Bab 9

Romance Completed 63084

Tangan Ikha mengetuk pensel diatas meja.
"Siapa perempuan tu..?"

"Ikha esok kelas pagi.." kata Wany.
Ikha hanya mendiamkan diri.
Wany duduk dihadapan Ikha yang termenung.
"Woi..kenapa kau termenung..?" tanya Wany.
Ikha yang tersentak memandang Wany tajam.
"Siapa perempuan yang turun dari kereta prof tu..?" tanya Ikha pelik.
"Kau masih lagi fikir pasal tu..? Kau tanya aku kenapa aku bukannya tahu pun.."
"Aku nak jumpa dia lah..."
"Jumpalah...aku rasa dia semesrer satu kot..tak pernah pula nampak kat U pun.." kata Wany.

"Hana..." panggil Syuhadah.
"Apa..?"
"Tak ada apa apa.."
"Kau ni main main lah.." marah Hana Hanida.
Hana Hanida menyelak helaian buku nota yang diberi oleh Hakimie.
"Nanti kau cakap kat suami kau...aku tak masuk kelas dia esok.."
"Kenapa..?"
"Badan aku sakit sakitlah.."
"Ohh..okay..make sure kau pergi klinik.."
"Tahu..nanti pak cik aku datang bawa pergi klinik.."

Hana Hanida berjalan di koridor menuju ke kelas.
Terdengar suara menegur.
"Hana.."
"Ain..."
"Awalnya awak hari ni..." kata Ain.
"Saya kan selalu datang awal..."
Syuhadah mana..? Dia tak datang ke..?" tanya Ain pelik.
"Dia tak sihat.." jawab Hana Hanida.
"Hihi..jom lah masuk kelas sama sama.."
"Jom.."

"Next week I will do a simple exam.." Hakimie menulis tarikh peperiksaan di papan putih.
"Jadi buatlah ulang kaji...saya tahu awak semua akan mula cuti lusa sampailah hari Ahad..isikan masa cuti awak ni dengan membaca dan ulang kaji.."

"Aduh..baru saya mahu ajak ibu dengan ayah saya bercuti..bukan senang mahu dapat cuti sebegini.." kata Ain.
Hana Hanida turut mengeluh.
Ingatkan cuti ni dapat tenang kan minda..tapu ada exam pula.
"Awak tak ada apa apa plan ke..?"
"Saya tak buat apa apa plan pun.."

"Cuti ni nak duduk kat asrama je lah..malas nak balik...baru je balik hari tu.." kata Hana Hanida dan merebahkan tubuhnya di atas katil bujang.
Tangannya mencapai tshirt biru dan telefonnya.
Tangan Hana Hanida membuka galeri.
Terpapar gambar Hakimie yang diambilnya secara diam diam.
Hana Hanida tersenyum sendiri.
Sejak bila pula aku ada banyak gambar dia ni.
Gambar Hakimie tengah tidur..sedang masak..tengah makan.
Tiba tiba telefon Hana Hanida berbunyi.
Hakimie.

Hampir tercampak telefon ni dibuatnya.
Baru je tadi sebut nama dia.

"Hello..?"
"Lusa saya ambil awak balik.."
"Kalau saya nak habiskan cuti saya kat asrama boleh tak..?"
Hakimie terdiam seketika.
"Orang tu..? Helo..?"
Hakimie masih lagi mendiamkan diri.
Hana Hanida rasa tak sedap hati.
Talian terputus.
"Helo..? Orang tu..? Helo..?" Hana Hanida terkejut.
Dia memandang telefonnya.
Dia marah ke..?

"Kenapa..?" tanya Azam.
Hakimie hanya menggelengkan kepalanya.

Hana Hanida menunggu seseorang di café.
Memandang kiri dan kanan.
"Hana..?"
Hana Hanida memandang profesor yang duduk di hadapannya.
"Kenapa nak jumpa saya..?"

Hakimie merebahkan tubuhnya diatas katil.
'Kalau saya nak habiskan cuti saya kat asrama boleh tak..?' Hakimie memejamkan matanya.
"Nampak sangat dia tak suka aku bawa dia balik rumah ni..baru je aku nak bawa dia tinggal kat rumah yang aku dah beli ni.."
Kemudian Hakimie memandang dinding yang belum berhias.
Rasanya belum tiba masanya lagi untuk Hakimie menghias ruangan dan bilik yang kosong bersama isterinya.

"Saya baru je jumpa dia tadi.." kata Azam.
Hana Hanida menganggukan kepalanya.
"Tadi dia telefon saya...naj bawa saya balik untuk cuti ni..tapi saya tolak..lepas tu tiba tiba dia matikan talian.."
"Patutlah tadi muka dia muram je..."
"Saya risau kalau dia marah saya nanti..saya nak minta tolong kawan saya..tapi kawan saya balik kampung...jadi saya rasa prof je yang tahu mengenai perkara ni.."
"Say tahu semuanya...tapi saya rasa Hakimie tak marah..mungkin cuma kecewa sikit.."
"Apa patut saya buat..?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience