Bab35 - pinang

Romance Completed 12315

“ kamu serius ke nak kahwin dengan anak uncle “ tanya dato mateen melihat mikael di hadapannya .

kenapa tiba tiba uncle ? sebab dato mateen yang menyuruh mikael memanggilnya begitu kerana mikael mengenal mawar dan yang memberikan pekerjaan pada anaknya . info

“ ye uncle saya betul betul , selama ni saya dah tolong jagakan dia , hantar dia pulang “ serius muka mikael .

“ setahu saya awak ada kekasih hati , apa jadi diantara kamu dan dia , awak ada niat lain ke yang saya tak tahu ? “ tanya dato mateen saja dia bertanya .

“ pasal itu uncle jangan risau , niat saya baik uncle , saya nak kahwin dengan dia “ ujar mikael tenang .

“ uncle percaya kamu jaga dia mikael , tapi kitakan ada adat ajak lah family mikael datang rumah uncle , masuk meminang “ kata dato mateen yang melihat mikael sedang tenang melihatnya .

“ okay uncle minggu ini juga saya dan family datang , saya minta diri dulu “ ujar mikael yang terus berdiri , bersalam dan meninggalkan dato mateen yang berada di pejabat .

Dato mateen melihat anak muda itu berunsur pergi , dia harap mikael lah yang terbaik buat anaknya .

berita yang disampaikan oleh ayahnya , membuatkan mawar termenung , dia nak meminang aku minggu ni , Aaa! aku dah tak single , aku dah jadi taken !!!

mawar terus menelefon secara bermuka (video call) bersama dengan melissa , jennyfer , dan hana . hana? mawar memperkenalkan hana pda mereka berdua , dan kini mereka berempat menjadi sahabat mawar .

mawar

“ hi korangg “ sapa mawar dan dibalas oleh mereka .

“ aku nak bagitahu nanti orang masuk meminang aku , doakan baik baik tau “ ujar mawar.

“ weh seriuslahh , yeahh ada lagi sorang diantara kita nak kahwin dah “ sampuk jennyfer sambil membuat muka gembira

“ AHAHAH , uiyooo mesti abang hesmes yang selalu hantar kau tu kan “ hana menyakat . Dia tergelak . mawar menggeleng melihat karenah mereka .

“ Hahaha , alah aku harap sangat kau tak kahwin waktu aku berpantang “ ujar melissa membuat muka sedih .

“ heheh korang stop sakat aku , ni baru bagitahu pasal meminang , belum lagi bila tarikh kahwin , korang ni , nope mel aku akan pastikan kau dapat juga datang “ ujar mawar .

berapa bulan dah baby mel ? 9 bulan dah kan? aku tak sabar nak tengok “ sambung mawar gembira .

“ hehehhe saja usik kau mawar hahaha , haah tak sabar dah nak tunggu anak saudara kitaorang haha “ hana berkata dan jenny hanya mengangguk ketawa .

“ haah dah 9 bulan , aku ni menunggu hari nak beranak tau , bawa makanan untuk aku nanti , hahaha ! “ kata melissa tersenyum , dia mengusap perutnya semakin sarat .

Mawar , hana dan jennyfer hanya mengganguk dan ketawa melihat melissa yang bangun dengan perut yang memboyot untuk meletakkan pinggan yang baru habis dimakan ke singki .

Seketika ibunya melissa pun masuk , ibunya pun menolong anaknya itu , risau dia melihat melissa yang mahu beranak beberapa hari lagi , masih lagi gagah berjalan ke sana ke sini .

“ yalah korang aku tutup dulu , if apa apa chat kat group , mel jaga diri tak sabar nak tengok , hana , jenny gerak luh “ ujar mawar serta memberi salam , hana menjawab manakala jenny hanya senyum . mereka sesama melambai .

2 hari berlalu

mawar datang ke rumah ayahnya kerana sebentar lagi keluarga mikael akan datang , sempat dia melihat isteri kedua ayahnya di dalam bilik yang sedang meringkuk seorang diri melihat tingkap di luar .

mawar cuba bercakap dengannya tetapi di endahkan oleh isteri kedua ayahnya itu , wanita itu hanya melihat mawar dan mawar tersenyum .

wanita itu tidak membalas dia hanya
memegang tangan mawar , wanita itu seperti mahu bercakap tapi tidak jelas di pendengaran mawar.

Kemudian itu dato mateen memanggil mawar untuk turun ke bawah kerana keluarga mikael sudah sampai mawar pun menangguk . Dato mateen masuk ke dalam bilik dan membetulkan rambut isteri keduanya itu yang kelihatan kusut .

Walaupun pada mulanya dia marah akan isteri keduanya itu yang bernama faridah haslinda tetapi dia harus bersyukur kerana wanita itu sudah bertaubat selepas mereka mempunyai anak lelaki .

“ assalammualaikum “ keluarga mikael memberi salam . “ Waalaikummusalam “ dijawab oleh mawar dan ayahnya . mereka terus duduk dan tanpa basa basi

tuan luth memberi satu pantun

Akar memanjat pohon ara ,
Nampaknya cantik berseri laman ;
Besarnya hajat tidak terkira ,
Hendak memetik bunga ditaman ;

dibalas oleh dato mateen

Pergi mengail ikan gelama ,
Laut gelombang serta gelora ;
Niat baik sudah diterima ,
Nak tengok dulu muda kah tua! ;

tuan luth membalas

Kalau padi katakan padi ,
Tidaklah kami tertampi- tampi ;
Kalau sudi katakan sudi ,
Tidaklah kami ternanti-nanti. ;

dan dato mateen pun mengakhiri pantun dengan

Pohon cempedak ditepi titi ,
Pohon nangka buah sebiji ;
Kalau sudah berkenan dihati ,
Marilah kita mengikat janji ;

lalu tuan luth pun tersenyum
“ jadi sepertinya kita teruskan lah dengan bertunang “ dato mateen hanya menangguk .

puan maria yang duduk di sebelah suaminya berdiri dan duduk di sebelah mawar yang hanya berpakain baju kurung , manakala mikayla berada di tepi mawar , lalu puan maria membuka kotak cincin tunang , dia mengambil dan memegang jari mawar lalu dimasukkan cincin itu ke jari mulus mawar .

setelah itu mereka berbincang tentang hantaran dan berbagai lagi. mawar dan mikael diijab kabulkan dua bulan dari sekarang dan semua bersetuju termasuk mawar.

“ mel dapatlah kau rasa nasi minyak aku “ ujar hati mawar tersenyum . semalam dia mendapat berita bahawa mel telah selamat melahirkan baby girl yang sihat . mawar , hana dan jenny bersyukur kerna semua berjalan dengan baik sewaktu melissa dalam proses melahirkan .

mereka bertiga bersama sama merancang hari esok akan datang melawat melissa di rumah selepas mawar habis kerja , jenny akan mengambil mereka .

mikael tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan , kecewa juga mawar tapi dia berfikir positif mungkin lelaki itu sibuk .

mawar tersenyum memandang bakal ibu mentua dan adik ipar nya tidak lama lagi , mereka saling menyalami dan mengambil gambar sebagai ikatan pertunangan dan kenangan .

Pada malam itu , mawar baring di katilnya , sudah puas ayahnya mengajaknya tinggal di rumah ayahnya , tapi mawar kata dia tidak mahu , dia mahu menghabiskan masanya tinggal dirumah dia bersama arwah ibunya sebelum dia menjadi isteri orang.

“ baba , kalau mawar dah kahwin , mawar akan selalu jenguk baba , mawar sayangkan baba “ ujar mawar dia melihat cincin yang menghiasi di jarinya . “ aku percaya dia boleh buat aku bahagia “ ujar mawar lagi .

tetapi dia tertanya pada mikael , kenapa mikael tiba tiba mahu berkahwin dengannya ? mereka mendekat tetapi mawar tidak tahu pun isi hati lelaki itu .

lelaki itu tidak pernah mengatakan aku suka kau , aku cinta kau setelah lama berfikir mawar mengambil keputusan berfikir positif banyak betul soalan yang berada di otak mawar , mawar terus tertidur .

lagi berapa episod akan tamat :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience