Bab28- brithday

Romance Completed 12315

Hari yang ditunggu tunggu telah tiba , malamnya Mikayla menjemput Mawar , Mawar hanya berpakaian dress yang panjangnya hingga lutut yang menampakkan kejelitaannya , dia hanya menyangul rambut dan terselahlah leher jinjangnya , simple but cantik .

Mawar sempat membeli barang hadiahnya hanya seutas jam tidak murah tidak mahal . Harap abangnya terima sahaja . Mawar keluar dan melihat Mikayla yang terpegun melihatnya.

“ Eh layla asal ni , kenapa pandang akak macam tu? “ Tanya mawar sambil melihat dirinya jika ada apa apa ke .

“ Cantiknyaa akak !! “ jerit mikayla.

“ Eh simple simple je , dress je nih “ balas mawar . sudah! lebih lebih sangat ke aku ni , padahal simple je aku pakai .

“ Abang Layla mesti suka “ usik Mikayla .

Mawar menepuk bahu Mikayla , “ memandai je Layla dah jom “ kata Mawar .

Mereka pun tiba di kediaman mikayla . Banyak juga kereta yang terparking di tepi jalan . tetapi gelap . Mawar dan Mikayla turun dari kereta dan menuju ke rumah secara senyap senyap , mereka bertemu dengan Puan Maria dan Tuan Luth serta orang ramai di sini , keadaan gelap tidak menampak wajah masing masing.

“ Akak sedia abang layla kejap lagi datang “ bisik Mikayla , “ Okay “ bisik Mawar .

Kedengaran bunyi kereta masuk ke parkingnya , semua diam menunggu , apabila pintu itu dibuka.

“ Pomm pom pomm , selamat hari jadii luth mikael !!!! “ semuaa mengucapkan dan lampu terbuka dengan sendirinya . Mawar yang mahu mengucapkan terkedu mendengar nama itu .

“ Ha Mikael ? .. “ ujar mawar , mawar terus menyorokkan diri di belakang mikayla , dia ingin kepastian , apabila melihat kepada gerangan yang memiliki nama itu , mawar terkejut . “betullah lelaki tu“ ujar hati mawar .

Dia ke abang layla , kalau aku tahu aku takkan datang , mahu saja dia menangis , dia berusaha menghilangkan perasaannya pada lelaki itu . tetapi kenapa semakin dia menjauh semakin lelaki itu muncul .

Dia perasan juga kehadiran Malik dan Sofea yang berdekatan dengan Tuan Luth dan Puan Maria . Mawar menanyakan siapa Malik pada Mikayla . Mawar sekali lagi terkejut bahawa Malik adalah sepupu Mikael dan Mikayla . Mawar terus meminta diri sekejap pada mikayla untuk pergi ke tempat yang dia boleh bernafas .

Dia termenung melihat bintang , dia memegang rantai ibunya di leher , tanpa disedari ada seseorang datang menghampirinya , mawar melihat uncle yang datang membantunya hari itu .

“ Eh uncle yang hari tu kan , hi uncle “ ujar mawar sopan . uncle itu tersenyum .

“ Boleh uncle duduk “ tanya uncle itu . mawar menangguk .

“ Kenapa duduk kat sini “ tanya uncle itu

“ Saja nak hirup udara , uncle pula buat apa kat sini tak elok nanti uncle masuk angin “ tanya mawar balik sambil tersengih .

“ Uncle pun saja nak hirup udara , ramai orang sangat sesak nafas dibuatnya , lagipun hari ni kan birthday anak kawan uncle , boleh uncle tanya rantai yang di leher tu siapa punya ? “ Tanya uncle itu . Mawar hanya menangguk tidak tahu mengapa dia percaya orang yang didepannya ini , tetapi dia rasa dia dekat dengan uncle ini .

“ Oh ini pemberian arwah ibu saya , cantikkan uncle , tapikan saya rasa mesti ada satu lagi rantai yang boleh bukakan rantai ni , saya dah cari tapi tak jumpa , ibu saya je yang saya ada tapi dia telah kembali ke pencipta “ ujar mawar yang menunduk kerana air matanya mula mengalir .

Uncle di tepi mawar itu terdiam , lidahnya kelu , dia kah mawar anaknya , gadis yang dicarinya selama 21 tahun ini ? air matanya mengalir .

“ Mawar Anastasia “ ujar uncle itu . Mawar terus melihatnya dengan wajahnya masih memerah .

“ Uncle kenal saya ke ? “ tanya mawar , setahu dia , dia tidak pernah memberitahu namanya .

“ Anak baba “ ujar uncle itu . Mawar terus berdiri , dia tidak percayai dengan sebaris perkataan yang keluar dari mulut uncle itu .

Happy reading ;) ✨

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience