Bab 5

Romance Completed 63084

"Class dismiss..."

Hakimie menunggu Azam di café.
Mengerling jam tangannya beberapa kali.
"Hari hari lambat...tak pernah cepat.." bebel Hakimie sendiri.

"Prof..." seorang pelajar perempuan duduk dihadapan Hakimie.
"Ikha...kenapa..? Nak jumpa saya ke..?"
"Bukan saya sebenarnya nak beritahu prof sesuatu..." kata Ikha.
"Apa dia..?"
"Hakimie..." Hakimie dan Ikha menoleh ke belakang.
Azam yang termengah mengah berlari kearah Hakimie.
"Student kau ke..?" tanya Azam sejurus duduk disebelah Hakimie.
Hakimie menganggukkan kepalanya dan memandang Aisha semula.
"Tak apalah prof..saya dah lambat..nanti saya beritahu.." Aisha segera bangun dari tempat duduknya dan beredar.
"Kenapa..?"
Hakimie mengangkat bahunya sebagai tanda tidak tahu.
"Asal kau lambat..?"
"Sorrylah...bukan selalu aku lambat.."

"Kejap lagi Hakimie balik kerja...Hana pandai masak tak..?" tanya Puan Elrina.
Hana Hanida menggelengkan kepalanya.
"Tak apa...jom ummi ajar Hana masak makanan favourite dia..iaitu udang sambal dengan petai..simple je.." kata Puan Elrina dan membuka kabinet dapur.
"Nak Hana tolong..?"
"Boleh..Hana ambil bawang besar 2 biji kupas kulit lepas tu hiris halus.."
Hana Hanida mengangguk faham.

"Nak makan tak..?" tanya Azam.
"Tak..aku makan kat rumah.."
"Untunglah..isteri kau yang masakkan.." kata Azam dan menghirup perlahan kopi panas.
"Hermm.."

"Bila bila masa je Hakimie akan balik..tapi ummi kena keluar.." kata Puan Elrina.
"Ummi nak pergi mana...? Tak kan nak tinggalkan Hana seorang kat rumah ni.."
"Kejap lagikan Hakimie balik..ummi kena keluar..urgent.."
"Ya lah.."
"Jangan risau...ummi keluar sekejap je.."

Pintu rumah dibuka.
Hakimie melangkah masuk ke dalam rumah yang sunyi.
"Tak ada orang ke..?"
Hana Hanida yang sedang menonton televisyen memandang Hakimie.
"Orang tu nak makan ke..?" tanya Hana Hanida.
Hakimie menganggukkan kepalanya.
Hana Hanida bangun dan menuju ke meja makan.
Hakimie sekadar mengikut isterinya dari belakang.

"Saya dah siapkan makanan..orang tu makan lah.." kata Hana Hanida dan meletakkan pinggan di hadaoan Hakimie.
"Awak tak makan..?"
"Tak..saya dah makan tadi..tunggu orang tu lama sangat...saya makan dulu.." kata Hana Hanida.
Ketika Hana Hanida ingin pergi menonton semula rancangan kegemarannya.
Tangan Hana Hanida ditarik.
"Teman saya makan.."
"Tapi cerita tu dah nak habis.." Hana Hanida cuba mengelak.
"Teman saya.."
"Okay.." kata Hana Hanida sambil mengeluh.

Hana Hanida memerhati suaminya makan.
"Orang tu tak suka makan sorang sorang ke..?" tanya Hana Hanida.
"Saya biasa je makan seorang diri tapi dah awak ada..saya suruh lah awak teman.."
Hana Hanida menganggukkan kepalanya beberapa kali.
"Sebelum saya lupa..." tangan kiri Hakimie menyeluk poket kemejanya.
Lalu menyerahkan sejumlah wang kepada Hana Hanida.
"Duit apa ni..?" tanya Hana Hanida pelik.
"Duit belanja.."
"Saya ada duitlah.."
"Itu duit awak...ni duit saya bagi...kan tingkatan 5 dah belajar pasal nafkah.." kata Hakimie dan meletakkan duit dihadapan isterinya.
Hakimie membawa pinggan yang kotor ke dapur.
Hana Hanida mengambil duit tersebut.
"Terima kasih.."

Hana Hanida menelefon bonda.
Lama tidak mendengar khabar bondanya.
"Assalammualaikum bonda..?"
"Waalaikumsalam...macam mana hidup sebagai seorang isteri..?" tanya bonda.
Dah agak soalan ini yang akan keluar dari mulut bonda.
"Setakat ni okay bonda...orang tu tadi bagi duit belanja.."
"Orang tu..?"
"Maksud Hana...a..abang.."
"Ohh...ingatkan siapa lah tadi..terkejut bonda.."
"Bonda minggu depan bonda temankan Hana daftar boleh tak..?"
"Minggu depan..Ya Allah tak boleh lah sayang..minggu depan bonda kena pergi Perak...ada urusan..Hana pergilah dengan Hakimie..."
"Ohh..tak apa lah..Hana pergi seorang je.."
"Mana boleh pergi seorang...pergilah dengan suami kamu..risau bonda kamu pergi tak berteman.."
"Ya lah...ermm bonda nanti Hana telefon bonda balik.."
Talian diputuskan.

"Tadi pergi shopping dengan ummi..?" tanya Hakimie.
"Ha'ah...pergi beli barang nak pergi U.." kata Hana Hanida sambil mengemas beg pakaiannya.
"Nak duduk asrama or pergi balik...?"
Hana Hanida terfikir.
Tidak pernah terlintas difikirannya soalan begitu.
"Orang tu bagi ke saya duduk asrama..?" tanya Hana Hanida semula.
"Tak...saya hantar awak.."
"Tapi saya nak merasa juga duduk asrama.." Hana Hanida memintal hujung bajunya.
Hakimie mengeluh.
"Saya bagi awak duduk asrama...tetapi ada syarat..."
"Apa..?"
"Tiap tiap minggu awak kena balik rumah..saya akan jemput.." kata Hakimie.
Hana Hanida mengukir senyum.

Hakimie menghulurkan borang pendaftaran dan asrama kepada Hana Hanida.
"Isi borang ni.."
"Banyaknya.."
"Kan awak nak masuk asrama..isi borang ni.."
"Macam mana orang tu dapat borang ni..?" tanya Hana Hanida pelik.
"Ada lah...isi borang tu saya nak keluar sekejap.."
"Ya lah..."

...

Hakimie mengerling jam tangannya.
Jam tepat menunjukkan 11 malam.
Dah lewat ni.
"Okay class...make sure you do your homework and do some revision.." Hakimie mula mengemas beg.
"Class dismiss..."

Hakimie tiba di rumah dengan selamat.
Kakinya terus menuju ke bilik.
Lampu masih lagi menyala namun penghuni bilik ni sudah terlelap.
Dengan perlahan dan cermat Hakimie mengendong tubuh Hana Hanida dan menuju ke katil.
Hakimie menyelimutkan isterinya.

Kemudian dia berjalan ke arah meja..iaitu tempat Hana Hanida mengisi borang tadi.
Borang masih lagi tidak lengkap.
Hakimie menelefon seseorang.
"Assalammualaikum...saya kacau bonda ke..?"
"Tak ada lah...bonda tengah menjahit..ada apa apa ke Hakimie...?"
"Macam ni..Hakimie nak isi kan borang Hana..tapi Kimie tak berapa pasti dengan maklumat peribadi Hana...so Kimie nak tanya bonda...tak apa ke..?"
"Boleh je tanya bonda..."
"Okay...firstly alamat rumah bonda.."
"Km 21, Jalan Tanjung..."
Hakimie mengisi borang berpandukan maklumat dari bonda.

Hana Hanida mengeliat sepuas puasnya.
"Aku barjalan lagi ke..?" tanya nya sendiri.
Matanya terlihat satu tubuh yang tidur di meja.
Hana Hanida bangun dan merapati suaminya.
Menjengah sedikit.
"Dia isi semua borang ni.." Hana Hanida terkejut.
Semalam dia tidur pukul berapa agaknya...banyak yang aku belum isi...dia isi semua sekali.
Hana Hanida melihat borangnya.
Cantik tulisan dia ni...macam tulisan cikgu.
"Ha'ah lah...dia ni kerja apa..?" tanya Hana Hanida sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience