Bab 10

Romance Completed 63084

Hana Hanida mengemas beg pakaiannya.
Tangannya mencapai telefon.
Sudah dua hari Hakimie tidak mesej Hana Hanida.
Tidak satu pun missed call.
Hana Hanida mengagak Hakimie sedang marah.

"Nasib baik aku ada alamat rumah baru dia.."

Semalam...

"Assalammualaikum ummi.."
"Waalaikumsalam.."
"Ummi...orang tu ada kat rumah tak..?"
"Tak ada..Hakimie dah pindah kat rumah baru...Hana tak tahu ke..?"
Hana Hanida terkejut namun dia kena buat buat tahu suoaya ummi tak curiga.
"Ohh...lupa pula...boleh tak Hana nak alamat rumah tu.."

Hana Hanida melihat mesej yang dia hantar semalam.
"Dia tak baca pun.." geram Hana Hanida.

"Telefon kau dah repair belum..?" tanya Azam.
"Ha'ah..susah nak contact kau lah.." kata Syauqi.
"Dah..tapi tak tahu bila boleh dapat balik..aku pun susah nak contact kau..student aku.." kata Hakimie.
Telefon Hakimie jatuh apabila hendak menelefon Hana Hanida.
"Dah dua hari aku tak call..macam mana dia sekarang ni..?" kata Hakimie sendiri.
"Nasib baik aku tak lupa..esok kau ada kelas dengan student akaun jam 8 malam..." kata Syauqi.

"Bonda kalau suami merajuk atau marah..apa patut kita buat...?"
"Pujuklah baik baik.."
Macam mana aku nak pujuk dia.
Aku tak pernah pujuk orang merajuk..orang pujuk aku ada lah.

"Awak kata tak nak balik..?" tanya Ain.
"Saya kena balik..."
"Okay...tapi bagus juga awak balik tak ada lah nanti saya risau awak tinggal seorang diri di bilik.." kata Ain.
Ain meneman Hana Hanida menunggu teksi.
Sesekali memandang telefonnya yang masih lagi tidak berbunyi.
"Teksi dah sampai.."
Sebuah teksi berhenti dihadapan mereka.
"Terima kasih temankan saya.." Hana Hanida memeluk Ain.
Pemandu teksi mengangkat beg Hana Hanida masuk ke dalam kereta.

Hana Hanida meleraikan pelukannya dan masuk ke dalam kereta.
Ain diluar melambaikan tangannya.

Hana Hanida menghulurkan kertas yang tertulis alamat rumah Hakimie kepada pemandu teksi itu.
"Pakcik dari sini ke alamat ni..jauh tak..?"
"Jauh juga ni...sekarang dah pukul 6.30 mungkin malam sampai rasanya.." kata pemandu teksi itu sambil melihat alamat di kertas tadi.
...

"Buka muka surat 15..buat latihan 1 hingga 6..hantar lepas cuti tamat.." kata Hakimie.
"Sir...macam kalau kita nak bezakan teori dengan struktur..?" tanya seorang pelajar.
"Perbezaannya adalah menerusi..."

...

"Pakcik lama lagi ke..?"
Hari sudah gelap...hanya cahaya bulan yang menerangi malam yang sunyi.
"Depan tu je.."
Teksi yang dinaiki Hana Hanida berhenti dihadapan sebuah banglo.
Hana Hanida keluar dari teksi dan memerhati nombor rumah yang terpaoar di pagar.
"JA 883...betullah ni..."
Pemandu teksi itu mengeluarkan beg dari bonet kereta.
"Pakcik letak beg kat sini.."
"Terima kasih pakcik..."
Hana Hanida melihat rumah banglo yang gelap.
"Dia tak ada kat rumah ke..?"
Hana Hanida memandang langit yang gelap apabila terasa ada titisan air yang jatuh diatas kepala.

Hakimie membuka pintu yang tidak berkunci.
"Kamu kenapa balik kat sini..?" tanya Puan Elrina pelik.
"Hakimie kan memang nak balik kat sini lah...lagipun hujan lebatlah ummi..malas nak balik kat rumah sendiri..." kata Hakimie dan duduk disebelah Puan Elrina yang sedang minum teh dihadapan televisyen.
"Ohh.."
"Esok dah start cuti...tapi Hana bercuti kat asrama.."
Puan Elrina memandang anaknya pelik.
"Ummi ingat Hana balik bercuti kat rumah kamu.."
"Kenapa ummi cakap macam tu..?"
"Pagi tadi Hana call ummi nak alamat rumah kamu sebab tu ummi ingat Hana pergi rumah kamu.." kata Puan Elrina.
Hakimie segera berlalu pergi.
"Nak pergi mana..? Hujan lebat ni.."

Laju Hakimie menekan pedal minyaknya.
"Hana..."

Hana Hanida sudah basah kuyup...dia masih lagi menunggu Hakimie di hadapan pagar yang berkunci.
Hujan turun semakin lebat mencurah di malam hari.
"Sejuknya.."
Hana Hanida memeluk beg tangannya.
Kemudian matanya melihat sebuah kereta yang berhenti di hadapannya.
Lelaki yang berpayung keluar dari perut kereta itu.
"Hana..!!"

"Hachummm..." Hana Hanida menggosok hidungnya.
Tubuh yang mengigil diselimutkan dengan selimut yang tebal.
Hakimie meletakkan air susu suam di hadapan isterinya yang masih lagi menggigil.
Hana Hanida memandang muka ketat suaminya.
"Kenapa datang sini...kata nak cuti kat asrama je..?" tanya Hakimie dingin.
Hana Hanida menundukkan kepalanya.
"Saya nak minta maaf kalau saya ada buat salah.." mata Hana Hanida mula berkaca.

"Saya rasa tak tenteram bila orang tu tak mesej atau call saya...dah dua hari saya tunggu..saya nak cari kat pejabat tapi orang tu selalu tak ada..sebab tu saya minta ummi alamat rumah orang tu.."
Hana Hanida mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir.
"Kenapa sampai sini awak cari saya...kan awak kata nak cuti kat asrama..?"
"Saya tak nak cuti kat asrama..." Hana Hanida terduduk di lantai berhadapan dengan Hakimie.
Hakimie terkejut.
"Saya nak minta maaf...saya tahu saya ada buat orang tu tersinggung...maafkan saya..saya tak nak jadi isteri yang derhaka.." nangis Hana Hanida.
Hakimie memeluk isterinya.
"Sudah..saya maafkan..jangan buat macam ni lagi kalau demam macam mana..?" Hana Hanida hanya mendiamkan dirinya.
"Kalau awak tak nak balik sini tak apa..saya faham.." Hana Hanida masih lagi mendiamkan diri.
"Hana..?" panggil Hakimie.
Hakimie meletakkan tangannya di dahi Hana Hanida.
"Demam pula.." nafas Hana Hanida tidak menentu.

Hakimie meletakkan tuala lembap di dahi Hana Hanida.
Hana Hanida masih lagi lena.
Kemudian Hakimie kleuar dari bilik untuk dapur.

...

"Hana..."
Hana Hanida berlari memeluk ayah.
"Ayah je..? Abang tak nak peluk..?" kata Arman.
"Alah abang ni..." Hana Hanida memeluk abangnya erat.
"Lama Hana tak jumpa ayah dengan abang...abang nampak lainlah.."
"Memanglah lain...kan abang pergi dulu sebelum Hana.."
Hana Hanida terdiam.
"Jangan berguraulah...ayah dengan abang ada kat depan Hana ni.."
"Hana...kami dah pergi menghadap Ilahi.." ayah memegang bahu Hana Hanida.
Hana Hanida menepis.
"Ayah dengan abang tipu...ayah dengan abang hidup lagi lah.." Hana Hanida menjerit.
"Hana...kami kena pergi..mari ayah.." Arman menarik tangan ayah pergi.
"Jangan...abang..ayah jangan tinggalkan Hana...jangan pergi.."
Ayah dan Arman semakin menjauhi Hana Hanida walaupun dia sedang mengejar.

...

"Jangan..."
"Hana..?" Hana Hanida memandang wajah Hakimie yang risau.
"Kenapa jerit jerit ni..?" tanya Hakimie.
Tangannya mengesat air mata Hana Hanida yang mengalir.
Hana Hanida mencengkam baju Hakimie.
"Janji dengan saya...orang tu tak akan tinggalkan saya macam ayah dengan abang.." Hajimie membawa Hana Hanida ke dakapannya.
"Saya janji..."

"Saya dah cakap jangan turun dari katil.." marah Hakimie.
"Saya bosan..." Hana Hanida berdiri di belakang suaminya.
Hakimie terlanggar tubuh Hana Hanida yang lemah.
Namun tangannya pantas merangkul pinggang Hana Hanida.
"Jangan berdiri kat belakang saya...nanti kalau jatuh macam mana...?" kata Hakimie.
Hana Hanida mematap mata Hakimie.
"Dengar tak...?"
Hana Hanida tersedar.
"Dengar.."

Hana Hanida mendepakan tangannya dihadapan Hakimie.
"Nak apa..?"
"Nak duduk atas tembok kabinet tu...penatlah asyik berdiri je.."
"Duduklah dekat meja sana.." kata Hakimie sambil memotong sayur.
"Jauhlah...saya sakit..tak larat nak jalan.."
Hana Hanida memuncungkan bibirnya.
"Fikir comellah kalau buat macam tu.."
"Ya lah..saya tahu saya tak comel.."
Hakimie mendukung tubuh kecil isterinya.
"Awak adalah permaisuri comel saya.."
Hana Hanida tersenyum malu dan memukul perlahan dada bidang suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience