Bab 12

Romance Completed 63107

Hana Hanida mencelikkan matanya.
Terasa posisi tidurnya yang agak melampau.
"Jauhnya kaki aku pergi.." kaki kanan dirapatkan semula dengan pasangannya.
Mata digosok gosok beberapa kali.
Melihat disebelah...kosong.
"Mana dia pergi..takkan dah bangun...baru pukul 6.45 pagi..." kata Hana Hanida sambil melihat jam di telefonnya.
Tiba tiba Hana Hanida terdengar dengkuran dari bawah.
"Siapa pula tu..?" Hana Hanida memdekati suara dengkuran itu.
Bulat matanya.

"Kenapa pula dia ni tidur kat bawah...?"

...

Hakimie menjejakkan kakinya ke dalam sebuah banglo.
Sesuatu menarik perhatiannya.
Tangannya mencapai sebuah bingkai gambar.
Wajahnya tersenyum bahagia.
"Hakimie..."
Hakimie menoleh ke belakang.Terkejut.
"Abi..." tubuh Abi dipeluk erat.
Tanpa disedari air mata mengalir ke pipi.
Ya Allah rindunya aku dengan Abi.
"Abi sihat..?" tanya Hakimie sambil meleraikan pelukkannya.
"Alhamdulillah...Hakimie macam mana..?"
Hakimie hanya menganggukkan kepalanya.
"Abi..kenapa Abi..." Hakimie memandang langit apabila terdengar suara memanggil.
"Awak...awak..."

"Pergilah..." Abi menepuk perlahan bahu Hakimie.
Hakimie memandang wajah Abi kemudian menggelengkan kepalanya.
"Dia lebih perlukan kamu...pergilah.." perlahan lahan Abi hilang dari pandangan.
Tangan Hakimie mengapai gapai bayang bayang Abi yang semakin menghilang.
"Abi..!!"

...

"Abi.." Hana Hanida terkejut.
Hakimie memandang Hana Hanida yang duduk dihadapannya.
"Awak okay..?"
Dada Hakimie turun naik.Nafasnya tercungap cungap.
"Awak okay tak..?" Hana Hanida mengulang semula pertanyaannya.
Hakimie mengangguk perlahan kepalanya.
"Okay..awak solat subuh...dah hampir pukul 7 dah.." kata Hana Hanida.
Disaat Hana Hanida ingin keluar menuju ke bilik air tangannya ditarik.
"Saya nak peluk awak boleh tak...?"
Hana Hanida memandang Hakimie pelik.
"Sekejap je.." kata Hakimie.
"O..okay..."
Hana Hanida merapati tubuhnya dengan tubuh suaminya.
Tangan suaminya yang panjang melingkar dipinggang.
Hana Hanida terdengar nafas Hakimie yang masih tercungap cungap di telinganya.

Tangan Hana Hanida menghusap belakang Hakimie.
"It's okay..."
Hakimie merapatkan lagi pelukannya.
"I'm here for you.." tak tahu kenapa tiba tiba Hana Hanida melafazkan perkataan itu.
"Terima kasih..."

Hana Hanida melihat barang barang di dapur.
Renungan tajam dihadiahkan kepada barang didapur.
First time nak masak sarapan.
Seumur hidup aku...tak pernah aku masak sendiri...tapi aku tengok hari ni mood dia macam down je..aku kena buat sesuatu.
"Tapi apa..?"
Pintu peti sejuk dibuka luas.
"Ada telur,sosej,sayur hijau,cili...apa aku nak masak...?"
Kemudian Hana Hanida terpandang cerek diatas peti sejuk.
"Apa apa hal...mesti masak air dulu.." tangannya yang pendek cuba mencapai cerek tersebut tapi tidak berhasil.
"Nampak sangat kau perlukan bantuan Hana..sedar lah diri kau tu pendek.." Hana Hanida menarik kerusi di belakangnya.

Cerek sudah berada ditangan.
Kakinya menuju ke singki.
"Nak isi berapa banyak..?"
Mulut cerek dibuka.Hana Hanida berfikir seketika.
"Lantaklah.." Hana Hanida mengisi air ke dalam cerek sehingga penuh.
Cerek yang dipenuhi dengan air diletakkan diatas dapur gas.Api dinyalakan.
"Okay...sekarang nak masak..."

Hakimie melipat sejadahnya.
Matanya merenung jauh ke sana.
Teringat Abi yang muncul didalam mimpi.
Menghela nafas panjang.
"Arghhh..." Hakimie memandang suara jeritan diluar bilik.
Laju kakinya berlari keluar.

"Hana...!!" Mata Hakimie memandang Hana Hanida yang memegang tangannya.
Cerek berbunyi nyaring dan air terkeluar dari mulut cerek.
Hakimie menutup dapur gas.
Hana Hanida meniup tangannya.
"Awak nak buat apa..?"
Hana Hanida mendiamkan diri.
"Saya tanya awak buat apa..?!" jerit Hakimie.
Hana Hanida terkejut.
Di..dia jerit kat aku...?
"Kalau tak tahu jerang air jangan pandai pandai isi air sampai penuh...tengok dah melimpah.." marah Hakimie sambil menundingian jarinya kearah cerek.

Hana Hanida hanya menundukkan pandangannya ke bawah.Takut memandang wajah Hakimie yang sedang marah.
Air mata mengalir kerana terasa dirinya tidak sesuai untuk sesiapa.
Aku cuma budak tak cukup umur yang menjadi isteri orang tanpa perasaan cinta.
"Bila saya cakap pandang muka saya.." tangan kanan Hakimie mendongakkan wajah Hana Hanida.
Hakimie terkejut.
Wajah Hana Hanida sudah dibasahi dengan air mata.
Baru Hakimie tersedar.
Apa aku dah buat...?

"Saya benci awak..." Hana Hanida berlari keluar dari dapur.
Hakimie hanya melihat Hana Hanida pergi.
"Hakimie...dia cuma jerang air.." kata Hakimie sambil menghela nafas panjang.
Tak sepatutnya aku marah dia...sebenarnya aku kena tolong dia..tanya dia mungkin dia tercedera.
Aku baru je solat subuh tadi.

Hana Hanida mengunci pintu bilik.
Tubuhnya diseret ke bawah pintu.
Tadi okay ni tiba tiba pasal cerek dia marah aku.
"Cerek tu lagi penting dari aku ke..?" marah Hana Hanida.
Pintu diketuk dari luar.
"Hana..."
Hana Hanida mendiamkan diri.
"Saya minta maaf..saya betul betul minta maaf..saya tak sengaja.." kata Hakimie.
"Hana...buka pintu ni..saya janji saya takkan marah awak macam tadi.." kata Hakimie lagi.
Hana Hanida ragu ragu memegang tombol pintu.
"Buka ke tak nak buka..?"

"Hana..." panggil Hakimie lembut.
Hati Hana Hanida menjadi tidak keruan tiba tiba.
Rasanya patut ke aku cakap perkataan tu.
Apa reaksi dia nanti.

Hana Hanida membuka pintu perlahan.
Hakimie berdiri dihadapannya.
Hakimie menarik Hana Hanida ke dakapannya.
"Saya minta maaf..saya tak patut marah kat awak tadi..saya janji perkara tu tak akan berulang lagi..." kata Hakimie menyesal.
"Awak.." Hana Hanida panggil.
"Hermm..?"
"Saya nak cerai..."
Hakimie tergamam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience