Bab 4

Romance Completed 63107

"Alhamdulillah..."
"Hana tak sangka yang Hana dapat sambung belajar kat UM..." kata Hana Hanida gembira.
"Bonda doakan Hana berjaya bila Hana dah mula belajar di UM..macam mana..?"
"Macam mana apa..?"
"Hidup dengan seseorang.."
"Biasa biasa je bonda...okaylah bonda nanti Hana telefon lagi...assalammualaikum.." talian diputuskan.

"Bila kamu mula daftar..?" tanya ummi.
"Ermm...lagi seminggu 5 hari macam tu.." Hana Hanida melihat umminya yang sedang memberi makan ikan di akuarium.
"Dah berapa lama ummi bela ikan ikan ni..?" tanya Hana Hanida.
"Bukan ummi yang bela...Hakimie..ummi jaga je bila dia sibuk.."
"Ouhh..."
"Hakimie suka kan haiwan..dulu masa dia sekolah menengah dia ada bela kucing tapi kucing tu mati kena langgar..sebab tu Hakimie bela ikan je..tak ada lah merayau sampai keluar rumah.." gelak Puan Elrina.
"Saya pun ada bela kucing.."
"Ya ke..?"
"Tapi kucing saya pun mati sebab termakan racun tikus...saya rasa bersalah dan takut nak bela kucing lagi.."
"Tak apa..kucing kan tak tahu apa yang dia makan.."

"Orang tu mana..?" tanya Hana Hanida.
Pertanyaan Hana Hanida membuat Puan Elrina tergelak.
"Orang tu keluar..Hana tak mahu cuba panggil abang ke..?"
"Tak pasti pula...Hana tak ada abang mungkin sebab tu Hana rasa kurang selesa bila nak panggil abang.."
"Tak apa...nanti lama lama biasa lah...cuba sikit sikit...mungkin dimulut panggil orang tu...tapi di hati cuba panggil abang..." nasihat Puan Elrina.
"Hana cuba.."

...
"Hana jom keluar..."
...

"Aku pun dapat UM...nanti kita bolehlah daftar sama sama.." kata Syuhadah.
"Aku pun tak sangka aku dapat maauk UM...sebab masa permohonan sambung belajar aku cuma mohon politeknik je...tiba tiba dapat surat dari UM.." kata Hana Hanida.
"Hana...Amru pun dapat UM juga..."
"Ya ke..? Baguslah dapat kita study sama sama.." kara Hana Hanida gembira.
"Tapi..."
"Tapi apa...? Kenapa muka kau sedih je ni Wada..?"
"Aku tak ada kenderaan nak pergi.."
"Kau ni..buat aku takut je..aku rasa boleh kot kau tumpang aku.."
"Boleh ke..?"
"Boleh...aku pergi dengan kakak aku kot.."
"Okay...lega rasanya.."

"Macam mana...hidup sebagai pengantin baru...?" kata Syuhadah.
"Kau macam perli aku je.."
"Mana ada perli...aku jealous...kau muda muda dah kahwin aku ni..aku takut nanti melekat gelaran andatu kat aku pula..."
"Kau ni jangan cakap macam tu...nanti jadi doa pula..."
"Astagfirullah.."
"Aku rasa biasa biasa je...tak ada apa yang perlu diceritakan.." kata Hana Hanida.
"Ya lah tu...hah ni kau keluar kau beritahu suami kau tak...?"
"Haah lah...aku lupa.." Hana Hanida mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Lupa nak mesej orang tu yang aku keluar.."
"Orang tu...? Kau panggil suami kau orang tu..seriuslah.." kata Syuhadah.
"Seriuslah...aku geli nak panggil abang sebenarnya..."
Syuhadah menggelengkan kepalanya.

Telefon Hakimie berbunyi sebagai tanda mesej masuk.
"Siapa mesej.." tanya Azam.
"Isteri aku.."
"Isteri...dia rindu lah tu.." perli Azam.
"Tak ada lah...dia cakap yang dia keluar dengan kawan dia.."
"Bagus isteri kau...tak macam isteri aku..dia dah balik baru cakap yang dia keluar..."
"Hermm..."
"Bila kau start mengajar..aku tak boleh handle kelas kau...sebab kelas aku pun melambak..."
"Tengoklah...esok lusa aku start mengajar balik..aku tak bileh cuti lama sangat...diaorang kan nak exam.."

"Isteri aku dapat sambung belajar.."
"Sambung belajar..? Oh aku lupa isteri kau kan muda...kat mana..?" kata Azam.
"UM.."
"UM...? Tu kan tempat kita mengajar..nanti kau ajar isteri kau lah.." kata Azam.
Hakimie menganggukkan kepalanya.
"Dan aku dapat info dari mentua aku.."
"Apa dia...?"
"Isteri aku tu tak suka subjek english.."
"Seriously...?! Kau dah lah pensyarah bahasa inggeris..." gelak Azam.
"Dia tahu kau mengajar dekat U tu..?" tanya Azam lagi.
Hakimie menggelengkan kepalanya.

Keesokkannya...

Sejurus bangun dari tidur mata Hana Hanida terpandang suaminya yang berkemeja biru dihadapan cermin.
"Orang tu nak pergu kerja ke..?" tanya Hana Hanida.
"Ya..orang ni nak pergi kerja.."
Tak sangka pula yang Hakimie melayan kerenah Hana Hanida di pagi hari.

Hana Hanida turun dari katil dan menuju ke bilik air.
Selang beberapa minit Hana Hanida keluar dari bilik air.
Hakimie masih lagi dihadapan cermin.
Tangannya memegang tali leher yang masih belum berikat.

"Macam mana nak ikat tali ni..?" tanya Hakimie dalam hati.
Hana Hanida memerhati dari jauh.
Perlahan kakinya mendekati Hakimie.
"Orang tu...kenapa...?"
Hakimie menghulurkan tali lehernya.
"Ikatkan.."
Hana Hanida mengambil tali leher belang hitam biru dari tangan suaminya.
Tangannya mula mengikat tali leher di kolar baju Hakimie.
Hakimie memandang wajah isterinya.
Hana Hanida mendongak.
Tetapi matanya memandang tali leher yang diikatnya.
"O..orang tu jangan pandang saya.."
"Salah ke orang ni pandang isterinya sendiri..."
Wajah Hana Hanida berona merah.
"Tak kot.." kata Hana Hanida perlahan.

"Tak nak breakfast..." kata Puan Elrina apabila terlihat anaknya turun dengan tergesa gesa.
Hana Hanida turut mengejar dari belakang.
"Tak ummi.."

Dengan pantas Hakimie menyarung kasutnya.
Hana Hanida hanya berdiri dihadapan pintu.
Hakimie masuk ke dalam kereta namun dia keluar semula.
Berlari ke arah Hana Hanida.
"Kenapa dia ni..?" tanya Hana Hanida dalam hati.
Dahi Hana Hanida dicium dan kepalanya diusap beberapa kali.
Hana Hanida terkejut dan mengelamun seketika.
"Duduk rumah tengokkan ummi.." kata Hakimie dan berlari masuk ke ealam kereta.
Hana Hanida hanya menganggukkan kepalanya.

"Hana..buat apa kat depan pintu tu.."
"Tak ada apa ummi..."
"Jom teman ummi pergi beli barang.."
"Okay.."

...

"Prof dah sampai.."
Hakimie masuk ke dalam bilik kuliah.
Matanya memandang para pelajarnya yang ramai seperti selalunya.
"Okay...sesiapa yang tidak berkenaan sila keluar..saya nak mula mengajar ni.."

"Tak apa Prof ajar je..kami sanggup dengar...kami tak ada kelas pagi.." kata seorang pelajar perempuan.
"Tak boleh macam tu...nanti pelajar saya yang ambil exam terganggu.." kata Hakimie.
"Ya lah..untuk prof kami sanggup buat apa saja..jom guys keluar.."
Kebanyakkan pelajar perempuan keluar dari bilik kuliah.
Hanya beberapa orang pelajar perempuan dan lelaki yang masih lagi kekal di tempat duduknya.
"Ini baru betul pelajar saya..." Hakimie mengeluarkan buku dari beg.
"Class..turn to page 34..."

Hakimie duduk di mejanya didalam bilik guru.
"Hari hari ada surat..." kata Azam yang duduk bersebelahan mejanya.
Hakimie membuka sampul surat yang berbedak.
"Assalammualaikum..prof..saya..."
Hakimie menghela nafas panjang.
"Aku dah kahwin..."
"Memang lah...tapi mostly student kat sini ingat kau tu single.." kata Azam.
Hakimie melipat semula surat tadi dan mula menanda latihan pelajarnya yang tertangguh.
"Mie...tengok kau tengok laporan semalam...ketua suruh kau check.." kata Azam.

...

Puan Elrina dan Hana Hanida berjalan ke dalam pusat beli belah yang sesak dengan orang.
"Nak pergi mana ni ummi..?" tanya Hana Hanida.
"Kan Hana nak sambung belajar..so ummi nak belikan barang barang sekolah.." kata ummi dan masuk ke dalam kedai buku.
"Tak apa ke..?" tanya Hana Hanida.
"Tak apa...ummi yang nak beli..ambil je apa yang Hana nak beli..buku,pen,pensil barang barang sekolah ambil je..nanti ummi bayar.."
"Segan lah ummi..."
"Tak payah nak segan.."
Puan Elrina menarik tangan menantunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience