Bab 6

Romance Completed 63084

"Kawan nak tumpang sekali..."

Suasana sunyi di dalam kereta.
Syuhadah di belakang rasa kurang selesa.

"Wei kenapa senyap je..?" Syuhadah mesej Hana Hanida yang duduk dihadapan.
"Entah.."
"Kalau aku tahu kau naik dengan suami kau..tak ada lah aku tumpang kau.."
"Aku pun ingat aku naik dengan bonda tapi bonda ada hal..so suami aku yang hantar.."
"Ya lah.."

Mereka tiba di perkarangan Universiti Malaya.
"Besarnya..." kata Syuhadah.
"Kan...jom daftar asrama..mana tahu dapat jadi roommate.." kata Hana Hanida.
Hana Hanida menarik tangan Syuhadah ke meja mendaftar.
Meninggalkan Hakimie di belakang.

"Hakimie.." sapa Azam.
Hakimie hanya senyum.
"Kau buat apa kat sini bukan kelas kau petang ke..?" tanya Azam.
"Isteri aku nak daftar teman dia sekejap..." kata Hakimie.
"Ohh.."
"Prof..." jerit beberapa orang pelajar perempuan.
Hakimie senyum kepada mereka.
"Untunglah...kau ramai peminat walaupun kau dah kahwin..aku ni haram satu pun tak ada.." kata Azam.

Hana Hanida dan Syuhadah masuk ke penginapan asrama.
"Bestnya...dah lama aku tak duduk kat asrama.." kata Hana Hanida sejurus masuk ke dalam bilik.
"Tahun lepas kan kita duduk asrama.."
"Tu asrama sekolah..ni dekat U..lain.."
"Ya lah..."

Hakimie menunggu di bilik kawalan keselamatan asrama.
"Cikgu buat apa di asrama puteri ni..?" tanya Pak Kasim iaitu pengawal keselamatan asrama.
"Kalau saya beritahu sesuatu pada Pak Kasim boleh tak Pak Kasim rahsiakan..?" tanya Hakimie.
"Boleh..pasal apa..?"

"Jomlah turun...kita pergi café kat bawah aku laparlah.." kata Syuhadah dan menggosok perutnya.
"Okay..nanti malam kita kemas bilik ni.."
Hana Hanida dan Syuhadah menyarung kasut dan meninggalkan bilik mereka.

"Pak Kasim boleh tengokkan isteri kamu tu..cuma bukan selalu lah.."
"Saya tak suruh tengokkan dia 24 jam..Pak Kasim just beritahu saya bila dia keluar dari kawasan asrama..."
"In Shaa Allah.."

...

"Terima kasih belanja saya dengan Syuhadah makan.." kata Hana Hanida.
"Syuhadah kat mana..?"
"Dia dah naik kat atas..nak mandi katanya.."
Tangan kanan Hakimie menyeluk poket seluarnya.
"Ambil duit ni buat belanja.."
"Tapi duit haritu ada lagi.." Hana Hanida cuba menolak.
"Ambil ni...duit haritu simpan.." Hakimie menarik tangan isternya dan memaksa Hana Hanida mengambil duit itu.
"Okay.."

"Saya nak balik ni..jaga diri.." Hakimie berjalan kearah keretanya.
Hana Hanida mengikut dari belakang.
"Kenapa awak tak balik asrama..?"
"Ermm...saya nak.."
Hana Hanida menghulurkan kedua dua tangannya.
"Nak..?"
"Nak salam.."
Hakimie mengukir senyum.
Hana Hanida mencium tangan suaminya.
Secara automatik Hakimie menguncup manis dahi isterinya.
"Assalammualaikum.."
"Waalaikumsalam.."

Hana Hanida tidak boleh melelap kan mata.
Sesekali memandang Syuhadah yang sudah dibuai mimpi.
Terbayang bayang wajah suaminya.
Kenapa tetiba aku teringat pada dia pula ni..?
Selalu badan ini rasa hangat tetapi hari ni rasa sejuk yang melampau.
Teringat pada sebelum dia berangakat ke universiti.
Hana Hanida tersedar dari tidur.
Dia mendongak ke atas apabila terasa nafas hangat didahi.
Rupa rupanya Hakimie memeluk dirinya yang kesejukkan.
Dan pada ketika itu baru dirinya sedar kenapa dia merasa hangat dan selesa apabila tidur diwaktu malam.
Tetapi malam ni rasa berlainan.
Hana Hanida mencapai beg pakaian dibawah katil.
Zip dibuka dan mengeluarkan sesuatu dari beg tersebut.
Baju Hakimie..?
"Aku pun tak tahu kenapa aku ambil tshirt putih dia ni..?"
Tshirt putih Hakimie dipeluk agar dapat merasa kehangatan suaminya walaupun suami tiada disisi.

"Mana tshirt putih favourite aku ni...?"
Hakimie menyelongkar almarinya.

...

"Morning.." kata Puan Elrina.
"Morning.." Hakimie duduk dihadapan umminya.
"Hari ni hari pertama Hana kan..?"
Hakimie menganggukkan kepalanya.
"Kamu ajar dia ke..?"
"Ya ummi...Hakimie ajar dia sampai dia habis semester.."
"Lamanya.."
"Hakimie yang mohon...lagi pun tenaga pensyarah bahasa inggeris tak ramai.."
"Ajar dia elok elok..jangan buli Hana.."
"Baiklah ummi.."

Hari pertama mereka masuk ke kelas.
Hana Hanida dan Syuhadah datang awal kerana semangat yang berkobar kobar semenjak subuh tadi.
"Kelas apa mula mula..?"
"Aku tengok kat papan kenyataan kelas bahasa inggeris.."
"Wow..subjek 'favourite' kau.."
"Favourite apanya...aku kan tak suka subjek tu tapi nak buat macam mana tu subjek yang wajib aku ambil.."
"Ya lah.."
"Hai.." Hana Hanida dan Syuhadah menoleh ke belakang.
"Saya Ain.." gadis bertudung yang berwajah seperti kacukan cina menyapa.
"Saya Hana..ni Syuhadah..."
"Ohh...awak masuk semalam kan..saya nampak awak kat asrama.."
Hana Hanida menganggukkan kepalanya.
"Saya masuk dua hari lepas...tapi ni kelas pertama saya.."
"Awak datang masa cuti kan.."
"Ya.."

Jam dinding tepat menunjukkan 8 pagi.
Beberapa orang pelajar masuk dan memenuhi tempat duduk yang kosong.

Pensyarah lelaki masuk ke dalam bilik kuliah.
Hana Hanida sibuk bersembang dengan Ain di belakang.
Syuhadah tahu sangat perangai Hana Hanida ni apabila berjumpa dengan kawan baru.
Bersembang tak ingat dunia.
Syuhadah mengeluarkan buku catatan dan bekas pensilnya.
Matanya tertumpu ke hadapan.
Memandang pensyarah yang berkemeja hitam.
"Macam kenal je pensyarah ni.." kata hati Syuhadah.
Syuhadah tersedar dan menggegar tangan Hana Hanida.
"Kenapa...?"
"Cuba kau tengok pensyarah tu.."
"Kenapa dengan dia..?" Hana Hanida memandang ke hadapan seperti yang diperkatakan Syuhadah.
Bulat mata Hana Hanida.

"Hana tu kan suami kau..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience