Bab 3

Romance Completed 63084

Hari yang ditunggu tunggu tiba.
"Aku tak tahu rupa bakal suami aku..?" kata hati Hana Hanida.

"Hana senyum sikit..." kata Syuhadah.
"Aku senyum lah ni.." bisik Hana Hanida.
Suasana masjid yang tenang menjadi saksi pernikahan atas dasar paksaan dan tanpa kerelaan dihati.

Puan Elrina mengambil tempat di sebelah Hana Hanida.
"Cantik Hana hari ni.." Hana Hanida hanya senyum kelat.

Seorang jejaka yang lengkap berbaju melayu putih krim masuk ke dalam masjid dan duduk dihadapan tok kadi.
Hana Hanida hanya memandang bawah.

"Muhammad Hakimie aku nikahkan dikau dengan Hana Hanida Binti Rusli dengan mas kahwin senaskah Al Quran..

Dengan sekali lafaz...Hana Hanida sah bergelar isteri kepada jejaka yang tidak dikenalinya.
Hana Hanida hanya menunduk apabila terlihat seorang lelaki duduk dihadapannya.
Jari manis Hana Hanida disarung cincin emas sebagai tanda bahawa dirinya sudah menjadi milik orang.
Hana Hanida mencium tangan suaminya.

Dagu Hana Hanida didongak ke atas.
Matanya tidak berkelip.
"Suami aku ke ni..?"
Boleh tahan rupa dia.
Dahi Hana Hanida dicium.

"Lepas ni Hana kena ikut suami...dah tak boleh nak berkepit dengan bonda lagi.." kata bonda.
Perlahan Hana Hanida melepaskan tangan bonda yang dipeluk dari tadi.
"Tapi kalau Hana nak jenguk bonda boleh kan..?" tanya Hana Hanida.
"Boleh...tapi ingat keluar tanpa izin suami berdosa...kena beritahu dia dulu.."
Hana Hanida mengangguk perlahan.

...

"Masuk Hana..buat macam rumah sendiri.." kata Puan Elrina dan menarik tangan Hana Hanida masuk ke dalam rumah.

"Ni ruang tamu..dapur kat belakang.." kata Puan Elrina.
"Hakimie...nanti bawa Hana masuk dalam bilik..salin baju..ummi nak keluar sekejap.." jerit Puan Elrina.
Hakimie diluar hanya menganggukkan kepalanya.
Hana Hanida menarik hujung baju Puan Elrina.
"Kenapa..?"
Hana Hanida menggelengkan kepalanya.
"Hakimie tak makan orang lah..Hana tinggal dengan dia sekejap..ummi ada hal nak selesaikan..malam baru ummi balik.."
Puan Elrina mencium pipi Hana Hanida.

Hakimie membawa beg pakaian ke dalam biliknya.
Nasib baik bilik ni dah kemas.
Sekarang..ini bukan bilik bujang..akan ada insan lain yang akan menginap di bilik ni juga.

Hana Hanida teragak agak untuk masuk ke dalam bilik Hakimie.
Perlahan Hana Hanida masuk ke dalam bilik Hakimie.
Hakimie yang sedang mengemas baju memandang Hana Hanida yang berdiri di pintu.
Hana Hanida memintal mintal hujung bajunya.

"Masuk lah..." Hana Hanida tersentak.
Matanya masih lagi memandang lantai.
"Awak kalau nak tidur...tidur lah..saya nak kemas baju.." kata Hakimie dan mula membuka beg pakaian Hana Hanida.
"Tak apa...beg saya tu saya yang kemas.."
"Saya yang kemas...awak tidur lah..saya tahu awak penat.." Han Hanida menganggukkan kepalanya perlahan.
Kakinya menuju ke sofa bersebelahan meja.
"Dapat lelapkan mata sekejap pun jadilah.." kata hati Hana Hanida.

...

"Rasa sunyi pula Hana tak ada kat rumah ni.." kata bonda.
"Kan.." Hanum duduk diatas katil adiknya.
"Macam mana lah dia kat sana..?"
"In Shaa Allah dia okay...bonda kena doakan yang baik baik untuk Hana..." kata Hanum.
"Ya lah.." bonda memandang ke luar tingkap.

Hana Hanida mengeliat sepuas puasnya.
Lenanya aku tidur semalam.
Hana Hanida yang blur setiap pagi memandang bilik yang sudah diterangi dengan cahaya fajar.
"Semalam kan aku tidur kat sofa..?" tanya Hana Hanida sendiri dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aku berjalan masa tidur kot..."
Hana Hanida turun dari katil menuju ke bilik air.

"Sekejap je lah kamu cuti..." kata Puan Elrina.
Hakimie yang sedang mengunyah roti sekadar menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata umminya.
"Ummi baru ingat nak hantar kamu pergi honeymoon.." Puan Elrina duduk dihadapan anaknya.
"Student Hakimie tak lama lagi nak exam.."

"Hana.." Hana Hanida terkejut.
Dari tadi menjengah dari pintu dapur..mencuri dengar perbualan anak beranak ni.
"Sini lah..breakfast sekali.."
Hana Hanida berjalan ke arah Puan Elrina dan duduk disebalah mertuanya itu.
"Hana..ummi dengar SPM Hana cemerlang..dapat straight A.."
Hana Hanida hanya mengukir senyum.
"Nak sambung mana mana..? Atau nak kerja..?"
"Hana nak sambung belajar..tu pun kalau 'orang tu' beri keizinan.."
"Orang tu..?" Puan Erlina memandang Hakimie.
"Kenapa panggil 'orang tu'..panggil abang..dia ni kan suami Hana..lagipun Hana nak belajar takkan 'orang tu' tak bagi kan..?" kata Puan Elrina.
"Bonda kata kalau nak buat sesuatu kena minta izin suami.."
"Betullah kata bonda tu..selagi tidak melanggar syarak kita sebagai isteri kena minta izin dan dengar kata suami.."
Hana Hanida mengangguk faham.

"Hah..ummi lupa nak beritahu..ni ada surat..." Puan Elrina mengeluarkan sepucuk surat dari beg tangannya.
Hana Hanida membuka surat itu.
Wajahnya mengukir senyuman ke telinga.
"Surat apa..?"
"Surat sambung belajar...ummi Hana dapat sambung belajar.."
"Dekat mana..?"
"Dekat Universiti Malaya..nak beritahu bonda.." Hana Hanida berlari menuju ke bilik.
"Tu kan tempat kamu mengajar.." kata Puan Elrina.
Hakimie menganggukan kepalanya dan menghirup teh suam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience