Bab 13

Romance Completed 63084

Hana Hanida mengemas beg pakaiannya.
Satu persatu baju almari dikosongkan semula.
Tidak lupa juga helaian baju suaminya yang tersedia diatas katil.
Hana Hanida teringat peristiwa kelmarin.

"Saya nak cerai..." Hakimie tergamam.
Situasi apakah ini.
Perkataan yang paling dibenci didalam rumah tangga telah keluar dari mulut isterinya sendiri.
Hakimie merapatkan lagi pelukannya.
"Saya tak akan lepaskan awak walau apa pun yang terjadi.."
"Tapi saya benci awak.." Hana Hanida cuba meloloskan diri tapi tidak berjaya.
"Saya tetap dengan kata kata saya yang saya tak akan lepaskan awak..."
"Tak suka lah macam ni.."
Hakimie meleraikan pelukannya.
"Apa yang patut saya supaya awak maafkan saya..?" tanya Hakimie.
Hana Hanida hanya merenung wajah Hakimie.
"Awak sayang saya ke sayang cerek tu..?"
Hakimie tergelak.
Ya Allah soalan apakah ini.
"Kenapa gelak..?" marah Hana Hanida.
"Buat apa saya sayang cerek tu..?"

"Tadi awak marah saya sebab cerek tu..."
"Saya bukan marah..tapi risau kalau awak cedera.." kata Hakimie.
"Ya ke..?" tanya Hana Hanida
"Ya sayang..."
"Tapi saya tetap benci awak..."
"Benci lah...saya tahu saya ni tak sempurna..saya pun tak boleh kawal emosi saya.." Hakimie masuk ke dalam bilik dan mengambil bantal.
Hana Hanida hanya memerhati tingkah laku suaminya.
Hakimie melangkah keluar dari bilik.
Hana Hanida menarik tangan Hakimie.
"Na..nak pergi mana..?" tanya Hana Hanida.
"Saya kena tidur kat luar..tadikan ada orang tu kata benci pada diri ini.."
Hana Hanida panik.
"Tak...sa..saya tak benci awak..jangan lah biarkan saya tidur seorang dalam bilik ni.."
"Saya kena lah tidur kat luar..."
Hana Hanida memeluk lengan Hakimie.

"Awak maafkan saya tak..?"
Hana Hanida menggelengkan kepalanya.
Hakimie cuba melepaskan tangannya.
Hana Hanida semakin kuat memeluk tangan Hakimie.
"Okay saya maafkan awak...saya takut tidur seorang diri...kalau ada benda yang.."
"Shhh...jangan cakap bukan bukan.." kata Hakimie.
"Lagi satu saya nak awak janji...yang awak tak akan sebut perkataan cerai tu lagi.."
"Ya saya janji.. bagi bantal tu.." kata Hana Hanida dan merampas bantal dari tangan Hakimie.

"Hana..?" Hana Hanida menoleh ke belakang.
"Kenapa...?"
"Dah siap...? jom nanti lambat..." kata Hakimie dan mengambil beg pakaian ditangan isterinya.
"Okay.."

...

Ika dan Wany berjalan di café.
Sementara menunggu kelas mula mereka singgah di café untuk membasahkan tekak.
"Ika..tu kan budak perempuan dengan prof Hakimie.." kata Wany dan menundingkan jarinya kearah Hana Hanida yang sedang membaca buku.

Ika dan Wany memdekati Hana Hanida.
"Ehemm.." Ika berdehem.
Hana Hanida mendongak.
"Siapa pula ni..?" tanya Hana Hanida dalam hati.
"Boleh kakak duduk sini..?" tanya Ika.
"Boleh je.." kata Hana Hanida kemudian menumpukan semula perhatiannya kepada buku.
Wany berbisik.
"Tu bukan ke buku limited edition Prof Hakimie..?"
Ika memerhati buku di tangan Hana Hanida.
Betul..buku itu hanya Prof Hakimie je yang ada.

"Nama siapa..?" tanya Wany.
"Hana Hanida..."
"Ohh..."
"Akak nak tanya apa hubungan Hana dengan..."
"Hana.." Amru menyapa.
"Kenapa..?"
"Ada pensyarah nak jumpa.." kata Amru.
Hana Hanida mengemas barangnya.
"Saya pergi dulu ya kak.." kata Hana Hanida dan terus beredar bersama Amru.
Ika mendengus geram.

"Pensyarah mana...?" tanya Hana Hanida.
"Mana ada.." langkah Hana Hanida terhenti.
"Habis tu kenapa kau cakap macam tu tadi..?" tanya Hana Hanida marah.
"Saja je.." kata Amru.
"Kau tak kenal ke...?"
"Siapa..? Akak tadi..?" tanya Hana Hanida.
Amru menganggukkan kepalanya.
"Tak...kenapa..?"
"Aku dengar dia ada skandal dengan prof kat U ni.." kata Amru.
"Alah kau...gosip murahan..."
"Aku sampaikan je...sebab prof tu ada ajar kat kelas kau.." kata Amru lagi.
"Siapa..?"
"Kau tak kenal...prof kau tu popular tau kat U ni..digilai pelajar pekajar perempuan.."
"Sebab tu aku tanya siapa..?"
"Aku tak tahu nama..tapi aku cam muka dia.."
"Ahh kau sembang je lebih.."
"Tak mahu percaya sudah..."

Hana Hanida mengetuk pintu bilik pensyarah.
Kepala dijenguk sedikit.
Mencari bayang seseorang yang dikenalinya.
"Kat sana.." kata Hana Hanida apabila terlihat Hakimie yang bercermin mata.
Hana Hanida masuk kedalam bilik pensyarah sambil matanya melihat suasana bilik yang sepi.
Mungkin kebanyakkan pensyarah sedang mengajar waktu ni.

"Awak..ehh maksud saya prof..." Hakimie mendongak.
Hana Hanida menghulurkan buku nota yang dibaca tadi.
"Dah habis baca...?"
"Dah...saya dah khatam..." kata Hana Hanida bangga.
"Dah ingat...?" tanya Hakimie.
Hana Hanida menggelengkan kepala sambil memuncungkan bibirnya.
Hakimie tersenyum.
Hakimie mencuit sedikit hidung isterinya.
"Haih...nanti kalau orang nampak macam mana..?"
"Mana ada orang kat sini.." kata Hakimie selamba.
"Dah...saya nak keluar...assalammualaikum.."
"Waalaikumsalam.."
Hana Hanida mencium tangan suaminya sebelum keluar.
Amru diluar hanya memerhati Hana Hanida.
"Kenapa dia cium tangan pensyarah tu..?"

Amru masih lagi mengelamun.
"Woi...jauh termenung.." kata Azam.
"Mana ada mengelamun...Am tengah fikir pasal kerja ni.."
"Ya lah tu..." Azam mencapai alat kawalan jauh dihadapannya.
"Along...nak tanya prof yang terkenal tu.."
"Siapa..Hakimie...?"
"Ya lah kot..dia dah kahwin belum..."
Azam terdiam seketika.
"Nak beritahu ke..tapi kalau aku beritahu nanti dia marah..."
"Along.."
"Hah...dia belum kahwin..kenapa..?"
"Tak ada apa apalah.."

"Wei..minggu depan ada exam bahasa inggeris.." kata Syuhadah.
Hana Hanida mengeluh panjang.
"Nak study apa hah...? Hana.."
"Aku tak suka lah subjek ni...jangan tanya aku..."
"Tapi suami kau yang mengajar subjek ni.."
"Please Wadah...aku tak suka serius.."
"Suka hatilah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience