Bab 7

Romance Completed 63084

"Baiklah..hari ni kelas pertama kamu ialah bahasa inggeris.." Hakimie memandang para pelajarnya yang memenuhi bilik kuliah.
Namun matanya berhenti apabila terlihat seseorang yang amat dikenalinya.
Hana Hanida yang terkejut dengan lirikan matanya memadang ke arah yang berlainan.
"Okay...my name is Hakimie..you can call me Sir or Mr. or anything..I teach you english subject until you finish your studies so you will see me for 3 years.." kata Hakimie.

"Aku tak tahu pula suami kau pensyarah.."
Hana Hanida masih lagi terkejut.
"Aku pun tak tahu yang suami aku ni pensyarah.."

"Okay..for today I give two paper..you write personal details like name,age,address anything about yourself...and then send to me if you finish.." Hakimie mula mengedarkan kertas.

"Class dismiss...Hana Hanida saya nak jumpa awak.."

"Aku tunggu kat luar.." kata Syuhadah dan keluar dari bilik kuliah bersama Ain.

Hana Hanida berdiri dihadapan Hakimie yang sedang menyusun kertas.
"Awak nampak tak tshirt putih saya..?" tanya Hakimie.
Hana Hanida terdiam.
Tshirt putih tu kan ada atas katil.
"Tak tahu.."
"Betul awak tak tahu..tak baik tipu suami sendiri.." Hakimie memandang wajah Hana Hanida yang sudah menunduk ke bawah.
"Sa..saya ambil.." kata Hana Hanida perlahan.
"Kenapa awak ambil baju tu kan busuk.."
"Mana ada busuk.."
"Ohh..ya ke..? Setahu saya saya letak baju tu dalam almari..dah 2 hari tak basuh.." kata Hakimie.
"Kenapa nak jumpa...saya nak cepat ni nak balik asrama..?" Hana Hanida cuba menukar topik perbualan.
"Saja nak jumpa.."
Hana Hanida mengerling tajam wajah selamba Hakimie.
"Saya keluar dulu.." Hana Hanida mula meninggalkan bilik kuliah tetapi...
"Saya baru nak ajak awak balik.."
Langkah Hana Hanida terhenti.

"Balik..?"

...

Hana Hanida masuk ke dalam asrama.
"Kau pergi mana..?"
"Pergi rumah bonda sekejap.." kata Hana Hanida dan merebahkan tubuhnya di atas katil.
"Cik abang bawa ke..?"
Hana Hanida memdiamkan diri..tangannya menarik tshirt putih yang disorokkan dibawah bantal.
"Bau apa ni..?" tanya Syuhadah sambil menutup hidungnya.
"Wei berapa lama kau tak basuh baju tu.."
"Biarlah...aku tak nak basuh baju ni.." Hana Hanida mencium bau tshirt putih itu.

"Huh..aku tak tahan dengan bau baju tu..dia boleh terlelap.." kata Syuhadah sambil melihat Hana Hanida tidur.

...

"Jom pergi café..."

"Amru kat sini.." Syuhadah melambaikan tangannya.
Amru berlari anak kepada Hana Hanida dan Syuhadah.
"Kau masuk kelas mana...? Aku tak jumpa kau pun.." tanya Syuhadah.
"Ha'ah.."
"Aku ambil teknikal...kau dua orang kan ambil sastera.." kata Amru.
"Aku suka kau Hana..." kata Amru lagi.
Syuhadah tersedak.
Hana Hanida memandang Amru.
Terkejut.
"Kau cakap apa tadi..?"
"Tak ada apa apa...aku lapar lah kau tak order makanan ke..?" tanya Amru lalu menuju ke kaunter.

"Kau dengarkan apa yang dia cakap..?" tanya Syuhadah.
Hana Hanida hanya mendiamkan diri.

"Aku suka kau Hana.." ayat itu berputar di minda Hana Hanida.
"Kau termenungkan apa..?" tanya Syuhadah.
"Tak ada apa lah.." Hana Hanida mengeluarkan buku nota dari dalam beg.
"Ada nota ke..?"
"Ada..nota bahasa inggeris.."
"Bahasa inggeris..? Bila masa pula dia bagi..?" Syuhadah terkejut dan mengambil buku nota Hana Hanida.
"Orang tu mesej aku..buat nota muka surat 1 dengan 2..."
"Buku mana pula ni...?"
Hana Hanida mengeluarkan buku teks bahasa inggeris.
"Serius aku tak dapat buku ni dan aku tak tahu pun ada nota..ke suami kau bagi kau seorang je..?" kata Syuhadah.

"Assalammualaikum..."
"Waalaikusalam...orang tu kenapa bagi saya nota tapi yang lain tak dapat..?"
"Saya saja bagi awak nota..."
"Tapi kenapa..?"
"Awak student special saya...ingat esok saya ambil awak..."
"Esok..?"
"Ya esok saya ambil awak petang..dah tidur esok ada kelas pagikan..selamat malam..jangan lupa cium baju saya tu.." talian terputus.
Hana Hanida menghempas telefon diatas katil.
Geram.
Sempat lagi perli aku.

Situasi kelas pada waktu pagi seperti waktu di sekolah lama.
Seorang profesor masuk ke dalam bilik kuliah.
"Maaf menganggu.."
Semua pelajar menumpu kearah pintu.
"Boleh saya jumpa pelajar bernama Hana Hanida...?"
Hana Hanida yang sedang menyalin nota tersentak.
"Hana..prof tu nak jumpa.."
Hana Hanida bangun dari tempat duduknya dan berjalan kearah profesor yang memanggil namanya.

"Saya Azam...kawan Hakimie..."
Hana Hanida hanya memandang profesor yang bernama Azam.
"Kenapa...?"
"Saya cuma nak beritahu..tepat jam 2 petang Hakimie akan tunggu depan asrama...dan dia suruh bawa balik tshirt putih sekali.."
Hana Hanida menjadi malu.
"Kenapa pula lah dia mention tshirt putih.."
Hana Hanida hanya menganggukkan kepalanya.
"Itu saja..maaf kalau saya ganggu masa awak belajar.."

Seperti yang dikatakan Azam.
Hakimie menunggu di hadapan pagar asrama.
Berborak dengan Pak Kasim.

Hana Hanida yang membawa beg sederhana besar berjalan kearah suaminya.
"Saya balik dulu Pak Kasim.."
"Ya lah.."

Hakimie mengambil beg dari tangan Hana Hanida.
"Tak apa saya boleh bawa.."
"Beri saya beg tu.." Hana Hanida hanya menurut.
Membiarkan Hakimie membawa beg ke dalam kereta.

...

Mereka tiba dirumah.
"Ummi mana..?" tanya Hana Hanida apabila kereta Puan Elrina tidak kelihatan.
"Ummi kat luar negara..."
Hana Hanida tercegat di luar pintu.
Hakimie sudah masuk ke dalam membawa beg dan barang ke dalam bilik.
"Aku tinggal berdua je.." Hana Hanida masih lagi di luar.
"Tak nak masuk ke..?" tanya Hakimie.
Hana Hanida tersedar dari lamunan dan segera masuk ke dalam rumah.

Hana Hanida masuk kedalam bilik.
Terlimat suaminya yang sedang mengemas katil.
"Kalau saya nak tidur asing boleh tak..?"
Pergerakkan Hakimie terhenti.
Matanya memandang isterinya yang sudah menunduk ke lantai.
"Kenapa..?"
"Sa..saya belajar so saya tak nak..tak nak..orang tu faham kan.." kata Hana Hanida sambil menggosok perutnya.
"Jangan risau..saya tahu awak kena fokus pada pelajaran..saya akan tunggu sampai awak habis belajar..."
Hana Hanida memandang Hakimie.
"Walaupun sampai 3 tahun..?"
Hakimie menganggukkan kepalanya.
"Tapi saya tak nak tidur asing.."
"Kalau saya nak tidur asing juga.."
"Kalau awak buat macam tu..saya tak bagi awak balik asrama..."
"Okaylah...orang tu selalu main ugut ugut.." Hana Hanida memcebik sambil menanggalkan tudungnya.

"Awak nak makan ke..?"
Hana Hanida menggelengkan kepalanya.
Namun perut Hana Hanida berbunyi.
Hakimie hanya tersenyum.
Muka Hana Hanida sudah berona merah.

...

"Ikha...kau buat apa..?" tanya Wany.
"Tulis surat.."
"Surat.." Wany duduk disebelah Ikha.
Ikha menulis surat menggunakan pen berwarna warni.
"Untuk siapa..?"
"Kau tahu kan aku suka siapa...?"
"Ohh..untuk Prof Hakimie kan.."

Hana Hanida hanya melihat Hakimie memasak di dapur.
Tangan Hana Hanida suka merayau dan tidak reti duduk diam.
Sedar sedar Hana Hanida sudah memegang sebilah pisau.
Hana Hanida mengambil bawang untuk dihiris.
Niat ingin membantu.

"Arghh.." Hakimie menoleh.
Jari Hana Hanida terluka.
Tangan Hakimie mencapai plaster di kabinet dapur.
Jari yang luka dibersihkan dan dibalut.
"Duduk dekat meja tu.." kata Hakimie.
Hana Hanida hanya menurut.

Tidak sampai 5 minit..Hana Hanida berjalan kearah tempat pemotong tadi.
Pantas sahaja tangannya mencapai pisau dan mula memotong bawang tadi semula.
Hakimie yang terdengar bunyi memotong berjalan kearah Hana Hanida.
Tangannya mencekak pinggang.

Hana Hanida mengerling ke kanan.
"Ermm..saya bosan.."
Hakimie mendukung Hana Hanida dan diletakkan isterinya di atas tembok kabinet.
"Duduk diam diam kat sini..jangan mengada ngada nak turun..."
Hana Hanida yang terkejut dengan perlakuan Hakimie hanya mampu menurut.

Hana Hanida menggoyangkan kakinya.
Matanya mengikut sahaja pergerakkan suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience