ibu mawar , Hal itu membuatkan ibu mawar berasa kecewa pada orang orang disekeliling yang mengatakan anak yang dilahir itu ada lah dari sebuah perhubungan yang haram .

Setelah itu ibu mawar memujuk dato mateen untuk kembali ke keluarganya dan berkahwin dengan bekas tunangnya itu tetapi dato mateen tidak mahu , ibu mawar menyuruhnya juga bagi menggelakkan anak yang mereka ada , dalam bahaya , ibu mawar redha , dia menghabiskan masa bersama dengan dato mateen , dia mencium tangan dan dahi suaminya . Dato mateen yang tidak mahu anak kandungnya dalam bahaya , menceraikan ibu mawar kerana dia tahu ibu mawar akan mendapat lelaki yang lebih baik daripada dia .

Rantai yang mereka tempah , mereka simpan sebaik baiknya sehingga sekarang . Setelah dato mateen berkahwin dengan tunangnya itu , dia kembali ke rumah dia dahulu , di mana ibu mawar dan dia tinggal bersama tetapi malang sharmila zaskia tiada lagi di situ , dia mencari mencari tetapi tidak dijumpai .

Hasil daripada perkahwinannya dengan isteri kedua dia mendapat anak lelaki tetapi malang orang yang disuruh oleh isteri keduanya yang menyebarkan fitnah tidak puas hati dengan bayaran yang diberi oleh isteri keduanya lalu dia menikam anak lelaki mereka yang sedang berangkat ke sekolah dari situ isteri keduanya mengalami kemurungan sehingga lah sekarang dan dato mateen juga amat sedih atas pemergian anak lelaki kesayangannya itu . Dan alhamdulilah dia bertemu dengan anak perempuannya tetapi tidak sempat melihat isteri pertamanya yang juga telah pergi dahulu .

mawar yang memberitahu bahawa ibunya tidak lagi berkahwin selepas penceraian itu membuatkan dato mateen terkedu , setianya ibu mawar pada dia yang membuatkan dato mateen menunduk , mawar yang menghampiri ke ayahnya menangis di dalam dakapan ayahnya . Ayahnya turut mengalirkan air mata . Mikael yang mendengar turut diam dan simpati melihat anak dan bapa itu berpelukkan .

Jam menunjukkan pukul 7 lebih , mawar yang masih matanya sembab akibat menangis meminta diri , dia akan datang semula bila mempunyai masa . Ayahnya mengiakan , dia menyalami tangan ayahnya dan berkata

“ terima kasih sebab ayah dah terangkan semua yang terjadi , besar sungguh pengorbanan baba dan mak , mawar tak pernah lupakan , maafkan mawar sebab tak dengar penjelasan baba dulu . “ ujar mawar. Sempat juga ayahnya memberi rantai yang mawar tercari cari itu , mawar mengambil dan tersenyum dia akan melihat isi rantai diomand ini .

“ sama sama mawar ayah juga terima kasih sebab mawar bagi ayah peluang untuk explain “ kata dato mateen . mawar mengangguk , mikael hanya bersalaman dan meminta diri . mawar hanya melambai sebelum kereta itu memecut berlalu dari kawasan perumahan dato mateen .

sesampainya dirumah mawar , mawar mengambil beg nya dan memakai sebelum keluar dari kereta dia berkata

“ terima kasih sebab sudi hantar saya ke rumah ayah saya . saya hargai sangat “ kata mawar ikhlas , dia sudah memaafkan mikael tentang kejadian yang dia ditampar . mikael hanya melihat rambut mawar yang terjuntai di pipinya .

“ sama sama , fikirlah tentang ajakan aku tu “ balas mikael yang menyelitkan rambut mawar yang terjuntai di telinga mawar. mawar tersenyum mengangguk dan masuk ke rumah .

im sorry ada problem sikit :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience