Bab 20

Romance Completed 63084

Flashback 2 tahun lepas...

"Sayang tahan okay..." Hakimie mengenggam tangan isterinya.
"Hana tak boleh tahan..."
"Encik nak teman isteri encik ke..?"
"Boleh ke..?"
Aduh boleh pula berteka teki dengan doktor.
Doktor itu memganggukkan kepalanya.
"Abang teman...okay sekarang tarik nafas dalam dalam lepas tu hembus..." kata Hakimie risau.
Hana Hanida turut saja apa yang dikatakan oleh Hakimie.

"Sakit abang..." air mata kesakitan mengalir.
"Sabar...sabar separuh dari iman..." kata Hakimie.
"Ni bukan sebab sabar...tengah sakit ni.." marah Hana Hanida.
Hakimie mengambil beg isterinya di bawah.

"Baiklah...puan teran sekarang..."
Hana Hanida hanya dapat melihat kepala Hakimie yang sedang membonggok.
"Arghhh..." jerit Hakimie.
Hana Hanida mencengkam rambut Hakimie.
Hakimie menahan sahaja.
Hana Hanida lagi sakit sehingga bertarung nyawa berbanding sakit kerana rambut ditarik.
"Lagi sikit puan...saya dah nampak kepala..."
"Argghhhhh..." jerit Hana Hanida.

Apabila kepala bayi hampir keluar..doktor itu terus menarik bayi itu kekuar.
Nafas Hana Hanida naik turun.
Peluh sejuk membasahi dahi.
"Uueekkkk...."
"Alhamdulillah...bayi lelaki..."

...

"Comelnya..." kata Puan Elrina.
Hakimie mengukir senyum.
Puan Elrina dan bonda bergilir mencubit pipi bayi lelaki yang berada ditangan Hanum.
Hakimie mengenggam tangan Hana Hanida.
Hana Hanida tergelak melihat telatah bonda dan mertuanya.
Susah berapa lama menunggu masa untuk menimang cucu.
"Kamu dah ada nama...?" tanya Puan Elrina.
Hakimie menoleh kearah Hana Hanida yang masih lagi berbaring.
Memandangkan isterinya yang bertarung nyawa hanya untuk melahirkan seorang bayi yang sihat...nama disetahkan kepada Hana Hanida.
"Muhammad Hakim Naufal Bin Muhammad Hakimie.."
"Sedap nama tu..." kata bonda.

"Hakim Naufal...?"
Hana Hanida menganggukkan kepalanya.
"Yang bijaksana dan dermawan.."
Hakimie mengucup dahi isterinya.
"Nama yang indah yang pernah abang dengar.."
Hana Hanida mengukir senyum.

"Tadi abang dapat mesej dari Syuhadah.."
"Dia cakap apa..?"
"Dia cakap...hujung tahun ni dia akan bertunang.."
"Dengan siapa..?"
"Amru.."
Hana Hanida terharu akhirnya dua orang kawan baiknya bakal disatukan.

(? ? ?° ? ? ? ?°)?

Terima kasih kerana support citer yang tidak seberapa ni....saya sebenarnya mahu habiskan citer ni semalam tetapi ada masalah teknikal pula...jadi terima kasih sekali lagi dan maafkan saya jika banyak typo ketika korang baca...
Jika diberi peluang saya akan terus menulis cerita baru...
Terima kasih jugak kpd korang yang baca cerita ni dan sabar menunggu bab akhir citer ni...
Jasa korang akan ku kenang.

?*:. o(???)o .:*? saya terkejut citer ni paling byk views diantara citer2 saya yg lain...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience