Bab 15

Romance Completed 63084

"Anak...?"

"Wadah..kau balik bilik dulu lah.." kata Hana Hanida.
"Kau ada nak pergi mana mana ke..?" tanya Syuhadah.
"Ada lah..sesuatu tempat...tak apa kau balik dulu nanti kalau ada apa apa aku call kau.." kata Hana Hanida.
"Make sure kau call aku tau.."
Hana Hanida menganggukkan kepalanya.
"Bye..jaga diri.."
"Okay..."

Di bilik kaunseling...

Pintu dibuka apabila sudah berkali kali diketuk.
"Ya...?" kata Profesor Sara.
"Saya nak jumpa prof boleh tak..? Prof sibuk ke...?"
"Tak...mari duduk disini..."
Hana Hanida duduk dihadapan Profesor Sara.
"Ada apa apa masalah ke..?"
Hana Hanida menganggukkan kepalanya.
"Sebelum tu...nama siapa..?"
"Hana Hanida.."

"Saya nak tanya...kalau pelajar di U ni..boleh ke mengandung..?"
Profesor Sara terdiam sebentar.
"Kenapa tanya soalan macam tu..? Awak mengandung ke..?"
"Bukan...saya belum mengandung lagi.."
"Belum..?"
"Macam ni...saya dah kahwin...tapi saya takut bila saya tengah belajar..tiba tiba saya mengandung..."
"Ohh...kalau dah kahwin mungkin awak boleh berunding dengan pengetua...tapi kalau belum kahwin...tiba tiba awak mengandung awak boleh dibuang dari U selepas awak melahirkan bayi.." terang Profesor Sara.
Hana Hanida hanya menganggukkan kepalanya.
"Kalau boleh...saya nak tanya..ermm kenapa awak kahwin awal dan awak sem berapa..?"
"Saya sem 1...saya kahwin kerana keluarga..."
"Ohh...saya faham situasi awak...saya dulu pun kahwin awal..."
"Ya ke..?"
"Ya...sekarang saya dah ada tiga orang anak...saya pun macam awak juga..kahwin atas kehendak keluarga...tapi Alhamdulillah kami bahagia hingga sekarang.."
Hana Hanida berasa kagum.
"Macam mana prof boleh terima suami prof tu..?"
"Saya pun tak pasti...tapi saya belajar untuk terima dia masuk kedalam hidup saya...dan orang tua tua cakap cinta selepas kahwin lagi bahagia.."
Hari ni Hana Hanida belajar sesuatu benda yang baru.
Tetapi betul ke cinta selepas kahwin lagi bahagia.

"Kenapa kau curi buku tu..kau bukannya baca pun.." kata Wany.
"Biarlah..aku nak buat kenangan...bukan senang tau nak dapat buku tu.."
"Tapi budak tu senang je dapat.."
"Tu yang aku pelik..kenapa dia boleh dapat buku tu...apa kaitan dia dengan prof Hakimie tu..?" Ika masih lagi tertanya tanya tentang hubungan Profesor Hakimie dan budak yang bernama Hana Hanida itu.
"Kau rasa dia takut tak..?"
"Takut..? Kenapa pula..?"
"Aku ada bagi dia surat amaran.."
"Serius lah..bila kau bagi..?" tanya Wany.
"Hari tu..aku letak depan pintu bilik dia.."
Wany hanya menggelengkan kepalanya.
Tidak mengerti kenapa sahabatnya begitu menggilai Profesor Hakimie tu.

Di rumah...

Seusai makan..Hana Hanida terus naik ke bilik.
Hakimie yang baru masuk ke dalam bilik terus mengemas beg pakaian isterinya.
Satu persatu baju dikeluarkan.
Termasuk pakaian dalam Hana Hanida.
"Kat asrama tak basuh pakaian ke..?"
"Tak.."
"Kenapa..?"
"Tak sempat lah...kelas dari pagi sampai petang.."
"Malam..?" tanya Hakimie.
"Homework banyak tu yang sempat tu.."
"Banyak betul alasan.."

Hakimie yang bercermin mata mencapai buku dan duduk disebelah isterinya.
Hana Hanida hanya memerhati kelakuan suaminya.
"Kenapa pandang saya macam tu..?" tanya Hakimie tapi matanya masih fokus membaca buku.
"Patutlah awak jadi pensyarah.."
"Kenapa cakap macam tu..?"
"Ya lah...awak suka membaca..walaupun sekejap lagi awak nak tidur..."
"Kita ni kena baca buku sayang..untuk tambah ilmu pengetahuan.." kata Hakimie.
"Lusa balik rumah bonda kan..?"
Hakimie menganggukkan kepalanya.

"Saya nak tanya.."
Hakimie menyelak muka surat sebelah.
"Awak nak anak ke..?"
Hakimie terkejut. dan terus memandang pelik wajah Hana Hanida.
"Anak..?"
Hana Hanida menganggukkan kepalanya.
"Kenapa..?"
"Tadi masa aaya nak turun..saya nampak awak kat pagar asrama tengah dukung budak kecil.."
"Lepas tu..?"
"Muka awak nampak happy bila dukung budak tu.." kata Hana Hanida.
"Memang lah happy...siapa je yang tak suka budak budak.."
"Sebab tu saya tanya...awak nak anak ke..?"
"Memang lah nak...tapi awak kata tunggu lepas habis belajar..so saya tunggu lah..."
"Tapi saya nak anak sekarang..."
Hakimie hampir tergelak.
Tangannya diletakkan didahi Hana Hanida.
Hana Hanida mengenggam tangan Hakimie.
"Saya tak demam...saya serius.."
Hakimie memandang wajah isterinya.
"Betul...?"
Hana Hanida menganggukkan kepalanya.
Hakimie menanggalkan cermin matanya dan buku diletakkan di tepi.
Rambut Hana Hanida dibelai lembut.
Tangannya mula menghusap pipi gebu isterinya.
Hana Hanida hampir terbuai dengan sentuhan Hakimie.
Hana Hanida melelapkan matanya.

...

Hana Hanida tersedar dari lenanya.
Matanya memandang disebelah.
Kosong.
Hana Hanida termenung lama dan merasa tubuhnya tiada sehelai benang tetapi ditutupi dengan selimut yang tebal.
Tangannya mencapai baju di bawah.
"Ni baju dia.."
Hana Hanida terus menyarung baju Hakimie ke tubuhnya.
Tak lama selepas itu Hakimie masuk ke dalam bilik sambil menatang sebuah dulang.
"Kenapa sampai masuk dalam bilik...saya boleh makan kat bawah.." kata Hana Hanida.
Hakimie meletakkan dulang di atas meja.
"Sekali sekala...lagipun saya tahu awak tak boleh gerak.."
Hana Hanida terdiam.
Hakimie menghulurkan segelas susu kepada Hana Hanida.
"Saya tak suka susu..."
"Minum je.." Hakimie memaksa Hana Hanida minum.
Hana Hanida mengeluh.
"Kenapa pakai baju busuk saya tu..?"
"Mana ada busuk...okay je.." Hana Hanida mencium baju Hakimie.
Hakimie tergelak.
"Sorry..sebab saya baju awak 'kotor'.."
"Tak apa...awak bukan sengaja pun.."

"Baju awak saya dah siap kemas.." kata Hakimie.
"Cepatnya.." kata Hana Hanida sambil mengunyah sandwich.
"Esokkan nak balik rumah bonda...ke awak nak balik hari ni..?" tanya Hakimie.
"Esoklah...kalau balik hari ni mesti kena buat kerja kat dapur...nanti penat.."
"Tapi kerja rumah saya yang buat.."
Hana Hanida menjeling Hakimie.
"Ya saya tahu saya malas.." Hana Hanida merajuk.
Hakimie mencuit hidung Hana Hanida.
"Apa ni main hidung orang..?" marah Hana Hanida.
"Comel je.."
"Nasib baik awak kata saya comel...tak jadi nak marah.."

...

"Kau nak balik ke..?" tanya Wany.
"Ha'ah..tapi balik hari..."
"Ohh..kenapa..?"
"Mak Ngah aku nak pergi haji.."
"Ohh...kirim salam kat Mak Ngah kau.."
"Ya.."

Di rumah Bonda...

Suasana rumah sudah mula sibuk dengan tetamu yang datang.
Tidak lupa Puan Elrina yang turut hadir bersama.
"Hakimie dengan Hana mana..?" tanya Puakn Elrina.
"Dia kata dalam perjalanan tadi.."

Kemudian kereta Hakimie tiba dan diparking dihadapan khemah.
"Panjang umur..dah sampai dah.." kata bonda.
Hana hanida berlari anak dan memeluk bonda.
"Cepat ummi sampai.." kata Hakimie dan menyalam tangan Puan Elrina.
"Ummi baru sampai.."
"Hana nak makan..?"
Hana Hanida menganggukkan kepalanya.
"Hakimie..mari makan sekali.." pelawa bonda.
Hakimie tersenyum dan mengikut bonda dari belakang bersama Puan Elrina.

"Kak Hanum..." jerit Han Hanida dan berlari kearah Hanum yang sudah mendepakan tangannya.
"Adik akak dah balik..."
"Kak.." Hakimie menyalam tangan Hanum.
"Janggal rasanya kau panggil aku kakak.." Hanum ketawa.
"Umur memanglah saya paling tua tapi dah pangkat kakak ipar nak buat macam mana.." kata Hakimie.
"Ha'ah..akak baru 22 tahun..kau dah 26 tahun..jauh beza umur.."
Hakimie hanya senyum.
"Budak ni tak cukup umur.." perli Hanum.
"Ehh..Hana dah 18 okay.."
"Birthday kau belum sambut lagi kan..so kiranya kau still 17 tahun.."
"Apa ni...bonda kak Hanum buli Hana..." Hana Hanida berlari mendapatkan bonda di ruang tamu.

"Kau tengoklah...budak tak cukup umur macam tu lah perangainya.." kata Hanum.
Hakimie hanya tersenyum gelagat isterinya yang kebudak budakkan.
Tapi memang budak pun.
"Hana ada buat perangai tak..?"
"Maksudnya..?"
"Macam...merajuk ke tak buat kerja rumah ke..?"
"Ohh..memang ada tapi tak selalu.." kata Hakimie.
Hanum menghulurkan Hakimie segelas air.
"Hana memang macam ni...anak manja bonda...tapi dia berubah sikit lah..."
"Berubah..?"
"Dulu masa kecil Hana lagi manja..sebab abang dengan Walid ada...lepas je walid dengan abang kemalangan dia kurang sikit lah manja dia tu.."
"Dan yang kelakarnya...dia dulu panggil nama je..tak ada gelaran kakak atau abang...sebab terikut dengan bonda dan walid.."
"Sorry about that.."
"No...it's okay...hah hari tu ada dengar cerita Hana ada exam..macam mana..?" tanya Hanum.
"So far..okay lah...cuma exam yang kedua ni dia turun sikit dari exam pertama.."
"Dia mesti malas nak belajar kat rumah kan.." teka Hanum.
"Sikitlah.."

"Hah..mengumpat lah tu.." jerit Hana Hanida.
"Ehh..tahu tahu je.." kata Hanum.
Hana Hanida mencebik.
"Awak..ummi dengan bonda panggil.." kata Hana Hanida.
Hakimie menghulurkan gelas yang kosong kepada Hanum.

"Apa yang akak borak tadi..?" tanya Hanum.
"Tak ada apa..."
"Tu pun nak rahsia..."

...

"Ummi...bonda.."
"Hah...anak ummi..mari sini.."
"Bonda nak tanya.."
"Tanyalah bonda.." kata Hakimie.
"Bila bonda dengan ummi kamu ni nak timang cucu...?" tanya bonda.
Hakimie tersenyum.
"Orang tanya dia senyum senyum pula.." kata Puan Elrina.
"Kalau ada rezeki...ada lah.." kata Hakimie.

"Bila Hana cuti semester..?" tanya Puan Elrina.
"Minggu depan dia start cuti pertengahan semester.."
"Berapa lama..?"
"2 minggu rasanya.." kata Hakimie.
"Macam ni...ummi nak beri tiket cuti..honeymoon.." kata Puan Elrina.
"Honeymoon..?"
"Kamu berdua belum honeymoon lagi kan..?" tanya bonda.
Hakimie hanya menggelengkan kepalanya.
"Okay lah...nanti ummi belikan tiket.."
"Okay..."

Ika memarkingkan keretanya dihadapan rumah Mak Ngah.
Matanya melilau mencari bayang Mak Ngah.
"Dah jumpa.."
Ika berjalan kearah Mak Ngah.
"Mak Ngah..."
"Ehh...Zulaika...ingat kamu tak datang.."
"Mesti datang...dah lama tak jenguk Mak Ngah.."
"Dah besar kamu ni..last jumpa masa Mak Ngah mengandungkan anak buah kamu.."
"Lama tu Mak Ngah...berbelas tahun rasanya..."
"Bonda.." Ika menoleh.
"Ehh..Kak Hanum.."
"Zulaika..? Wei kau dah besar.." Ika menyalam tangan Hanum.
"Mak Ngah ke belakang sekejap..." kata bonda dan berlalu ke belakang.
"Dah jumpa adik aku yang kau tak sempat nak jumpa..."
Ika menggelengkan kepalanya.
"Kejap eh..." Hanum mencari bayang Hana Hanida.
"Alah..dia borak dengan suami dia pula..."
"Dia dah kahwin.."
"Ha'ah..dah kahwin..awal kan.." kata Hanum.
"Umur dia berapa...?" tanya Ika.
"18.."
"Mudanya..dia kahwin dengan siapa..?"
"Pensyarah universiti.."
"Siapa nama dia..?"
"Adik akak..?"
Ika menganggukkan kepalanya.
"Hana Hanida..."

"Hana Hanida...?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience